Salam buat semua. Semoga sihat-sihat selalu serta di rahmati Allah.
Amma ba’d
Syurga yang menderita? Paradoks bunyinya bukan? Syurga yang digambarkan dalam al Quran al Karim sungguh indah sebagaimana Allah firmankan dalam surah al waqiah ayat 15 hingga 23:
” Mereka duduk di dalam Syurga itu) di atas takhta-takhta kebesaran yang bertatahkan permata. Sambil berbaring di atasnya dengan berhadap-hadapan. Mereka dilayani oleh anak-anak muda lelaki yang tetap kekal (dalam keadaan mudanya), yang sentiasa beredar di sekitar mereka. Dengan membawa piala-piala minuman dan tekoh-tekoh serta piala atau gelas yang berisi arak (yang diambil) dari sungainya yang mengalir. Mereka tidak merasa pening kepala dan tidak pula mabuk dengan sebab menikmatinya. Dan juga (dibawakan kepada mereka) buah-buahan dari jenis-jenis yang mereka pilih, Serta daging burung dari jenis-jenis yang mereka ingini. Dan (mereka dilayani) bidadari-bidadari yang cantik parasnya, Seperti mutiara yang tersimpan dengan sebaik-baiknya”(56:15-23)
Inilah gambaran syurga yang diceritakan Allah buat hamba-hambaNya yang bertaqwa dan beramal soleh. Sebenarnya banyak lagi ayat-ayat yang menceritakan nikmat syurga tetapi surah al waqiah ini dipetik sebagai contoh bagi menggambarkan betapa syurga itu sebuah singgahsana yang terlalu indah dan tidak mampu dibayangkan oleh akal fikiran manusia yang terbatas melainkan setelah berada di dalamnya.
Secara amnya berada dalam kenikmatan itu bolehlah diterjemahkan sebagai berada dalam syurga. Atas sebab ini, pantai-pantai yang indah seperti di Miami, Cancun (Mexico), Bahamas digambarkan sebagai syurga dunia kerana selain cantik bayunya sungguh tenang. Walaubagaimanapun, tanpa berada di tempat-tempat demikian kita mampu berada dalam ‘syurga’ kita tersendiri. Ada yang pergi ke kelab malam, ada yang mengambil ectasy, ada yang menogok arak, ada yang berzina (dosa tersedap bak kata Ustaz Hasrizal) dan ada yang berfoya-foya bersama teman-teman. Syurga sebeginilah yang menderita sebenarnya.
Pantai Cancun, Mexico
Ya! Semasa melakukan perkara tersebut memang tidak dapat dinafikan bahawa nikmatnya…pergh!! tidak dapat digambarkan dengan kata-kata melainkan perlu merasanya sendiri. Alhamdulillah saya sendiri tidak pernah merasa untuk duduk dalam ‘syurga’ yang begitu tetapi apabila disoal mereka yang pernah ‘berada’ dalam syurga itu memang mengatakan sangat nikmat.
Mengambil dadah misalannya, tidak perlu menunggu api neraka yang bergejolak untuk membakar mereka yang melakukan demikian tetapi cukuplah implikasi AIDS yang dihidapi penagih dadah. Berzina tidak perlu menunggu disebat 100 kali atau direjam sehingga mati tetapi cukuplah derita bagi mereka yang menghidap syphilis dan Gonorrhea akibat pengamalan seks bebas.
Jadi berada dalam syurga sebegini sungguh menderita sedangkan syurga yang dijanjikan Allah dalam al Quran al Karim bukanlah untuk mereka yang melanggar titah perintahNya. Ayuhlah kita bersama-sama bertaqwa agar kita mendapat syurga yang hakiki dan bukan syurga yang menderita.
“Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah sebenar-benar takwa kepada-Nya; dan janganlah sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan beragama Islam. “ (3:102)
Wallahua’lam
P/S: Tajuk ini diambil sempena Thursday Talk yang diadakan di Dewan Seminar Cemara oleh Ustaz Ridha pada 20 Januari 2011 yang lalu. Namun saya tidak pasti sama ada isinya sama ataupun tidak. Ambillah yang jernih dan tapislah yang keruh, mudah-mudahan kita mendapat kebaikan. Insha Allah
3 comments:
salam..
patut macam kenal tajuknyer.. huhuh... sebenarnye,, talk tajuk berkenaan tak jadi.. diganti dengan tajuk iluminati yg disampaikan oleh sahabat ustaz ridha, ustaz sya'ari ab rahman.. insyaAllah next week sambung iluminati 2 ^_^V
haha..la x jadi ke?ana main cilok je tajuk die..eh pasal iluminati ke?nanti share ye dengan orang yang kat US ni..
btw, nanti share jugak talk pasal syurga yang menderita ni.nak tau juga isi ustaz ridha..
insyaAllah ^_^V
Post a Comment