Salam kepada sahabat yang diredhai Allah. Semoga urusan kita
dipermudahkan Allah.
Amma ba’d.
Kurang dari dua minggu saya akan meninggalkan bumi Uncle
Sam. Perasaan memang bercampur baur. Sedih sebab akan berpisah dengan
rakan-rakan dan komuniti Muslim di sini namun dalam masa sama, gembira kerana
bakal balik bersama dengan keluarga. Antara paling saya terharu, Imam Ismet
mengatakan, “ We’re gonna miss you.”
RIT class of 2013
Apapun inilah fasa-fasa kehidupan yang mesti ditempuhi. Saya
sentiasa percaya every exit is an
entrance to another phase of life. Sering juga saya fikirkan, di lembah
mana di bumi Allah akan saya meneruskan kehidupan? Persoalan ini kadang-kadang
begitu misteri kerana saya sendiri tidak mempunyai jawapan yang pasti. Namun,
sesuatu yang sentiasa saya harapkan adalah di mana bumi saya dipijak, saya
mampu tetap dan istiqamah dengan Islam dan perjuangannya. Diri ini bukanlah
bagus, tetapi sedar inilah tanggungjawab yang akan dipersoalkan Allah apabila
dijemput pulang ke pangkuaNya.
Ada satu doa yang dibaca oleh Nabi Musa yang dirakamkan oleh
Allah dalam Alquran:
رَبّ إِنِّي لِمَا أَنْزَلْت إِلَيَّ مِنْ خَيْر فَقِير
Jadi, marilah sama-sama cuba mengamalkan doa ini agar kita
sedar kebergantungan dan segala nikmat hanyalah daripada Allah.
Selamat menempuh alam baru buat sahabat-sahabat saya di RIT. Kenangan bersama kalian sentiasa terpahat kukuh. Seeru a'la barakatillah.
No comments:
Post a Comment