Salam buat semua sahabat-sahabat yang saya rindui. Semoga kita semua sentiasa dalam keredhaan Allah SWT.
Amma ba’d.
Entri ini saya dedikasikan kepada semua senior-senior saya yang bergraduasi pada tahun ini. Pertama-tamanya, tahniah saya ucapkan buat kalian semua kerana berjaya menempuh segala dugaan dan cabaran sepanjang keberadaan kalian selama 3 atau 4 tahun di bumi Rochester ini.
Class of 2011
Doa saya, semoga kalian berjaya mendapat apa yang diimpikan. Mungkin ada yang ingin terus bekerja bagi mencari pengalaman dan mungkin ada yang ingin menyambung ke grad school selepas ini, semoga impian tercapai. Pesanan saya, every exit is an entrance to another part of life, so expect the unexpected. Allah berfirman dalam surah al-insyiqaaq ayat ke 19:
“sesungguhnya kamu melalui tingkat demi tingkat (dalam kehidupan)” (84:19)
Benarlah firman Allah bahawa semakin hari hidup kita menjadi semakin sukar dan rumit dengan cabaran semasa. Atas dasar ini, kita hendaklah memandu diri kita dengan iman dan taqwa berlandaskan Alquran dan Assunnah.
Kami junior-junior di RIT akan meneruskan legasi kecemerlangan kalian, insya Allah. Baki tempoh pengajian saya lagi dua tahun akan saya gunakan untuk mengutip segala ilmu dan pengalaman agar kehidupan di masa hadapan dapat dihadapi dengan cemerlang.
Akhir kata, sekali lagi tahniah dan terima kasih atas segala bantuan dan tunjuk ajar yang telah dicurahkan kepada kami junior-junior kalian. Masa kalian sudah tiba, kami pula menunggu masanya.
Seeru a’la barakatillah..:)
1 comment:
Setiap waktu ada peristiwa, setiap peristiwa ada waktunya. Ada banyak rahsia yg tersimpan dalam waktu sebab waktu adalah kehidupan...
Teruskan menulis~^^
Post a Comment