Salam
kepada sahabat yang saya kasihi, semoga Allah mengurniakan keberkatan dalam
hidup.
Amma
ba’d.
Apa
beza antara kita dan binatang yang melata di atas muka bumi Allah, andai hidup
hanya memikirkan bagaimana hendak isi perut? Kita selaku khalifah Allah di atas
muka bumi harus tunduk dan patuh hanya kepada Allah dan sebarkan mesej
kebenaran Islam yang Allah turunkan melalui lisan Rasulullah SAW kepada makhluq
sekalian alam.
Cuma
sedikit perkongsian, Alhamdulillah sekarang saya semakin nampak kenapa saya
dicampakkan di RIT ini yang pada mulanya bukanlah pilihan di hati. Semakin hari
Allah menunjukkan mutiara-mutiara hikmah kehidupan di sini. Di sini, saya
ditarbiyah dan mentarbiyah, di sini Allah juga menyingkap rahsia dan menyuluh
jalan kehidupan. Dipertemukan dengan sahabat-sahabat yang sehati dan sefikrah. Kami
mungkin berbeza manhaj pemikiran, tetapi kami meraikan perbezaan yang wujud di
antara kami yang membuahkan kebahagiaan dalam berukhuwah.
Seperti
saya maklumkan entri sebelum ini, kita mesti menjadi manusia bermanfaat kepada
manusia lain. Atas dasar ini, kami ikhwah dan akhawat di RIT mengambil kata
sepakat untuk membincangkan Usul 20
Assyahid Imam Hassan Albanna setiap minggu. Apa yang kami harapkan dari
perbincangan ini adalah dapat menghasilkan dai’e yang kritikal serta memahami
waqi’ (situasi) semasa dalam kita ingin
membawa seruan dakwah. Melalui perbincangan ini juga, kami bebas mengemukakan
pandangan dan idea dalam mencari kaedah yang relevan untuk bergerak di medan. Insha
Allah, mudah-mudahan Allah memberkati usaha ini.
Cuti
summer lepas, saya ada membeli sebuah buku hadith, Syamail Muhammadiyah. Apa yang
saya fikir, apa guna kita mengaku umat Rasulullah SAW andai kita tidak
betul-betul mengenali susuk tubuh, manhaj dan kehidupan Rasulullah SAW. Dalam
buku ini, diceritakan sifat fizikal, cara Rasulullah SAW bergaul, makan, minum,
bergurau dan banyak lagi urusan kehidupan Rasulullah SAW dalam seharian.Jadi, saya
dan ahli rumah saya mengambil inisiatif untuk membaca satu hadith satu hari
selepas setiap kali solat maghrib berjemaah di rumah. Mudah-mudahan usaha ini
juga menambah kecintaan kami kepada Rasulullah SAW dan menjadikan hidup kami
lebih menepati sunnah baginda.
Berada
di Rochester yang kaya dengan tempat-tempat semula jadi yang menarik, menggamit
hati kami untuk mengambil peluang mengadakan rehlah dan tadabbur alam. Setiap quarter,
kami sentiasa pastikan adanya satu rehlah di tempat-tempat menarik di sini
seperti di Mendon Park, Ontario Lake, Letchworth State Park dan juga Seneca
Lake. Mendampingi alam menyedarkan kami keagungan dan kebesaran Allah lantas
diri menjadi insaf atas kekerdilan diri.
Kenangan untuk diuntai: rehlah di Seneca Lake
Petang
hari kami sama-sama beriadah bermain volley ball, pocket billiard dan bola
sepak. Semuanya dilakukan demi merapatkan ukhuwah. Kalau ada majlis-majlis di
sini, kami adakan persembahan nasyid dan sebagainya, sehinggakan kami dijemput
untuk membuat persembahan di University of Rochester semasa program bersama
Baba Ali bulan depan. Semoga Allah permudahkan urusan kami.
Anak muda kreatif: Anak Kampung versi hari raya
Dalam
hidup, Allah dengan sifat lemah lembutnya memberi kita ujian namun hikmah
disebaliknya amat besar jika kita bersabar dan terus memohon kepadaNya agar
diberi jalan keluar atas setiap mehnah. Kunci kehidupan, jangan pernah lelah
mencari hikmah. Gunakanlah masa kita dengan perkara-perkara bermanfaat agar kita ada jawapan depan Allah.
Wallahualam.
2 comments:
kupasan hang byk yg menarik. terbaik!
syarah usul 20 setiap minggu? menariknya! sedih x dpt join..;(
Post a Comment