Monday, August 16, 2010

Dan aPaBiLa meRekA BerPesaN.....

 Mak Cik Gayah (jiran): "Nanti jangan bawak balik minah saleh pulak.orang melayu kita ramai lagi"

Mak Lang: "Dok sana cuti jangan balik.Pi jalan-jalan.Jangan tinggal sembahyang sebab tu ja benteng kita"

Cikgu Zabaruddin: "Belajaq kat sana elok-elok. Kalau nak cari jodoh, carila yang melayu kat sana."

Emak :"Hang dok sana tak payah balik tak pa.Hang pi la jalan-jalan mana hang nak pi. Kalau ada duit, tahun depan pi Mekah buat umrah dulu .nanti tak kalut dah"

Rasulullah SAW: “Kamu tidak akan masuk syurga sehingga kamu beriman, dan kamu tidak beriman hingga kamu saling mencintai (kerana Allah). Apakah kamu mahu jika aku tunjukkan kamu  satu perkara jika kamu kerjakan perkara itu maka kamu akan saling mencintai? Sebarkanlah salam di antara kamu!”(HR. Muslim)

Allah : Tidakkah mereka menjelajah di muka bumi, supaya mereka mempunyai hati yang dapat memikirkan atau telinga dapat digunakan untuk mendengar? Kerana sebenarnya bukan mata yang buta, tetapi yang buta ialah hati dalam dada." (Surah al-Hajj, ayat 46)

4 comments:

iqbalsyarie said...

sama juga..saya juga akan berpesan perkara yg sama..bertaqwalah ke mana saja kamu pergi.Moga Allah sentiasa bersama ;)

p/s- Gi U.S gak ke?mcm zamy?

Bulan puasa kita perlukan makanan rohani,kan? Cerita terbaru di blog.kisah si tudung labuh~dan kisah nafsu~

Mohamad Nazrul Fazli bin Abdul Mutalib said...

terima kasih iqbal. ye saye pergi satu Uni dengan zamy. terima kasih atas nasihat yang diberi..:)

tulip putih said...

22:78, 3:103, 29:69,

fastaqim kama umirt.

moga trus istiqomah,insyaAllah.

Mohamad Nazrul Fazli bin Abdul Mutalib said...

tq safiqa,a good reminder for a "ghuraba'"..btw, moge kite semua mampu beristiqomah di atas jalanNya..