Salam
kepada sahabat semua. Semoga Allah melindungi daripada fitnah dan mengasihi
kita semua.
Amma
ba’d.
Pilihan
Raya Umum (PRU) yang ke 13 telah berlangsung. Keputusan seperti semua sedia
maklum adalah seperti berikut:
Parlimen:
BN:
133 Kerusi
PR: 89 Kerusi
PR: 89 Kerusi
Dewan
Undangan Negeri:
BN:
275 Kerusi
PR: 229 Kerusi
PR: 229 Kerusi
Makanya,
Kerajaan persekutuan masih lagi diperintah oleh Barisan Nasional. Selangor,
Pulau Pinang, dan Kelantan kekal di bawah pentadbiranPakatan Rakyat. Kedah
diserahkan semula kepada Barisan Nasional.
Dikatakan
juga beberapa negeri pada kiraan awal mendapati bahawa telah dimenangi oleh
Pakatan Rakyat, namun ‘magic’ berlaku lalu kiraan dilakukan semula dan hasilnya
Barisan Nasional kembali menguasai negeri-negeri tersebut.
Saya
secara peribadi mengharapkan sinar Pakatan Rakyat memerintah Malaysia pasca PRU
13 bukanlah kerana Pakatan Rakyat adalah yang terbaik tetapi BN telah terbukti
segala salah guna kuasa, rasuah, kezaliman, penindasan rakyat marhaen dan
segala bentuk lagi penyelewengan. Ini menunjukkan rakyat sudah muak. Saya
mengikuti perkembangan keputusan PRU13 seawal 3 pagi waktu New York (3 petang
waktu Malaysia). Pukul 12 tengah hari waktu New York saya menghadiri kelas
tafseer Dr Shakel dan segala perkembangan PRU 13 saya hentikan seketika.Memang
hati dah berbunga memikirkan bahawa Pakatan Rakyat akan memenangin PRU kali ini. Semasa dalam kelas tafseer, saya
mendapat mesej daripada sahabat saya yang berada di Michigan:
“lain
kalilah Yun, inshaAllah”
Saya
terkedu seketika. Tumpuan dalam kelas hilang seketika sambil muncul beberapa
persoalan timbul dalam kepala.
Apakah
hutang negara akan terus meningkat? Bagaimana dengan kos sara hidup rakyat? Apakah
mungkin berlaku peningkatan gaji bagi pekerja sector awam dan swasta? Apakah jaminan
keharmonian kaum akan lebih terjamin? Bagaimana pula dengan jaringan
keselamatan sosial? Apakah kadar jenayah dan rasuah akan terus meningkat?
Apakah media arus perdana akan terus disekat dan berat sebelah?
Ini
adalah sebahagian soalan yang muncul di minda. Bermaksud dalam lima tahun lagi,
jika Barisan Nasional tidak mengubah corak pentadbirannya sebelum ini, maka
rakyat Malaysia akan terus berada dalam situasi yang sukar begini.
Memang
saya akui terkilan dengan keputusan PRU 13 kali ini namun pada sebelah
petangnya, saya mengajak beberapa sahabat ke Ontario Lake yang terletak 25
minit dari rumah saya bagi menenangkan fikiran. Mereka sependapat dan turut
berkongsi rasa duka cita bahawa Pakatan Rakyat kalah kali ini. Namun ada
beberapa yang kami bincangkan. Kita tidak boleh tunggu sehingga PRU 14 baru
mula nak bekerja tetapi kerja memenangkan Islam mesti dimulakan dari sekarang.
Kami bersepakat, bahawa kami kena mula mendidik masyarakat kepentingan ilmu. Kena
turun untuk membuat kebajikan kepada penduduk kawasan pedalaman, terangkan
kepada mereka situasi politik semasa, jangan takut kepada perubahan, serta
memenangi hati mereka.
Inilah
adalah sebahagian yang mampu kami lakukan untuk memastikan kemenangan kepada
keadilan dan kesejahteraan di Malaysia. Tenang sedikit rasanya selepas sembang
santai begini di Tasik Ontario. Harapan kami kepada kerajaan Barisan Nasional
agar mereka lebih telus dan adil dalam pentadbiran serta mengubah corak
pentadbiran boros kepada berjimat cermat.
Sebagai
orang Muslim, saya meyakini bahawa saya mesti terus bekerja supaya keindahan
Islam akan terzahir suatu hari nanti. Insha Allah. Jangan bersedih, Allah
bersama kita. Senyum.
1 comment:
PR bukanlah entiti suci Islam. Masih ada benda lain lg dlm PR :)
jemputlah singgah ke blog sy
Post a Comment