Alhamdulillah, dengan izin dan limpah kurniaNya, saya
selamat bergraduasi dan menamatkan undergrad
studies di bumi Uncle Sam. Tiga
tahun berada di bumi asing, menjadikan saya lebih menghargai Islam yang saya
anuti ini. Saya juga belajar melihat Islam dan kehidupan dari perspektif asing
yang berbeza. Islam sebagai rahmatan lil a’lamin.
Bergambar sebelum ke dewan graduasi
Di sebalik kecemerlangan ini, saya yakin adanya mereka yang
jauh dengan saya mendoakan kecemerlangan dan kebaikan buat saya. Hanya Allah
sahaja yang mampu membalasnya. Saya juga sedar, ini bukanlah penamat kepada
dunia akademik saya tetapi ia satu pintu baru untuk saya melangkah ke alam reality
yang saya tidak pasti bagaimana cabarannya. Namun, satu hakikat yang saya
pasti, taatilah Allah, nescaya Allah sentiasa ada bersama saya.
Melangkah gagah
Saya pernah jatuh baik dalam akademik mahupun semangat,
namun berjaya bangkit semula. Menghadapai konflik dalaman mahupun luaran
merupakan asam garam kehidupan anak perantau. Namun Allah telah menyingkapkan
hikmah demi hikmah. Alhamdulillah.
Jatuh bangun bersama mereka
Pesanan kepada sahabat yang masih lagi berjuang di bumi
asing, tekun dan bersabarlah. Letakkan kebergantungan hanya kepada Allah kerana dia Ar Razaq.
Alhamdulillah. Semoga redha Allah bersama
Apapun, semoga Allah mengampuni segala dosa saya sebelum ini
dan meredhai saya sebagai hambaNya. Semoga Allah bantu dalam setiap langkah.
Allahul mustaan.
1 comment:
Mabrouk Abg Yun
Post a Comment