Thursday, February 10, 2011

I Am...

Salam buat sahabat-sahabat. Semoga semuanya sihat dan dinaungi rahmat dan redha Allah.
Amma ba’d.

Revolusi yang tercetus di Tunisia mencapai kemuncaknya di Mesir . Namun, ‘revolusi’ dalam kalangan pelajar Malaysia di US bermula di CSM dan kita tidak tahu di manakah kemuncaknya. Seperti kebanyakan sedia maklum, lebih kurang sebulan yang lalu seorang sahabat telah membina baitul muslim di bumi  Amerika ini. Sejak selepas tersebar gambar perkahwinan tersebut, ramailah kawan-kawan saya mula bercakap soal kahwin. Soalan yang paling famous kepada saya sekarang ialah “Yun, ko bile nak kawen?” jawapan paling famous saya pula ialah “insha Allah, bila tiba masanya.”

Sebenarnya tajuk post ini ialah IM tapi sengaja saya jadikan ia “I am” kerana di pengakhiran coretan ini saya akan gunakan perkataan “I am” ini. Bercakap mengenai revolusi di Mesir, IM merupakan entity yang sering disebut-sebut iaitu, Ikhwanul Muslimun namun berbicara mengenai ‘revolusi’ di US ini, IM ini juga ingin saya tuliskan tentangnya. Apakah IM ini? IM merupakan singkatan bagi individu muslim. Sebelum kita melangkah ke baitul muslim, ada baiknya kita bercakap mengenai soal insividu muslim.

Kadang-kadang kita berbincang soal kahwin, tetapi kebanyakan kita hanya nampak ‘selapis’. Maksud saya disini ialah mereka hanya melihat perkahwinan itu indah, isteri disisi, mengikut sunnah Nabi Muhammad SAW, dan segalanya baik-baik belaka. Namun, lupakah kita bahawa perkahwinan ini disusuli dengan tanggungjawab yang tidak ringan. Atas sebab ini, sebelum melangkah ke gerbang alam berumah tangga haruslah kita membentuk diri kita menjadi individu muslim yang baik, yang benar-benar memahami tuntutan-tuntutan addin agar baitul muslim yang dibina dapat dikemudi dengan baik.

Bagi saya, untuk membina individu muslim, kita harus membuat ‘checklist’ 10 muwassafat tarbiyah yang digariskan oleh Syed Imam Hassan Al Banna.

1)      Salimul Aqidah (Aqidah Yang Sejahtera)

Kita selaku seorang muslim harus mengaku keesaan Allah, kebenaran Islam, dan kerasulan Nabi Muhammad SAW. Cukuplah Allah sebagai tempat bergantung serta kepadaNya kita akan dikembalikan. Yakinilah Islam membawa kebaikan serta sunnah nabi merupakan gaya hidup unggul dan cemerlang.

2)      Matinul Khuluk (Akhlak Yang Mantap)

Akhlak yang mantap adalah akhlak yang meneladani Al Quran dan As Sunnah. Segala perintah Allah wajib dituruti dan Semua larangan Allah mesti dijauhi. Kita juga hendaklah banyak bergaul dengan orang-orang soleh serta meminta nasihat daripada mereka. Haruslah kita jauhi hasad dengki, tamak haloba, sebaliknya usahalah agar kita menjadi tawadhuk, qanaah, berlemah lembut, pengasih dan pemurah.

3)      Sahihul Ibadah (Ibadah Yang Sahih)

Dalam hal ini, kita mesti memastikan segala amalan kita sahih bersandarkan dalil Alquran dan Assunah. Amalan yang kita lakukan tidak boleh dibuat secara taqlid aqma (taklid buta).

4)      Qawwiyal Jismi (Kuat Tubuh Badan)

Seorang muslim harus kuat tubuh badan kerana tugas kita untuk menyebarkan dakwah islamiah bukannya ringan. Ia memerlukan tenaga untuk bersengkang mata di malam hari, harus turun membantu masyarakat di seluruh dunia ketika bencana menimpa sperti gempa bumi, tsunami, peperangan dan sebagainya. Rasulullah SAW bersabda “Mukmin yang kuat itu lebih baik dan lebih dikasihi Allah dari mukmin yang lemah, tetapi pada keduanya ada kebaikan.”

5)      Mutsaqaffal Fikri ( Berpengetahuan Luas)

Selaku muslim kita harus banyak membaca baik surat khabar, majalah, buku-buku ilmiah, buku akademik, novel-novel dan risalah-risalah. Selain itu, kita juga harus memahami sejarah dunia, seerah nabawiyyah dengan jelas serta sejarah bangsa-bangsa di dunia. Bagi memahami seerah nabawiyyah secara terperinci, saya menyarankan agar sahabat-sahabar sekalian membaca buku Fiqh Assirah karya Sheikh Syed Ramadhan Albuty. Kita harus menguasai segala maklumat terkini agar kita tidak menjadi yang terkebelakang.

Sheikh Ramadhan Albuty
6)      Mujahadah A’la Nafsi (Mujahadah Melawan Nafsu)

Nafsu disini bermaksud nafsu ammarah bis su’ yakni nafsu yang sentiasa menghasut kea rah kejahatan. Segala bisikan melakukan kemungkaran harus dilawan, segala bisikan untuk riya’, sum’ah, ujub, takabbur dan sifat-sifat mazmumah yang lain harus kita ingat bahawa kita manusia yang lemah dan segala yang kita miliki adalah hak Allah. Segala rasa malas, rasa dengki, rasa marah harus dibentengi dengan iman dan taqwa.

7)      Qadiran A’la Kasbi ( Mampu Berdikari)

Berdikari ialah berdiri di atas kaki sendiri bermaksud jangan kita sentiasa mengharapkan bantuan orang lain dalam urusan hidup kita. Sebagai contoh, kita sering menyuruh orang lain ambil itu, ambil ini untuk kita, buat itu dan ini untuk kita, tetapi tidak pula memberi penghargaan atas usaha orang tersebut (sekurang-kurangnya mengucapkan terima kasih). Perangai buruk ini mesti kita hindari. Diceritakan Rasullulah SAW menjahit bajunya sendiri, memikul barang dari pasar sendiri, memerah susu unta sendiri dan memasak untuk isteri baginda. Subhannallah, sungguh indah akhlakmu wahai nabiku.

8)      Nafi’un Li Ghairihi (Bermanfaat Untuk Orang Lain)

Rasulullah SAW bersabda “Sebaik-baik manusia ialah manusia yang memberi manfaat kepada orang lain.” Melalui hadith ini, kita maklumi bahawa orang yang memberi manfaat kepada orang lain diiktiraf Rasulullah SAW sebagai sebaik-baik orang. Andai tidak mampu memberi manfaat dari segi material, sumbanglah tenaga dan fikiran. Andai tidak mampu juga, sumbanglah masa kita. Insha Allah, Allah tidak pernah memandang remeh kebajikan walaupun  sebesar zarah.

9)      Munazzamun Fi Syu’unihi (Tersusun Dalam Urusan Hidup)

Kita harus menyusun kerja seharian kita dengan teliti. Dalam hal ini, fiqh awlawiyyat memainkan peranan yang sangat penting. Saya ingin menyarankan supaya sahabat sekalian membaca buku Fiqh Awlawiyyat karangan Sheikh Dr Yusof Al Qaradawi. Kita mesti mengutamakan yang terutama demi memenuhi maslahat-maslahat tertentu dalam hidup kita. Sebagai contoh, ketika perut sangat lapar dan waktu dhuhur telah pun masuk. Perut hak kita manakala solat hak Allah tetapi dek kerana khuatir tidak khusyuk dalam solat, haruslah kita makan dahulu. Inilah yang dikatakan awlawiyyat atau keutamaan.

10)   Haarithun A’la Waqtihi (Sangat Menjaga Masa)

Menjaga masa sangat penting dalam kehidupan kita kerana kita hanya diperuntukan 24 jam sahaja dalam hidup kita. Telah berkata Assyahid Imam Hassan Albanna, “Kerja kita lebih banyak daripada masa yang diperuntukkan”. Oleh itu, menjaga masa merupakan elemen penting yang perlu diberi perhatian agar kerja kita yang banyak tidak tertangguh.

Subhanallah, banyak benda yang perlu kita pertimbangkan sebelum membina baitul muslim. Kadang-kadang saya letih melayan kerenah kawan-kawan yang asyik bercakap pasal kahwin ini. Saya sudah dua kali dikatakan sudah berkahwin oleh kawan-kawan saya.  Ada satu mesej di FB saya dapat daripada kawan saya di Mesir, beliau bertanyakan “Yun, dengaq cerita dah kawen.kalau dah kawen habaqla,kita kan kawan.hehe” .  Ada lagi seorang kawan ketika kami pergi satu  roadtrip di Malaysia selepas saya tamat di Intec bertanya “Yun, betul ke ko dah kawen? Budak batch kita kat tempat aku (salah satu pusat persediaan pelajar ke luar Negara) semua dah tahu ko dah kawen”. Masya Allah, letih saya menafikannya. Di mana mereka mendapat berita tersebut, saya pun tidak tahu. Insha Allah apabila tiba masanya nanti, saya akan beritahu kepada sahabat-sahabat sekalian

Kepada rakan-rakan saya, janganlah kaitkan saya dengan kahwin sana kahwin sini lagi, letih saya melayannya. Jalani kehidupan bujang ini dahulu sebelum menerima amanah Allah yang berat itu. Please don’t provoke me with anybody because I Am still single..:)

Zaman Bujang Saya

                                                    Jalan-Jalan di Padang Besar
                                                        Melepak di Kuala Perlis
                                                        Memanjat Bukit Broga dengan Zharif
                                                             Lagi bersama Zharif
                                                           Overnight di Kalumpang, Hulu Selangor
                                                  
Di Gua Kelam bersama Fadhli (pali), Zharif dan Megat

                                                      Kami di Cameron Highlands

                                                       Riang Ria di Bukit Cerakah

                                                               Mandi Time @ Cerakah

Pergh, bestnye zaman bujang ni..dah kawen nanti belum tentu dapat buat macam ni lagi. Ni tak kira keluar malam-malam lepak kedai mamak tengok bola liga juara-juara (Champions League) lagi..huhu

3 comments:

El-Azwar said...

satu soalan, adakah saudara lebih cenderung dgn konsep ini, maksud sy pentingnya membentuk IM kemudian disusuli BM dan lahir pula MM dan seterusnya. boleh x kalo bermula dgn BM, iA dpt melahirkan IM yang memiliki 10 sifat tersebut? sy cuma cenderung dgn ukhwahtarbiah :) nice post anyway~

Mohamad Nazrul Fazli bin Abdul Mutalib said...

sebenarnya tak semestinya kita terlalu ikut step ini. cuma, peringatan ini untuk diri saya supaya ada beberapa muwassafat yang saya rasakan core seperti salimul aqidah,sahihul ibadah dan matinul khuluq yang perlu kita usaha semampu mungkin untuk dipenuhi kriterie ini. muwassafat yang lain mungkin boleh dipenuhi melalui BM itu sendiri.bagi saya, perkahwinan itu harus bersifat complimentary (saling melengkapi) antara satu sama lain.yang menjadi kekhuatiran saya sehingga terdetik di hati untuk buat post ini adalah, ramai sangat bercakap pasal kahwin kerana nampak orang kahwin macam bahagia tapi diorang tak nampak tanggungjawab yang akan diorang pikul selepas itu.sebab itu saya ceritakan pasal IM, 10 muwassafat agar diorang lebih bersedia menempuh bahtera rumah tangga kelak. saya sendiri pun yakin saya, x mampu memenuhi 10 muwassafat ini melainkan hadirnya sang puteri yang bakal menjadi sayap kiri untuk menguatkan perjuangan saya di masa hadapan..minta maaf, panjang sangat la pulak..btw, tq for visiting and tq for asking the great question..:)

El-Azwar said...

subhanallah. nicely written. do agree as well. perkahwinan itu lebih kpd tanggungjawab. building the core pun sama penting. insyaAllah, Allah pasti menganugerahkan yang terbaik untukmu di setiap langkah perjuangan.

jazakillahukhair for d respons. :)