Thursday, September 15, 2011

Muktamar di Las Vegas?...

Salam buat sahabat-sahabat,ikhwah akhawat yang dirahmati Allah senantiasa. Semoga mati kita dalam husnul khatimah.
Amma ba’d

Kelmarin telah ditetapkan bahawa Muktamar MISG tahun ini insya Allah akan diadakan di Las Vegas,Nevada. Maka timbullah pelbagai persepsi tentang muktamar kali ini. Saya tidak berhasrat untuk mengulas tentang tempat muktamar pada tahun ini. Muktamar MISG diadakan setiap tahun pada hujung bulan Disember. Tahun lepas, muktamar diadakan di St. Louis, Missouri.

Cuma apa yang saya kagumi ialah, baru diumum semalam tetapi pelajar-pelajar di serata US ini sudah mula merancang dan memikirkan bagaimana hendak ke sana. Begitu bersemangat sekali mereka demi program-program yang berbentuk keagamaan. Sedikit sebanyak yang dapat saya maklumkan kepada siapa yang tidak belajar di US ini, pertama, kalian mesti mengetahui bahawa tanah Amerika Syarikat sangat besar. Dari satu negeri ke satu negeri kebiasaannya mengambil masa sekurang-kurangnya lima jam memandu. Ketumpatan pelajar Malaysia kebanykannya berada di kawasan Midwest dan Eastcoast (Michigan,Indiana,New York,Pennsylvania,Ohio,Iowa,Wisconsin,New Jersey dan Minnesota).Las Vegas pula berada di barat dan sudah tentu akan mengambil masa yang lama untuk memandu. Ditambah program ini diadakan pada musim sejuk, justeru kemungkinan dilanda salji lebat dan rebut salji amat tinggi. Kalau memandu pun dikhuatiri terperangkap dalam perjalanan, kalau menaiki kapal terbang pun ada kemungkinan penerbangan terpaksa dibatalkan akibat cuaca buruk. Apapun itu semua di luar kehendak dan kekuasaan kita, apa yang penting banyakkan BERDOA dan BERTAWAKKAL  agar kami dapat tiba ke destinasi dan selamat berprogram. Sila lihat peta di bawah. Kalau nak memandu, saya terpaksa tempuh sembilan negeri; Pennsylvania,Ohio,Indiana, Illinois,Iowa, Nebraska, Colorado, Utah, dan Nevada.Penat!!!
                                           Click to enlarge

Perjalanan dari tempat saya, Rochester,New York akan mengambil masa 1 hari 13 jam memandu tanpa henti. Itu tidak termasuk berhenti makan, sembahyang, dan hajat-hajat lain. Apa yang ingin saya sampaikan untuk entri kali ini ialah, bagaimana gigihnya pelajar-pelajar di Amerika Syarikat ini mencari program-program yang insya Allah menjadi asbabul hidayah. Saya tidak menafikan bahawa pelajar-pelajar di negara lain ataupun di Malaysia sendiri tidak mencari program-program sebegini Cuma saya tidak berada di negara-negara tersebut,jadi saya tidak boleh mengulas tentang apa yang berlaku di sana. Setakat yang saya kenal, ada beberapa orang yang dahulunya memang memandang sepi program-program sebegini tetapi apabila berada di rantau orang ini, hati mereka mula terbuka. Alhamdulillah, ini indikator bahawa orang mula mencari jalan pulang.  Semoga kita terus diberi kekuatan untuk mengahdiri program-program sebegini dan yang lebih penting, taufiq dan hidayah Allah sentiasa bersama kita.

                       Perbincangan di Twitter bersama pelajar University Buffalo
                          Perbincangan bersama akhi Wan Khalil, Pennstate

8 comments:

nuha said...

dh pernah trip kereta from ny to vegas, took us three days rsnye. very penat, even with 4 drivers.

but nanti winter kan, inshaallah it'll be amazing to observe how the kind of trees changing, the slippery road turning dry, and the chilly weather becoming warm along the road :)

Mohamad Nazrul Fazli bin Abdul Mutalib said...

wah bestnye nuha dapat travel dengan family.abang tak de peluang lagi..but i do hope one day soon, i'll have the chance..sekarang pun dok pening2 lagi nak gi vegas nanti dengan ape..huhu..:)

abid™ said...

aku cume nmpk perkataan akan lalu kat denver je.haha

slmt planning dan smoga Allah memudahkan segala urusan :)

Mohamad Nazrul Fazli said...

tu la.kalau ada peluang nak singgah colorado..boleh la rasa masakan orang2 denver ni..:D

sKiRafaRgEek said...

jauhnya vegas...hoho..sangat mencabar nie..my mom dah risau sebab budak2 US ni rajin sgt memandu..harap dia bagi pegi. tapi klau dengar sampai ke vegas, the other side of US..fuhhh..

Mohamad Nazrul Fazli bin Abdul Mutalib said...

kite gi pelan2..insya Allah selamat sampai..:)

Encik Macho said...

singgah purdue dulu bro..

Mohamad Nazrul Fazli bin Abdul Mutalib said...

bosan ah purdue.selalu pergi..:P