Tuesday, September 27, 2011

Menghukum vs Menyedarkan...

Salam buat semua, semoga hidup diberkati Allah selalu.
Amma ba’d.

SITUASI DI AMERIKA

Mom: ok dear, we will play outside. We cannot play here in the shop.

Son: All right mommy.

SITUASI DI MALAYSIA

Emak: heh, jangan main kat sini lah.kang jatuh barang-barang tu,emak cubit.

Anak tersebut sama ada terus bermain atau berhenti dek kena cubit.

Inilah dua situasi yang sering saya perhatikan. Begitu berbeza sekali pendekatan yang digunakan ibu bapa di Amerika dan Malaysia. Apa yang boleh saya simpulkan ialah, ibu bapa di Malaysia lebih mudah menghukum berbanding memberi didikan ataupun alternatif. Dalam konteks kemasyarakatan, ada sesetengah golongan agama terlalu mudah menghukum kepada orang-orang yang masih jahil dalam agama.

“tak boleh! Apa yang kamu buat itu HARAM. Nanti masuk NERAKA!”

Terjelepuk kawan yang buat salah tadi. Konteks kemasyarakatan dan keibu bapaan juga masih mungkin masih jauh dengan saya. Namun, dalam aspek menegur dan mengajak sahabat-sahabat yang masih leka, konsep menghukum bukanlah kaedah terbaik dalam menyedarkan mereka. Bagi saya, yang paling penting adalah menyedarkan sahabat tadi tentang perbuatan yang dilakukannya salah, bukan menghukumnya dengan perkataan ini haram,itu tak boleh,itu masuk neraka walaupun natijah kesalahannya memang begitu. Sebagai contoh, katakanlah kawan kita ada yang memakai seluar pendek ketika main bola (ataupun tidak memakai tudung bagi perempuan), hampiri  dan kenali dia. Kemudian ceritakan kepadanya tentang aurat, kewajipan menutup aurat dan kesan tidak menutup aurat. Insya Allah hatinya lebih mudah untuk menerima dan lebih mudah dirinya untuk berubah kearah yang lebih baik. Berhikmahlah dalam menyeru orang kepada Allah. Hikmah itu adalah bijaksana.

Kesimpulannya, janganlah menghukum sebaliknya berilah kesedaran kerana jiwa yang sedar itu akan tahu apa tindakan yang patut dilakukannya. Wallahua’lam.
                  Masjid Diraja Sultan Sulaiman,Klang. Rindu tempat ini.

No comments: