Salam
buat sahabat semua. Semoga Allah menganugerahkan kebaikan dalam hidup kita.
Amma
ba’d.
Kenalkah
kita kepada Yukabid?
Firaun
pada zaman kelahiran Nabi Musa AS, mengeluarkan satu arahan di luar batasan
pemikiran akal yang waras, iaitu membunuh semua bayi lelaki yang lahir. Hal ini
kerana, dia bermimpi bahawa akan ada suatu masa, kekuasaan firaun akan hancur disebabkan
oleh seorang anak lelaki bani Israel. Merasakan kedudukannya yang terancam,
arahan gila ini dikeluarkan. Semua bayi lelaki dibunuh di hadapan ibu bapa
mereka.
Yukabid,
ibu Nabi Musa AS, berasa amat bimbang setelah melahirkan Nabi Musa AS. Ibu mana
yang tidak menyanyangi anaknya? Anak yang dilahirkan dengan penuh susah payah,
tiba-tiba ada satu arahan bayi yang suci itu mesti dibunuh. Naluri keibuan
Yukabid sangat bimbang akan keselamatan anaknya. Lalu datanglah ilham dari
Tuhan Arrahman supaya Nabi Musa AS, diletakkan di dalam tong atau peti kemudian
dialirkan di atas Sungai Nil. Ibu itu masih tidak senang hatinya memkirkan
nasib akan anaknya. Sungai Nil yang alirannya deras, ada binatang yang buas dan
ganas, serta kemungkinan saja peti itu terbalik lalu tenggelam. Naluri keibuan
yang kuat sangat sukar untuk melepaskan anaknya pergi, namun itulah ilham dari
Tuhannya agar anaknya selamat. Allah berfirman:
“Ketika
Kami ilhamkan kepada ibumu, dengan memberitahu kepadanya: Letakkanlah anakmu di
dalam peti, kemudian lepaskanlah peti itu ke Sungai Nil, maka biarlah aliran
sungai itu membawanya terdampar ke tebing, supaya dipungut oleh musuhKu dan
musuhnya; dan Aku telah tanamkan dari kemurahanKu perasaan kasih sayang orang
terhadapmu(Musa); dan supaya engkau dibela dan dipelihara dengan pengawasanKu.”
(Taha 20:38-39)
Siapakah
yang memungut Nabi Musa AS? Firaun itulah yang mengutip serta menjaganya dengan
penuh kelengkapan. Kakak Nabi Musa AS, Maryam setiap hari pergi ke istana
Firaun untuk mengetahui perkembangan adiknya. Suatu hari, isteri Firaun, Asiah
(wanita solehah) mencari ibu susuan bagi Nabi Musa AS. Lalu Maryam memberitahu
dia tahu siapa yang boleh menyusukannya. Insan itu tidak lain adalah Yukabid,
ibu bayi yang mulia itu sendiri. Lalu datanglah Asiah serta pengawal-pengawal
istana ke kampong di mana Yukabid tinggal.
Inilah
kisah-kisah orang yang YAKIN,PERCAYA serta MENYERAHKAN segala-galanya kepada
Tuhannya yang maha pemurah. Allah sesekali tidak akan membiarkan hamba-hambanNya
yang mengharap dalam kebuntuan melainkan pasti ditolong. Kita punya Allah,
mengapa minta selain daripadaNya? Allah tidak pernah jauh dari kita. Adakah
kita cuba mendekatkan diri kepada Allah? Jika Yukabid itu Tuhannya Allah, siapa
pula Tuhan kita jika bukan Arrahman dan Arrahim itu? Pohonlah kepadaNya dan
letakkanlah segala pergantungan hanya kepadaNya. Semoga Allah membantu kita
dalam urusan dunia dan akhirat kita.
No comments:
Post a Comment