Salam
kepada sahabat yang dikasihi kerana Allah, semoga Allah memberikan kita hidayah
dan taufiq agar dapat beristiqamah dengan amal-amal islami.
Amma
ba’d.
Isu
demi isu timbul di Malaysia. Daripada isu kalimah Allah, isu Perhimpunan
Kebangkitan Rakyat, Isu fatwa ustazah bersalam dengan bekas perdana menteri
sehinggalah isu terbaru, isu ‘listen’. Akhirnya isu yang besar, kezaliman yang
berlaku dalam pentadbiran negara menjadi sepi.
Saya
tidak berminat untuk mengulas isu-isu di atas, cuma apabila timbul isu listen
ini, saya langsung teringat khutbah yang pernah disampaikan oleh Dr. Hany
Ghoneim di Interfaith Center, RIT tentang TAQWA dan MENDENGAR. Dr.Hany membacakan
firman Allah yang bermaksud:
“Oleh
itu BERTAQWALAH kepada Allah, dan DENGARLAH dengan patuh
(segala perintahNya), dan (ingatlah) Allah tidak memberi hidayah petunjuk
kepada kaum yang fasiq.” (Al Maidah 8:108)
Mendengar adalah kemahiran yang perlu
dilatih dan dipraktikkan. Ramai orang hari ini, terlalu mudah untuk mengkritik,
memberi pendapat, mengeluarkan fatwa dan menghukum tanpa mendengar secara
keseluruhan daripada pihak yang terlibat. Saya akui, dulu-dulu (semasa masih ‘muda’),
terlalu cepat ingin memberi pendapat apabila diminta pendapat tanpa mendengar
cerita keseluruhan tentang perkara yang diajukan kepada saya. Lama-kelamaan,
saya tersedar tidak semua perkara yang sahabat-sahabat saya datang dan ajukan
kepada saya meminta pendapat bagaimana masalah mereka boleh diselesaikan. Tidak
dinafikan, memang ada sesetengahnya datang meminta pandangan dalam masalah mereka,
tapi ada sesetengahnya yang menceritakan masalah peribadi mereka sebagai luahan
isi hati; untuk melepaskan beban yang ditanggung. Adakalanya sesudah mendengar
cerita mereka, respons saya hanyalah senyum. Smile because it will heal the
world.
Sekadar gambar hiasan (rindu Dubai)
Selain belajar menjadi penyampai yang baik
dan berkesan, saya juga belajar untuk mendengar dengan teliti dan memahami
mesej yang ingin disampaikan, agar tindakan dan pandangan saya lebih menepati
kehendak orang yang datang mengajukan sesuatu perkara kepada saya.
Sebagai kesimpulan, belajarlah menjadi
pendengar yang baik, agar kita tidak melatah dan melulu dalam tindakan.
Wallahualam.
No comments:
Post a Comment