Salam ukhuwah diucapkan kepada sahabat-sahabat yang dikasihi kerana Allah. Semoga dikurniakan kebahagiaan dan ketenangan sentiasa.
Amma ba’d.
Ke mana kita ingin menyeru manusia? Adakah kita ingin meyeru manusia kepada duniawi? Itu tidak perlu diseru kerana manusia memang mudah tertarik untuk mengejar duniawi. Serulah jiwa-jiwa insan untuk kembali bertaut kepada tuhannya. Hati manusia yang tandus daripada mengingati Allah harus disentuh agar hatinya kembali untuk hanya bergantung harap kepada Allah.
Perkara yang ingin disampaikan adalah dalam kita ingin menyeru orang agar kembali kepada Allah, pendekatan manusiawi mestilah diambil kira. Uniknya penciptaan manusia ini adalah kerana mempunyai akal dan perasaan. Ada rasa sayang,suka, cinta, benci,sedih dan kecewa yang hadir silih berganti dalam hidup. Kerana hati yang gersang itu perlu disentuh, maka hikmah dalam menyeru perlu ada. Hikmah tidak bermaksud sentiasa berlembut tetapi hikmah itu adalah bijak untuk menyesuaikan kaedah mengikut keadaan. Ada orang perlu disentuh dengan cara lembut, ada orang perlu disentuh dengan amaran atau ancaman dan begitulah yang berlaku di zaman Rasulullah SAW. Ada orang yang Rasulullah SAW khabarkan dengan keindahan syurga untuk melunakkan hatinya kepada Islam. Ada orang yang Rasulullah SAW khabarkan kepadanya azab neraka yang keras agar hatinya lembut kepada Islam. Itulah hikmah!
“Kejayaan sebuah kumpulan menjayakan kaderisasinya langsung tidak bergantung kepada sejauh mana benar atau tidak benar perjuangan yang dibawa. Sebaliknya ia bergantung kepada sejauh mana manusiawinya pendekatan yang diguna. Bagi jemaah yang kaderisasinya lemah, tidak perlu disemak sangat kesahihan perjuangannya, tetapi bersungguhlah menyemak kesahihan pendekatan. Allah tolong atau tak tolong, bersebab belaka. Sunnatullah namanya!” Ustaz Hasrizal Abdul Jamil.
Picture courtesy of Google
Pokok pangkalnya, perkara pertama untuk mendekatkan orang yang perlu kepada sentuhan tarbiyah ini adalah dengan membina jalinan ukhuwah agar terbentuknya sifat saling memahami antara satu sama lain. Ukhuwah yang dijalin perlulah ikhlas tanpa ada sebarang kepentingan peribadi. Hampirilah manusia dengan pendekatan manusiawi seterusnya jalinlah ukhuwah agar hati-hati itu tersentuh.
Nice words from Hanisah
“Ukhuwah itu ibarat simen. Simen yang menghubungkan dua atau lebih batu bata menjadi sebuah bangunan”. Selamat Beramal..:)
2 comments:
:)
senyum je nisah.x de wisdom words lagi ke?..:)
Post a Comment