Salam
kepada sahabat, semoga tenang dalam mengahdapi liku-liku kehidupan ini.
Amma
ba’d.
Baru-baru
ini timbul isu perkauman dalam politik tanah air kita. Utusan Malaysia dengan
muka depannya ‘Apa Lagi Cina Mahu? Memainkan sentiment perkauman yang boleh
mencetuskan ketidakstabilan kaum di Malaysia. Saya tidak mahu membincangkan statistic
berapa ramai ahli parlimen Melayu atau Cina di dalam dewan rakyat sekarang
kerana saya yakin, bagi sesiapa yang cakna akan politik pasti mendapat gambaran
jelas, ahli parlimen manakah yang lebih ramai.
Muka Depan Utusan Malaysia yang bertarikh 7 May 2013
Saya
ingin tegaskan, bahawa dalam Islam, perkauman di tolak sama sekali. Saya
teringat kisah Bilal bin Rabah dan Abu Dzar Alghifari. Berikut adalah kisah
yang pernah terjadi pada Zaman Rasulullah SAW.
Di
dalam riwayat pernah diceritakan, Abu Zar r.a memanggil Bilal r.a dengan
gelaran “wahai anak hitam”. Bilal r.a yang mendengar panggilan tersebut terdiam
dan tidak membalas panggilan Abu Zar r.a itu. Dengan rasa kesal Bilal lantas
pergi bertemu Rasulullah untuk mengadukan hal tersebut. Tiba di rumah
Rasulullah, Bilal r.a meluahkan isi hatinya pada Rasulullah SAW. Seketika
sahaja, berubah wajah Rasulullah SAW menjadi merah padam. Rasulullah SAW terus
ke tempat Abu Zar berada, tetapi hanya lalu sahaja. Rasulullah SAW terus ke
masjid.
Mengetahui
bahawa Rasulullah SAW marah padanya, lalu Abu Zar memberi salam kepada
Rasulullah SAW. Rasulullah SAW berkata kepadanya “Wahai Abu Zar, kamu telah
menghina Bilal dan menghina asal usulnya. Ketahuilah Abu Zar, sesungguhnya kamu
asal usulnya adalah orang jahiliyah sebelum masuk Islam, dan sesungguhnya dalam
diri kamu masih ada sisa-sisa jahiliyyah”.
Abu
Zar r.a merasa terpukul dan sangat menyesal. Abu Zar menangis dan merayu pada
Rasulullah SAW: “Wahai Rasulullah, maafkan kesalahanku dan pintalah Allah
ampunan atas doaku…” Lalu Abu Zar
berlari mendapatkan Bilal r.a, Abu Zar merangkul Bilal sambil memohon maaf
padanya. Tidak cukup dengan itu, Abu Zar meletakkan kepalanya di atas tanah
seraya berkata “Demi Allah wahai Bilal aku tidak akan angkat pipiku dari atas tanah
kecuali kamu injak pipiku yang sebelah lagi dengan kakimu. Demi Allah
sesungguhnya kamu orang terhormat dan aku yang terhina”.
Demikian
cerita bagaimana Bilal bin Rabah dari keturunan Habsyah yang berkulit hitam di
hina oleh orang arab.Ini menunjukkan betapa sentiment perkauman sangat tidak
diterima dalam Islam.
Saya
pernah menulis status di FB dengan status berikut:
Klik untuk pembesaran
Semalam,
semasa majlis Seniors Grad Night, sahabat Cina saya ini berkata kepada saya.
“Eh,
thanks for coming on that night. You should do it more. Sejak you datang malam
tu, I punya persepsi berubah tentang politik negara.”
Malam
itu, saya masih ingat selain kami bersembang pasal business planí,kami juga bersembang pasal isu politik semasa, isu
PPSMI, isu pentadbiran awam dan isu hudud
(serta saya ceritakan juga kepadanya tentang Islam yang syumul ini).
Katanya lagi, dia sangat menghargai pertemuan malam tu, dan berharap saya untuk
buat macam tu lagi sebanyak mungkin.
Ringkasnya,
apabila timbul persoalan ‘Apa Lagi Cina Mahu?’ jawapannya, mereka mahu agar
diberi penerangan yang sebenar tentang Islam dan intipati ajarannya.
Wallahualam.
No comments:
Post a Comment