Salam buat sahabat-sahabat yang dirahmati Allah sekalian,semoga sihat walafiat.
Amma ba’d.
Alhamdulillah saya panjatkan kesyukuran kepada Allah tuhan yang telah mengurniakan saya pelbagai nikmat hidup terutamanya nikmat Iman dan Islam. Walau sekaya mana kita tetapi tanpa dua nikmat yang terbesar ini, tidak ada faedahnya harta dan anak pinak kerana kedua-duanya tidak boleh melepaskan kita daripada siksaan neraka Allah. Sedar tidak sedar,rupa-rupanya perjuangan saya di INTEC hanya berbaki kurang dua bulan dan dalam masa ini saya banyak mengenang perjalanan hidup saya semenjak saya menjejak kaki ke PASTI hinggalah saya melangkah kaki ke INTEC. Terlalu unik jalan yang telah Allah rencanakan untuk saya dan setiap jalan diambil saya memohon doa kepada Allah agar hidup saya selari dengan tuntutan Nya.
Perpustakaan INTEC,2008
Setelah lama tidak menulis, saya mengambil kesempatan yang ada ini untuk menulis tentang MASA. Masa adalah sesuatu yang berharga kerana masa yang berlalu tidak akan berpatah kembali. Katakan semasa kecil kita hidup penuh dengan riang ria tanpa perlu memikirkan masalah, tetapi hakikatnya sekarang kita tidak boleh lagi memiliki waktu itu. Sekarang ini, sejajar dengan peningkatan umur, maka meningkatlah tanggungjawab baik pada diri, agama, ummah dan orang sekeliling. Dalam kehidupan bermasyarakat kita tidak boleh hidup bagai enau melepaskan pucuk masing-masing. Hidup nafsi-nafsi tidak sewajarnya diamalkan dalam kehidupan bermasyarakat. Berbalik kepada persoalan masa yang ingin saya rencanakan, pada semester pendek (short semester) tahun ini, saya hanya mengambil satu kelas sahaja; kelas Muamalat Islam. Jadual kelas saya hanyalah pada hari selasa dan khamis bermula pada pukul 10 pagi hingga pukul 12 tengah hari. Seminggu kelas saya hanyalah 4 jam. Terlalu banyak masa yang kosong yang mesti diisikan dengan perkara-perkara berfaedah. Allah berfirman:
Demi Masa!(1).Sesungguhnya manusia itu Dalam kerugian(2)-kecuali orang-orang Yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan Dengan kebenaran serta berpesan-pesan Dengan sabar(3) <103-1-3>
Benarlah firman Allah bahawasanya manusia itu sentiasa dalam kerugian melainkan mereka yang berpesan dengan kebenaran dan kesabaran. Kita hari ini banyak dilalaikan dengan program-program hiburan seperti akademi fantasia, mentor, bintang kecil yang hakikatnya tidak melahirkan generasi modal insan seperti yang dicanangkan sedangkan masa hidup kita terlalu singkat untuk menunaikan tanggungjawab kita selaku abidullah, khalifatullah, dan daieilallah. Saya teringat akan kata-kata imam Hassan al Banna bahawa “kerja kita (umat Islam) lebih banyak daripada masa yang diperuntukkan untuk kita sehari semalam”. Jadi bagi rakan-rakan yang banyak masa terluang bolehlah merancang untuk melakukan aktiviti yang berfaedah seperti menghadiri ceramah-ceramah motivasi, bermain futsal bersama rakan-rakan, menolong ibu dan ayah di rumah.
Kehidupan kita pada hakikatnya antara azan dan iqamah. Ketika lahir kita diazankan dan ketika jenazah kita hendak disembahyangkan mayat kita diiqamahkan. Rancanglah masa kita dengan baik kerana ia lebih berharga daripada segunung emas..
4 comments:
InsyaAllah...moga kita sama-sama berjaya dunia akhirat dan menjadi pengguna masa yg bijak~
setiap detik dalam kehidupan kita dihisab.tidak ada masa untuk melakukan kesilapan namun rahmat dan kasih sayang ALlah terlalu luas.Dia mengurniakan kita ruang taubat.Subhanallah...
"Kehidupan kita pada hakikatnya antara azan dan iqamah"
rindu dengar ayat ni yang selalu hang sebut masa tazkirah...
rindu??bagus wafiy..ini tanda manisnya ukkhuwah...harapnye dapat la kite jumpe sebelum aku berangkat ke luar bulan lapan ni..
Post a Comment