Salam
semua. Semoga Allah mengurniakan kita dan rahmat dan petunjukNya buat kita
semua hambaNya.
Amma
ba’d.
Kisah
Qais dan Laila merupakan sebuah kisah cinta yang lebih agung daripada kisah
Romeo dan Juliet. Bagaimana kisahnya?
Pemuda
tampan dan kuat beribadah bernama Qais terpaut hati pada gadis bangsawan yang
cantik bernama Laila. Cinta Qais berbalas.
Laila sangat mencintainya. Namun, nasib mereka malang kerana cinta
mereka dihalang oleh ayah Laila. Laila ditunangkan dengan sepupunya. Hal ini
sangat meruntun jiwa Qais dan Laila. Mereka berdua dilambung derita perasaan
cinta dan
rindu yang dahsyat.
Pada
suatu hari Laila mengutus surat kepada Qais melalui seorang utusan. Kata utusan
itu, “ Qais, sekiranya engkau mahu, aku boleh aturkan pertemuanmu dengan Laila.
Caranya adalah dengan engkau terus masuk ke dalam bilik Laila.”
Qais
segera menjawab, “Sesungguhnya, aku sangat takut dengan azab Allah. Aku
takutkan api neraka yang tidak pernah padam. Aku tidak rela bertemu Laila
dengan cara itu.”
Lalu
utusan tadi pulang menemui dan memberitahu Laila. Laila kagum dengan keteguhan
iman Qais. Hal ini membuatkan Laila terus memendam rindu lantas nekad untuk
berkurung dalam biliknya sehingga dia meninggal dunia sendirian. Begitu sekali
pendirian Laila dalam mempertahankan cintanya dan ingin mencontohi ketaatan
Qais kepada Tuhannya.
Qais
pula, apabila mengetahui berita kematian Laila, dia menziarahi kubur Laila
dengan perasaan yang hancur. Qais tertidur di atas pusara Laila kerana melalui
perjalanan yang jauh. Qais bermimpi Laila datang kepadanya dalam keadaan cantik
dan kelihatan bahagia sambil berkata kepada Qais, “Aku kini bahagia wahai
kekasih hatiku. Ketaatanmu mendorongku memperoleh kebahagiaan yang kekal abadi
dalam syurga Tuhanku.”
Qais
memandang Laila dengan penuh rindu,
dirayu kekasihnya itu dengan kata-kata, “Laila kekasih hatiku, seru namaku
daripada keindahan di sana supaya kita dapat bertemu dan bersama
selama-lamanya.”
Laila
menjawab, “Wahai kekasihku Qais, tidak lama lagi kita pasti bertemu dan bersama
selama-lamanya.”
Selepas
Qais terjaga daripada tidurnya itu, beliau tidak berdaya bergerak ke mana-mana
lagi. Qais memendam rindu yang mendalam kepada Laila. Tujuh hari berada di
pusara Laila, Qais akhirnya meninggal dunia.
Begitulah
agungnya sebuah kisah cinta agung Qais dan Laila. Saya tidak pasti kesahihan
cerita ini, tapi ini adalah karya dari Parsi (Iran). Menurut seorang sahabat
saya yang faqih dalam hal agama, katanya cerita ini benar dan pernah berlaku di zaman pemerintahan
Umayyah, sewaktu pemerintahan Khalifah Malik bin Marwan (Zaman pemerintahan
monarki Islam). Kisah Qais dan Laila didendangkan dengan irama ghazal. Islam
itu agama penuh seni.
Wallahualam.
P/S:
Hanya mengisi masa lapang dengan menulis..:)
No comments:
Post a Comment