Wednesday, May 18, 2011

Assalamualaikum...

Salam buat sahabat-sahabat sekalian, semoga kita semua semakin sihat di bawah naungan rahmat dan kasih sayang Allah.
Amma ba’d

Dulu kalau waktu sekolah menengah, senior selalu pesan “kalau jumpa senior (berselisih) bagi salam”. Pesanan ini kerap kali diulang dan diulang,memang junior waktu itu memang patuh. Mula-mulanya “assalamualaikum abang” tetapi bila dah selisih dengan senior ramai-ramai jadi “kum bang”. Kumbang? Teringat Syed Alif Ikram J. Ya, pada hari ni kita dapat lihat budaya salam semakin luntur dalam kalangan umat Islam. Kita lebih berkenan untuk mengucapkan hi, hello, good morning, dan sebagainya. Kalau bagi salam pun, terbatas kepada kenalan kita sahaja. Ada satu hadis Rasulullah SAW ajarkan kepada kita umatnya:

"Kamu tidak akan masuk syurga hingga kamu beriman dan kamu tidak beriman sehingga kamu saling menyintai (Kerana Allah). Apakah kamu mahu jika aku tunjukkan satu perkara yang mana jika kamu lakukan perkara itu, maka kamu akan saling menyintai? Sebarkanlah salam diantara kamu!" (Hadis Muslim)

Ya kita mesti mengucapkan salam kepada siapa sahaja muslim yang kita temui. Kadang-kadang bila berkesempatan, saya akan menunaikan sembahyang di Islamic Center of Rochester (ICR, Masjid Rochester). Apa yang saya tertarik dengan muslim di US ni, mereka memberi salam kepada siapa sahaja yang mereka temui atau semasa berjabat tangan.subhanallah, nampak begitu cantiknya Islam apabila diamalkan dengan cara yang betul. Tangan dihulur,seyuman diukir, khabar bersapa menatijahkan tautan silaturahim dan melahirkan kasih sayang. Ada beberapa orang tempatan yang memang selalu saya berjumpa di ICR, kami jadi mudah mesra walaupun pertemuan tidaklah lama. Benarlah sabda nabi, salam dapat membuahkan kasih sayang.
                                                            Islamic Center of Rochester

Oleh itu, budayakanlah salam sesama kita umat Islam kerana itu pesanan nabi dan itulah kunci kasih sayang sesama umat islam bersaudara. Wallahualam
P/S: sedikit promo untuk kalian yang pulang ke Malaysia. WOW, satu program menarik di bawah I luv islam yang akan diadakan di Kompleks Rakan Muda, Klang pada 22-25 July, 2011. Kalian boleh register di i luv islam.

No comments: