Salam kepada sahabat yang saya
kasihi kerana Allah. Semoga Allah memberkati kehidupan seharian kita dengan
cahaya kasihNya.
Amma ba’d.
Di usia yang sudah menjengah 22
tahun ini, topik perkahwinan, baitul muslim atau apa sahaja terminologi yang
sama dengannya adalah topik yang sering diperbicangkan. Perasaan untuk saling menyayangi diantara makhluq berlainan jantina adalah lumrah setiap
manusia yang normal.
“Dan di antara tanda-tanda yang
membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai
kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati
dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri)
perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu
mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang
yang berfikir.” ( Ar Rum 30:21)
Begitulah keterangan Allah
berkenaan fitrah manusia yang diciptakan berpasangan. Dalam kita ingin bergerak
dalam kerangka dakwah, keperluan untuk berkomunikasi kepada insan berlainan
jantina adalah amat mendesak. Dakwah ini untuk manusia yang merangkumi lelaki
dan perempuan, ada perkara memang kepakarannya milik lelaki dan ada perkara
yang kepakarannya hanya mampu dilakukan oleh perempuan.
“Dan orang-orang yang beriman,
lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain;
mereka menyuruh berbuat kebaikan, dan melarang daripada berbuat kejahatan; dan
mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan
RasulNya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha
Kuasa, lagi Maha Bijaksana.” (At Taubah 9:71)
Di sini Allah jelas menyatakan
bahawa orang mukmin dan mukminah memerlukan antara satu sama lain dalam banyak
urusan kehidupan. Misalnya, jika kita ingin menganjurkan sebuah program,
perlunya kepada lelaki dan perempuan untuk saling berkomunikasi untuk
menjayakan program ini. Dalam masa yang sama, kita tidak boleh nafikan
diciptakan manusia juga dengan hati dan perasaan. Apabila berinteraksi dengan
lelaki dan perempuan kadang-kadang, mungkin timbul perasaan suka atau cinta.
Menyedari hakikat ini, demi
menjaga hubungan antara lelaki dan perempuan, jalan penyelesaian yang
dianjurkan dalam islam amat indah iaitu pernikahan. Persoalannya di sini,
kenapa saya membangkitkan isu pernikahan?
Batch saya sendiri di KISAS,
sudah ada tiga pasangan yang sudah dan akan mendirikan baitul muslim bulan
Julai nanti. Dua daripadanya mengikut tradisi, kahwin KISAS sama KISAS. Bagaimana
mereka bertemu sedangkan di KISAS dahulunya hubungan antara jantina sangat
terjaga, saya pun tidak pasti. Namun, ini bukan persoalannya; apa yang paling
penting adalah mereka sudah ingin menyempurnakan separuh daripada agama mereka.
Sebab saya membangkitkan isu ini
kerana banyak sangat spekulasi yang mengatakan saya akan menamatkan zaman
bujang cuti summer ini sehinggakan guru sekolah rendah saya juga ada bertanyakan
perkara serupa sama ada saya balik summer ni untuk bertunang atau sekadar balik
bercuti. Tidak semudah yang diperkatakan untuk menamatkan zaman bujang ini,
pelbagai persediaan harus dilakukan. Jika ada jodoh dan rezeki di waktu summer
ini, siapalah hamba yang mampu menolaknya. Cuma pada pemikiran saya, cuti
summer ini biarlah saya semampu mungkin berada bersama keluarga, menolong emak
dan ayah, berjalan-jalan dengan keluarga kerana berkemungkinan besar apabila
grad tahun depan, insya Allah saya mungkin akan menetap di kawasan Selangor atau
Lembah Kelang. Jadi tahun ini, saya mesti banyak meluangkan masa bersama keluarga, sesekali berprogram
bersama sahabat-sahabat, menziarahi guru-guru dan banyak lagi aktiviti lainnya.
Masakan pokok bergoyang jika
tiada angin. Mungkin kerana saya banyak berbicara perkara ini secara terbuka. Ada
juga yang bertanya, adakah saya sudah mempunyai calon? Saya mengambil pendirian
untuk berdiam diri. Akhir sekali, apa yang mampu saya lakukan hanyalah berdoa
semoga dikurniakan yang terbaik buat saya dan kepada Allah jugalah saya
bertawakkal dan menyandarkan segala harapan.
Klik untuk pembesaran
Wallahualam.
3 comments:
hihi..biasalah tu. kalau betul pun apa salahnya :p. selagi tak kahwin, selagi tu orang akan tanya. dah sampai masanya nanti jangan lupa jemput akak sekeluarga ke kenduri ye..hehe..
hehe.insya Allah, saye akan jemput akak and family.akak doa2 kat saye ye..:)
ameen ameen ameen :)
Post a Comment