Monday, January 31, 2011

AkhiRnYA MeRekA BanGkit...

 Salam buat semua. Moga sihat hendaknya dan dalam lingkungan hidayah dan rahmat Nya.
Amma ba’d.

Minggu lepas kita dikejutkan dengan kebangkitan rakyat Mesir yang selama ini seolah-olah ‘redha’ dengan kepimpinan Hosni Ghair Mubarak (meminjam gelaran Ustaz Hasrizal). Kebangkitan seperti ini tidak diduga oleh mana-mana pihak. Sebelum kita pergi lebih lanjut, mari kita mengenali serba sedikit tentang presiden Mesir yang mewarisi kepimpinan firaun di bumi kinanah (Ardhul Kinanah merupakan gelaran bagi bumi Mesir). Dia dilahirkan pada 4 Mei 1928 di Mesir. Selepas tamat sekolah menengah, dia memasuki Akademi Tentera mesir dan Berjaya memperoleh ijazah dalam bidang sains ketenteraan. Selepas itu, dia melanjutkan pelajaran ke akademi tentera udara Mesir dan Berjaya mendapat ijazah dalam sains penerbangan. Lantaran itu, dia menjadi skuadron pengebom dan pernah bertugas di Moscow, Russia. Akibat terbunuhnya Anwar Sadat(assassinated)  pada tahun 1981, maka dia dilantik menjadi presiden sekaligus menyaksikan dia adalah presiden paling lama berkuasa di Mesir.
                                                                  Thagut Mesir

Adakah dunia Arab telah bangkit? Saya tidak berapa pasti tentang hal ini tetapi apa yang pasti bibit kebangkitan telah kita lihat. Bermula di Tunisia kemudian merebak ke Jordan kemudian ke Yaman dan sekarang kebangkitan rakyat  Mesir bagaikan air yang mengalir di hulu; seolah-olah tidak mampu disekat. Apa pentingnya kebangkitan dunia arab? Untuk pengetahuan kita semua, populasi bangsa Arab adalah sebanyak 300 juta dan Bangsa Israel hanyalah 5 juta. Kebangkitan bangsa Arab yang selama ini ‘tidur’ akan membuatkan zionis berada dalam keadaan cacing kepanasan. Saya teringat satu kata-kata “Suara Rakyat Suara Keramat”. Disini kita mungkin mempersoalkan kewajaran rusuhan dan protes ini tetapi apa faedahnya menasihati secara lemah lembut kepada pemimpin yang tidak lagi mempedulikan soal hukum hakam dan dosa pahala? Maka jalan ini merupakan indikator bahawa kesabaran rakyat Mesir sudah sampai ke kemuncaknya dan Hosni Ghair Mubarak mesti turun daripada memegang jawatan presiden. 

Faktor utama penentangan rakyat Mesir adalah disebabkan kadar pengangguran yang tinggi serta kadar kemiskinan yang tidak rendah. Selain itu, dia terlibat dengan pelbagai salah guna kuasa seperti rasuah, memenjarakan ulama’ serta yang paling dahsyat adalah menutup pintu sempadan Rafah. Penutupan pintu sempadan Rafah merupakan pengkhianatan terbesar kepada saudaranya sendiri di palestin kerana sebarang bantuan seperti makanan dan perubatan tidak dapat menembusi ke semenanjung Gaza. Umat Islam Palestin sebenarnya diseksa oleh saudara mereka sendiri. Dr Yusof Qaradawi yang merupakan rakyat mesir sendiri di buang dari Mesir akibat menentang pemerinatahan kuku besi Hosni Ghair Mubarak secara sekular dan sekarang Dr Yusof Qaradawi menetap di Doha, Qatar.

Secara amnya, ia memberi petunjuk kepada pemimpin dunia Islam yang lain bahawa rakyat telah memeberi kamu amanah untuk menjaga kebajikan mereka tetapi jika kamu menganggap jawatan kamu sebagai tashrif (kemuliaan) dan bukannya taklif (tanggungjawab), maka kamu akan diturunkan dengan cara yang amat hina dan kematian kamu kelak akan disebut-sebut dengan pelbagai keburukan yang telah kamu lakukan. Allah berrfirman dalam surah Saba’ ayat 15:
”…. Makanlah olehmu dari rezki yang (dianugerahkan) Tuhanmu dan bersyukurlah kamu kepada-Nya. (Negerimu) adalah negeri yang baik dan (Tuhanmu) adalah Tuhan Yang Maha Pengampun." (34:15)

Jadi, untuk mendapat gelaran "Baldatun Toiyyibatun Wa Rabbun Ghafur" Kepimpinan yang mendaulatkan perundangan Al Quran dan As Sunnah mesti dikembalikan..


SILA TONTON VIDEO INI..

3 comments:

unguviolet said...

thanx for sharing.
moga sahabat2 kita di Mesir selamat.moga keadaan segera pulih and moga masa depan penduduk Palestin lebih baik selepas ni.mmg ini yg dibincangkan di program Alif Ba Ta,a great Muslim leader is wanted to uplift the Islam empire like in the past.Malaysia atau mana2 negara sekalipun,jgn tunduk.

sKiRafaRgEek said...

great finding, Nazrul. revolusi Jasmin mmbgkitkan pemikiran arabians..how they suffered for the past 30 years..it's a real long time. i wasn't aware about this until this comes out. well, it opens the eyes of many people and leaders specifically to not doing as they wish..sbb rakyat skng dh smkn bijak brfkir.. arabians understand Islam dan pntadbiran Islam bukanlah pentadbiran yg menindas. jzkk..

Mohamad Nazrul Fazli bin Abdul Mutalib said...

to wani n biha: both of u reach a great conclusion..mau x mau, kalau nak dok dalam keadaan aman,harmoni dan adil sesebuah negara tu mesti diperintah oleh seorang muslim yang adil dan mentadbir mentadbir mengikut acuan islam..cuma, kadang-kadang sayang apabila ada segelintir rakan2 kita yang still ignorance, x mau ambik tau pasal dunia luar..yang depa tau hiburan,hiburan, hiburan..x salah berhibur cuma ambik tau hal ehwal muslim sebab sabda Rasulullah SAW: "Mereka yang tidak memikirkan masalah umatku bukanlah daripada kalangan umatku" (maksud hadith)..wallahua'lam..