Salam buat semua. Alhamdulillah,setelah sebulan kita di bulan Ramadhan,Syawal menjelma jua. Semoga momentum di bulan Ramadhan dapat dikekalkan.
Amma ba’d
Raya saya kali bagi saya sangat bermakna kerana dapat menyambut lebaran bersama rakyat Malaysia yang lain di kedutaan besar Malaysia di Washington DC. Sememangnya ada kelainan sedikit beraya dengan orang-orang besar ni; timbalan duta, jeneral konsulat, atase pendidikan, pengarah-pengarah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan ramai lagi.
Saya dan empat orang lagi sahabat dari RIT ini bertolak ke Washington DC pada pukul 10.30 pagi hari Isnin yang lalu. Perjalanan ke sana mengambil masa lebih kurang 6 jam sepatutnya menjadi 7 jam disebabkan kesesakan semasa memasuki negeri Virginia. Alhamdulillah,kami selamat tiba di Washington DC pada pukul 5.30 petang. Cuaca pada hari tu Alhamdulillah, baik. Di sana kami menumpang tidur di rumah En. Razak, pegawai MARA. Petang itu kami bersiap-siap untuk iftar dan iftar pada petang itu di masak sendiri oleh isteri En Razak, Pn. Ju. Antara juadah petang itu adalah kari ayam, sayur campur, muffin coklat dan banyak lagi. Selepas makan, kami sama-sama menunaikan solat maghrib bersama tuan rumah yang diimamkan oleh salah seorang pelajar RIT.
Di rumah En Razak Juadah iftar terakhir
Selepas itu kami pergi bersolat isya’ kami semua pergi ke rumah En. Hisyam untuk sama-sama solat isya’ berjemaah dan bertakbir ramai-ramai diimamkan oleh En. Amir, pegawai JPA di Washington DC. Terasa nikmat raya di perantauan apabila dikelilingi warga Malaysia di perantauan ini. Makanan yang disediakan sangat sedap seperti laksam, lemang dan rendang.
Bertakbir di rumah En. Hisyam Jamuan raya di rumah En. Hisyam
Pagi keesokannya pada hari raya, kami semua bangun awal untuk mandi sunat hari raya dan solat subuh. Sarapan pagi itu, kami dijamu dengan roti canai dan pada pukul 7.30 pagi kami bertolak ke kedutaan Malaysia yang terletak lebih kurang 30 minit dari rumah En. Razak.
Sarapan di rumah En RazakSebelum bertolak ke kedutaan
Sekitar rumah En Razak
Di kedutaan, kami bersembahyang bersama-sama warga Malaysia yang lain pada pukul 8.30 pagi diikuti oleh khutbah oleh En. Amir. Selepas khutbah, kami semua ke sebuah bilik untuk tele siding bersama Perdana Menteri dan beberapa menteri-menteri lain dari Seri Perdana,Putrajaya. Ada lebih kurang enam perwakilan Malaysia di seluruh dunia; dari Melbourne, London, Rabat, Jeddah, Islamabad dan Washington. Selepas tele sidang kami semua keluar ke hadapan kedutaan kerana ada upacara menaikkan bendera sempena hari kemerdekaan Malaysia yang ke-54. Habis sahaja upacara menaikkan bendera, kami terus masuk semula ke dalam kedutaan untuk menjamu selera. Memang makanan sangat banyak ditambah dengan pelbagai jenis air. Antaranya nasi biryani,rendang,lodeh, acar nasi impit, kuah kacang, kari ayam dan daging. Sambil makan,kami bersembang dengan orang-orang Malaysia yang kami jumpa di kedutaan.
Sembahyang rayaKhutbah raya
Bersalam-salaman dan bermaaf-maafan
Tele sidang bersama PM
Sambutan kemerdekaan Malaysia yang ke-54
Juadah raya
Kami di kedutaan
Lebih kurang pukul 12 tengah hari, kami bergerak ke Lincoln Memorial. Lincoln Memorial merupakan antara tarikan apabila melawat ke Washington DC. Tidak ada apa di sini melainkan bangunan-bangunan pentadbiran termasuk White House. Pukul 1.45 petang kami bertolak ke rumah Jeneral Konsulat kerana ada rumah terbuka di sana. Selepas makan dan bersembahyang jama’ zohor dan asar, kami pun memulakan perjalanan bertolak pulang ke Rochester tercinta. Kami hanya tiba di Rochester pada pukul 11.40 malam.
Lincoln Memorial Di rumah Jeneral Konsulat
Alhamdulillah, saya bersyukur kepada Allah kerana memakbulkan permintaan saya sepanjang Ramadhan dan Syawal. Iftar di Buffalo, Columbus, West Lafayette serta sambutan raya merupakan harapan saya untuk tahun ini kerana insya Allah tahun depan saya akan pulang berpuasa dan menyambut raya bersama-sama keluarga tercinta di kampung. Apa-apa pun, semoga amal kita di bulan Ramadhan yang lalu diterima Allah dan kita dapat beristiqamah untuk terus melakukan kebaikan.
No comments:
Post a Comment