Salam
kepada sahabat yang dirahmati Allah semua, semoga Allah menganugerahkan kita
keberkatan dalam hidup.
Amma
ba’d.
Adakah
Rasulullah SAW sejak dari lahir lagi sudah diangkat menjadi Rasulullah?
Rasulullah SAW diangkat menjadi Rasul pada umur 40 tahun, satu tahap umur yang
diiktiraf oleh Alquran mencapai tahap kematangan yang sempurna. Allah
berfirman:
“Dan
Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah
mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan
menanggung susah payah. Sedang tempoh mengandungnya beserta dengan tempoh
menceraikan susunya ialah dalam masa tiga puluh bulan. Setelah ia besar sampai
ke peringkat dewasa yang sempurna kekuatannya dan sampai ke peringkat umur
empat puluh tahun, berdoalah ia dengan berkata: "Wahai Tuhanku,
ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatmu yang engkau kurniakan
kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh
yang Engkau redai; dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam
jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadamu, dan sesungguhnya
aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadamu)". (Al Ahqaf 46:15)
Allah
menjelaskan dalam ayat ini bahawa umur 40 tahun adalah, satu tahap umur
seseorang mencapai tahap kematangan yang sempurna dalam hidup. Ada orang yang
kematangannya awal, ada yang lambat tetapi umur 40 tahun merupakan benchmark tahap kematangan insan.
Berbalik
kepada cerita Rasulullah SAW diatas, apakah yang telah Rasulullah SAW lalui
sebelum dilantik menjadi Rasul? Baginda berakhlaq dengan akhlaq yang begitu
mulia yang tidak pernah ditonjolkan oleh mana-mana orang di zaman arab
jahiliyah. Jika ada daripada para pedagang quraysh yang ingin keluar berdagang
dari tanah arab, mereka menyimpan duit atau harta mereka kepada Rasulullah SAW
kerana yakin harta mereka selamat. Dalam peristiwa Makkah dilanda banjir,
mereka mengguna pakai idea Rasulullah SAW supaya setiap pemuka kaum quraysh
agar memegang bucu kain yang di atasnya diletakkan hajarul aswad (batu hitam)
untuk diletakkan semula di dalam ka’abah.
Allah
melatih Rasulullah SAW supaya berakhlaq mulia, kerana faktor akhlaq adalah
antara factor yang utama penerimaan dakwah islamiyah pada zaman awal kedatangan
Islam. Andai kita berdegar-degar
menerangkan islam ini agama benar, agama yang membawa ke syurga, dan agama yang
terbaik, non-muslim tidak boleh menerima hakikat ini. Bagaimana kita boleh
mengatakan Islam agama yang terbaik sedangkan daripada kaca mata barat, negara
yang paling banyak penyelewengan dan pergolakan politik adalah negara arab yang
dikatakan negara Islam. Negara yang
paling kotor dan dipenuhi sampah adalah terdiri daripada negara-negara Islam
seperti Indonesia, Mesir, dan tidak terlepas negara kita. Talk is cheap.
The mansion, Connecticut (gambar hiasan)
Masa
untuk kita terjemahkan segala teks Alquran dan Assunah ke dalam bentuk
tindakan. Segala suruhan dan sunnah Rasulullah SAW adalah manifestasi kepada
akhlaq mahmudah. Saya berpendapat, sesuatu ideology atau fahaman tidak perlu
betul untuk menarik ramai pengikut, tetapi cukup bagi pembawa fahaman tersebut
untuk menonjolkan akhlaq yang baik agar fahamannya diterima ramai.
“Sesungguhnya
aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlaq yang mulia” (Hadith Riwayat Imam
Bukhari)
Menjadi
tanggungjawab kita untuk memberi kesedaran kepada umat Islam terutama mereka
yang dekat dengan kita (literally &
figuratively) agar kembali berpegang kepada petunjuk Alquran dan Assunnah.
Alquran dan Assunnah menyuruh kita agar berakhlaq mulia supaya tidak menjadi
fitnah kepada agama Islam. Berakhlaqlah dengan akhlaq yang mulia, mudah-mudahan
ia menjadi sebab kepada orang di sekeliling kita mendapat hidayah Islam.
Wallahua’lam.
No comments:
Post a Comment