Salam
kepada semua sahabat yang jauh mahupun dekat, semoga sentiasa dalam rahmat dan
redha Allah.
Amma
ba’d.
Tahun
2012 berbaki lagi dua hari lagi. Apa azam kita untuk tahun 2013? Adakah sudah
terlaksana segala perancangan 2012? Marilah merenung sejenak kehidupan kita,
sudahkah kita penuhi dengan tuntutan dan tanggungjawab kita sebagai muslim. Untuk
tahun 2013, saya tidak mahu terlalu merancang itu dan ini, cuma biarlah hanya
sedikit perancangan tapi berfokus.
Saya
mengajak, marilah kita semua merancang untuk mendalami ilmu dan mengubah cara kita berfikir. Saya dapati sebahagian
sahabat di Amerika ini begitu bersemangat berbicara soal dakwah dan tarbiyah
(pendeknya DnT). Satu semangat yang wajar dipuji kerana tatkala masih ramai
anak muda yang hanyut dengan keduniaan, namun sahabat-sahabat saya ini sudah
tersedar bahawa umat ini harus bangkit. Namun, saya tidak pasti apa sama ada
mereka tidak nampak atau terlepas pandang tentang situasi semasa yang berlaku
di Malaysia. Mereka begitu cakna dengan keadaan umat di Palestin, Syria dan
dunia Islam lainnya yang bergolak tetapi mereka langsung tidak atau begitu
kurang cakna dengan apa yang berlaku di negara sendiri. Mereka berdalilkan satu
hadith Rasulullah SAW:
"Barangsiapa
tidak mengambil berat tentang urusan umat Islam, maka bukanlah mereka daripada
kalangannya" (Hadith Rasulullah SAW)
Satu
persoalan yang ingin saya lontarkan, apakah tiada muslim yang hidupnya susah
dan merempat di Malaysia? Jika dikatakan umat Islam di Palestin dan Syria
ditindas oleh kezaliman zionis, apakah orang-orang miskin dan faqir di Malaysia
tidak ditindas oleh kezaliman pihak berkuasa yang menafikan hak rakyat (hak royalty
minyak rakyat Kelantan misalnya)?
Berdegar-degar
mereka melaungkan, marilah kita berjihad di Palestin,Syria, dan sebagainya,
apakah tiada jihad bagi menentang kezaliman di Malaysia?bercakaplah dengan
melihat realiti umat. Saya tidak pernah menafikan bahawa pentingnya untuk kita
mengambil tahu dan membantu perjuangan umat Islam di sana tetapi cukuplah
gambar di bawah mengingatkan kita peri pentingnya membangunkan umat dalam erti
kata lain menghapuskan kezaliman di tanah air kita
Kredit gambar: PAS Selangor
.
Cara
fikir inilah harus diperbetulkan. Allah berfirman dalam surah At Tahrim ayat 6:
“Wahai
orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka
yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu (berhala); neraka itu dijaga dan
dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya); mereka tidak
menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkanNya kepada mereka, dan
mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan.” (At Tahrim 66:6)
Ada
sesetengah ulama’ menafsirkan perkataan ‘ahli’ dalam ayat ini, selain merujuk
kepada keluarga, termasuk juga, jiran tetangga dan masyarakat sekeliling. Akhirnya
kita hanya mampu mengeluh melihat keadaan umat di negara sendiri tetapi dalam
masa sama, kita terlalu sibuk membantu mereka di yang berada di jauh. Cara berfikir
yang sebegini kurang tepat. Sesiapa sahaja yang ditindas oleh kezaliman wajib
dibantu sama ada jauh atau dekat.
Kepada
ikhwah dan akhawat yang saya kasihi, bentuklah diri menjadi insan yang matang
dan mampu berfikir dengan kritis; bukan hanya mengangguk dan mengiyakan segala
kata-kata naqib naqibah. Akal adalah anugerah Allah yang tidak ternilai, maka
janganlah mempersiakan anugerah Allah ini dengan malas berfikir, mengkaji dan
membaca. Bangunlah dan ayuh menentang kezaliman dalam negara kita dan dunia
Islam yang lain.
Wallahua’lam.
No comments:
Post a Comment