Salam buat semua sahabat yang saya kasihi kerana Allah.moga kita tergolong golongan yang mendapat rahmat dan naunga Allah di dunia dan akhirat kelak.
Amma ba’d
Entri kali ini tidak ada apa yang istimewa, cuma terkenang zaman di Intec dahulu (macam lame je bunyinye hehe)
“Aku ni kuat rindukan orang.” (Syed Alif Ikram,2011)
Saya rasa, saya mempunyai penyakit yang sama macam alif. Memang saya cepat rindukan orang dan suasana. Kadang-kadang duduk seorang diri, saya selalu flashback zaman ‘muda-muda’ yang telah berlalu. Banyak sungguh kenangan manis. Kadang-kadang bangun awal pagi kat sini, terdengar kicauan burung di saat masih gelap mengingatkan saya di Cemara. Saya dan roommate saya saling mengejutkan satu sama lain dan pergi berjemaah di surau cemara sama-sama.
Lepas solat maghrib sama-sama pergi makan kat restoran wira sejati tak pun naik kereta dengan Amin Asyraf pergi makan ABC dekat foodcourt Seksyen 2 Shah Alam. Saya masih ingat lagi saat pergi bershopping dengan Azhar Bujal di SOGO. Kadang-kadang pergi makan kat momen di shah Alam dengan Akif, Khairil, Suhaimi, Amin dan Aiman. Summer tahun lepas usah dikira, pantang ada peluang pasti pergi ‘berkubang’ di kolam bukit cerakah dengan Riduan, Danial, Arif, Ameerul Elyeen, Khalis dan ramai lagi Takpun kami pergi berenang di Pusat Akuatik Darul Ehsan (PADE).
ABC Seksyen 2 Shah Alam
Momen di Seksyen 7 Shah Alam
Mandi di Bukit Cerakah
Ustaz Azhar, Ustaz Riduan dan Ustaz Aakif di PADE
Setiap kali habis semester atau rasa bosan, kami selalu keluar ke Sunway Pyramid main ice skating dan makan di Carl’s Junior (besar sangat burger die). Yang paling best, semua budak-budak laki ACTP selalu main futsal di Sports Planet, seksyen 16 setiap hari jumaat lepas sembahyang jumaat.
Hobi Amin-Bermain Ice Skating di Sunway Pyramid
Carl's Jr di Sunway Pyramid
Sports Planet Seksyen 16..Terbaik..
Program, daurah, usrah.. subhanallah, ini part yang paling best.kadang-kadang berprogram di Masjid Negeri di Shah Alam, pernah di Selayang, Pernah di Sepang dan banyak lagi. Semuanya, membuahkan apa yang orang panggil KERINDUAN..
Tempat Yang Paling Dirindui..
P/S: maaf bahasa tak formal.
9 comments:
baca post ni teringat Malaysia..balik nak makan laksa teluk kechai la..=)
teluk kechai?kat mane tu..soryla saye orang shah alam.
*statement nak makan penampaq*..haha
sangat!haha
Teluk Kechai kat daerah Kuala Kedah
dekat2 jeti nak pi Langkawi tue..=P
sebab besa makan kat kuala perlis ja..kuala kedah x pernah rasanya..angin kuala perlis memang layan..haha
rindu, penyakit seorang perantau :)
hurm, kalau balik boleh jugak lepaskan kerinduan tu..berutunglah sape2 yang balik..:)
balik ni bleh p ronda umah org2 kedah=).
p/s maap yun,lpa ltak kt mna buku murabbi cinta,nnt blk,umur pnjg insyallah kna gnti blk brand new,
Pi jangan tak pi..orang jemput makan kenduri, wajib pi..haha
x pa, pasai buku x pa..biaqla..x yah ganti la..dah khatam pun buku tu..haha
pi la rindu zaman intek mu tu..mentang2 kita takde dalam kerinduan itu..
Post a Comment