Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah Rabbul I’zzati kerana telah menyampaikan kita ke dalam fasa maghfirah dalam bulan Ramadhan yang mulia ini. Fasa rahmat telah dua hari berlalu sekaligus menyaksikan bahawa masa berjalan begitu pantas sehingga terkadang kita tidak menyedarinya. Beruntunglah bagi yang sentiasa beringat.
Dalam bulan ramadhan yang mulia ini, hendaklah kita mempertingkatkan amal Ibadah sebanyak mungkin kerana pahala yang dikurniakan Allah berlipat kali ganda Allah kurniakan. Dalam bulan mulia ini, saya telah mengambil langkah untuk deactivate facebook bagi tujuan ihya’ ramadhan. Namun, dua tiga hari ini, saya hilang fokus atau dalam erti kata lain saya hilang khusyuk dalam solat terutama solat tarawih. Punca utama berlakunya keadaan ini disebabkan saya terlalu memikirkan tentang hari rabu ini. Bukanlah bermaksud sebelum ini, solat saya sememangnya khusyuk tetapi sejak dua tiga hari ini saya kurang fokus dalam sembahyang berbanding solat tarawih sebelum ini. Sesungguhnya kita manusia terlalu disibukkan (baca: menyibukkan diri) dengan urusan duniawi.
“Yun, nanti kalau dah kahwin aku nak pesan kat isteri aku. Kalau nak buat kuih ke, nak beli baju raya ke, buat di bulan sya’ban. Zaman rasulullah SAW, para sahabat pulun (bersungguh-sungguh) melakukan amal ibadah tapi hari ini kita sibuk dengan nak cari baju raya la, buat kuih la, pergi pekan la..macam-macam” kata seorang sahabat saya.
“cari baju raya awal-awal tak best sebab baju fashion tahun lepas punya. Satu lagi, tak banyak offer sangat.haha” saya berceloteh.
Apa yang saya nak ceritakan disini adalah, memang benarlah kata sahabat saya itu. Orang sekarang lebih mengimarahkan syawal berbanding Ramadhan walhal ramadhan terdapat pelbagai rahmat, berkat, serta terdapat padanya malam al qadar. Ramadhan juga menyaksikan bahawa umat Islam menang dalam peperangan badar al kubra. Ramadhan juga menyaksikan, al quran diturunkan pada malam 17 ramadhan dan dalam ramadhan juga, pahala dilipat gandakan. Jadi, orang yang menyia-nyiakan ramadhan bolehlah dikatakan kurang bijak atau dalam bahasa kasarnya bodoh. Sepuluh malam ramadhan terakhir sepatutnya ditingkatkan amal ibadah kerana kita tidak pasti lagi sama ada kita akan bertemu ramadhan akan datang ataupun tidak. Oleh itu, hargailah ramadhan yang sedang mendatangi kita dengan bersolat jemaah setiap waktu di masjid, bertadarus, bertarawih, bersedekah, dan melakukan amal-amal kebajikan yang lain.
Saya menyeru diri saya dan saudara-saudara sekalian supaya marilah kita ubah cara fikir kita dan melakukan anjakan paradigma dalam ramadhan yang penuh keberkatan ini.
No comments:
Post a Comment