Thursday, April 8, 2010

TerBaik haNYa unTuK yang TerbAik....

Salam buat sahabat-sahabat yang dikasihi kerana Allah. Apa khabar saudara saudari sekalian? Bagaimana iman pada saat ini? Harapnya kita sentiasa dekat dengan Al-Khaliq.



Ada satu kisah benar yang sangat menarik perhatian saya. Cerita ini saya baca dalam majalah solusi isu yang ke 13. Kisahnya bermula begini:

      Lebih kira tujuh puluh yang lalu, terdapat pemuda miskin yang belajar agama di Masjid At Taubah di Damsyiq, Syiria. Dia bernama sulaim al suyuthi dan tinggal masjid tersebut kerana kemiskinannya yang menidakkannya untuk mempunyai rumah. Pada suatu hari, dia berasa amat lapar kerana sudah dua hari dia tidak makan. Laparnya telah berada di tahap darurat yang telah mengizinkan untuknya memakan bangkai ataupun mencuri sekadar yang perlu. Lalu beliau memilih untuk mencuri makanan. Keadaan di Damsyiq ketika itu digambarkan bahawa rumahnya rapat-rapat sehingga seseorang boleh berjalan-jalan di atasnya untuk bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain. Dia berjalan di atas bumbung rumah-rumah tersebut untuk menyelinap masuk ke dalam salah sebuah rumah tersebut. Semasa berjalan di atas bumbung, dia terhidu bau masakan yang sedap.
       Lalu dia pun mengikuti bau itu dan menyelinap masuk ke rumah yang datngnya bau itu. Setelah dia berjaya menyelinap ke rumah tersebut, dia terus ke dapur dan membuka penutup kuali. Ternyata dalam kuali itu terdapat terung yang di masak. Dia mengambil salah satu terung yang di masak itu dan menggigitnya. Tiba-tiba terdetik di hatinya “aku ni pelajar agama” lalu dia pun beristiadhah (a’uzubillah) dan terus meninggalkan terung dan rumah tersebut dan kembali ke masjid tempat dia belajar dan tinggal. Akibat kelaparan yang amat sangat, dia langsung tidak memahami apa yang diajarkan syiekhnya di hadapan. Setelah habis majlis ilmu pada hari tersebut, semua orang pulang ke rumah masing-masing kecuali sulaim yang tidak mempunyai rumah.
       Selang beberapa ketika, datang ke masjid itu seorang wanita berniqab lalu bercakap dengan syeikh yang mengajar tadi. Kemudian syeikh tersebut memanggil Sulaim dan bertanya kepada Sulaim. “Mahukah kamu berkahwin dengan wanita ini? Dia telah kematian suami.” Lalu Sulaim bersetuju untuk menikahi wanita tersebut yang telah mewarisi segala harta pening
 galan suaminya. Selepas dinikahi oleh syiekh tersebut, syiekh itu berkata kepada wanita tadi “bawalah suamimu pulang.” Maka Sulaim pun mengikuti wanita itu pulang. Ketika sampai di rumah, wanita itu membuka niqabnya dan sesungguhnya wanita itu amat muda dan cantik sekali. Kemudian wanita itu bertanya kepada Sulaim “Suamiku, kamu mahu makan?” Sulaim mengangguk . Apabila pergi ke
  dapur, wanita itu terperanjat apabila penutup kuali terbuka lalu dia berkata “Siapalah yang mengambil terung ini?”. Kali ini giliran Sulaim pula terkejut lalu dia menceritakan segala-galanya. Wanita itu pun berkata. “Allah mengurniakan kamu seluruh isi rumah ini kerana kamu telah meninggalkan terung yang haram tadi”.
 
Kisah ini telah diceritakan oleh Allahyarham Syiekh Ali al-Thantawi, seorang ulama besar Damsyiq yang meniggal beberapa tahun yang lalu. Beliau memberitahu bahawa, cerita ini benar dan beliau sangat mengenali insan bertuah ini (Sulaim). Sesungguhnya bumi Damsyiq telah menyaksikan pelbagai perkara-perkara aneh sekaligus menunjukkan kekuasaan Allah.

Pada hemat saya, barangkali inilah yang dimaksudkan Allah dalam Al-Quran. 

“....dan sesiapa Yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari Segala perkara Yang menyusahkannya),serta memberinya rezeki dari jalan Yang tidak terlintas di hatinya. dan (ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan Segala perkara Yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.” <65:2-3>

Inilah ayat seribu dinar yang sering kita baca. Sulaim ini saat ingin mencuri teringat akan Allah lalu dia bertaqwa kepada Allah. Hasilnya, beliau memperolehi rezeki daripada sumber yang tidak terduga. Subhanallah. Maha suci Allah tuhan yang mengatur kehidupan ini dengan sungguh cantik dan teratur.

2 comments:

Unknown said...

Subhanallah....
meremang bulu roma membaca kisah ketaqwaan pemuda itu...

Mohamad Nazrul Fazli bin Abdul Mutalib said...

tu la....tahap dewa dah kelaparan dia, tapi orang yang ada taqwa dalam hati kan...memang hebat...