Wednesday, November 18, 2009

.....Ya LaitaNi KunTu TUraaba!!!


Salam buat sahabat-sahabat yang saya kasihi sekalian..semoga di dalam lingkungan rahmat dan inayah-Nya.

Ramai kalangan sahabat-sahabat ACT3 saya mengatakan cuti sangat membosankan dan saya tidak terlepas daripada tempias kebosanan ini. Jadi, bagi mengisi masa yang kosong ini saya banyak mengikut kemana sahaja mak saya pergi. Selepas subuh, saya akan bersiap-siap lebih kurang pada pukul 6.30 pagi untuk menghantar adik-adik saya ke sekolah..selepas itu, saya akan menjadi ‘pemandu’ mak saya ke pasar hari..Adakalanya, mak saya akan mengajak ke kuliah dhuha ataupun kuliah maghrib..Saya pun mengikut mak saya..sekurang-kurangnya terisi juga rohani ini..

Pada malam selasa yang lepas, mak saya mengajak saya untuk mendengar kuliah maghrib di sebuah taman perumahan..Memandangkan malam tersebut saya tidak ada apa-apa yang hendak di buat,saya hanya mengikut ajakan mak saya..lagipun, ustaz yang memberi ceramah adalah ustaz yang agak terkenal di Pulau Pinang ini,Ustaz Abdullah Khairi bin Abdul Rahman.Ustaz ini merupakan penceramah bulanan di surau tersebut..Semua orang tahu stail ustaz ini berceramah,yakni dengan di bantu laptop,LCD projektor, dan skrin putih.

Pada malam tersebut,ustaz membincangkan tentang kehidupan dunia yang singkat dan saat-saat sakaratul maut..Video pada malam tersebut yang ditayangkan adalah sesuatu perkara yang saya hendak rencanakan....

Video ini berdurasi selama lebih kurang 43 minit dan dibuat di sebuah negara arab..Video ini sebenarnya dibuat berdasarkan sebuah kitab (maaf,saya lupa nama kitab tersebut) yang dikarang oleh seorang ulama’..ustaz abdullah khairi mengatakan bahawa manusia ni kalau kita bercakap dan terus bercakap tentang kematian,manusia tidak akan takut.kalau takut pon, sekejap sangat..jadi, orang arab ini dia buat video untuk menggambarkan bagaimana seksanya sakaratul maut bagi mereka yang hidup di dunia tidak melakukan perintah Allah al-Malik..

Video ini di mulakan dengan:

Ada seorang pemuda namanya Hassan tinggal bersama ayahnya..digambarkan bahawa ayah Hassan ini seorang yang sangat soleh, sentiasa membaca quran, sembahyang tepat pada waktunya, dan sentiasa menasihati anaknya,Hassan.Hassan ini pula merupakan anak yang lalai dengan duniawi,sentiasa berhibur dan tidak mendengar arahan ayahnya..Pada suatu malam, Hassan memanggil rakan-rakannya datang kerumahnya untuk berhibur.Diceritakan lagi selepas itu, masuklah waktu isya’.Ayah Hassan menyuruh dia dan sahabat-sahabatnya sembahyang namun hanya sahabat-sahabatnya bangun untuk menunaikan sembahyang sedangkan Hassan langsung tidak berganjak daripada tempat duduknya..melihat keadaan itu, ayahnya lantas menasihati Hassan dan lebih biadap lagi Hassan ini dia bangun dan duduk di atas sofa sambil mula memasang MP3 lalu disumbatkan headphone ke lubang telinganya..dia mendengar mp3 tersebut sampai tertidur tanpa mengerjakan solat isya’..Tetapi Allah telah merencanakan bahawa pada malam tersebut Hassan akan meninggalkan dunia yang fana ini..digambarkan lagi pada malam tersebut,tepat pukul 3.30 pagi, datanglah malaikat maut ke kampung Hassan dan mencari rumahnya..tepat pukul 3.30 pagi pada saat 37 malaikat maut datang dalam keadaan yang sangat menggerunkan memanggil namanya..Hassan!Hassan!Hassan dengan suara yang besar dan parau..Digambarkan malaikat datang dengan muka yang hitam melegam,tubuhnya besar,membawa rantai besi dan menyeru nama orang yang berdosa dengan suara yang kalau didengari oleh semua orang,nescaya pengsanlah mereka..

Hassan yang tertidur itu terjaga dan sangat terkejut dengan lembaga hitam yang sudah berada disisinya dan menunjukkan kepada dia segala amalan-amalan yang telah dilakukannya selama dia hidup sedari lahir hinggalah ke saat itu(waktu nyawanya dicabut)..Digambarkan juga malaikat datang sambil mengingatkan Hassan tentang perjanjian antara dia dengan Allah bahawa seseorang manusia itu apabila tiba masanya,maka tidak dilambatkan atau dipercepatkan walau sesaat. Kemudian malaikat merentap roh hassan dengan dahsyat sehinggakan kelihatan mukanya ketika itu cukup seksa..


Keesokan paginya,setelah berkali-kali ayahnya mengejutkan Hassan untuk solat subuh,namun Hassan tak bergerak lagi dan tahulah ayahnya hassan tidak bernyawa lagi..digambarkan juga roh Hassan masih berkeliaran di sekitar rumah juga terkejut,rupa-rupanya dia tidak boleh lagi masuk ke dalam jasad tuannya. Kemudian waktu hendak dimandikan, jasad Hassan merasakan seolah-olah dia dimandikan dengan air panas walaupun dia dimandikan dengan air sejuk..Tradisi orang arab,hanya seorang sahaja memandikan jenazah sambil si tukang mandi menyebut”ampunkan dosa-dosa dia! ampunkan dosa-dosa dia!”(dalam bahasa arab)..semasa dimandikan, roh Hassan yang berkeliaran tadi terdengar seolah-olah ada suara yang memanggilnya.roh tersebut mencari suara tersebut dan sekali lagi roh tersebut terkejut kerana suara itu datang dari sebalik pintu..orang ramai yang menguruskan jenazah Hassan langsung tidak mendengar suara tersebut..rupanya suara itu merupakan suatu makhluk yang amat hodoh mukanya lagi hitam keseluruhan tubuhnya dan merah matanya..rupanya makhluk tersebut merupakan jelmaan amalan-amalan buruk Hassan ketika di dunia..suara itu mengatakan “aku kawanmu” sedangkan roh Hassan langsung tidak mengenali makhluk tersebut..

Kemudian tibalah saat jenazah Hassan hendak dikuburkan.Ketika jenazah hassan sedang diusung,roh Hassan mengikut mereka yang mengusung jasadnya sambil berkata “aduh celakanya aku,kemana kamu nak bawa aku pergi”(dalam bahasa arab).Rohnya juga melihat seolah-olah orang ramai sebenarnya mengusung anjing kurap yang terjelir lidahnya bukan jasad Hassan..setibanya di kubur, apabila dibuka lubang kubur,yang keluar daripada lubang tersebut adalah api yang menyala-nyala..maka berkatalah roh hassan”Ya laitani kuntu turaaba! Ya laitani kuntu turaaba! Ya laitani kuntu turaaba”<78:40> tetapi amalan buruk Hassan tadi datang kepada Hassan dan merentap rohnya masuk bersama-sama jasadnya kedalam lubang kubur yang pada hakikatnya salah satu daripada lubang neraka bagi orang yang lalai daripada suruhan Rabbul Jalil...

*******************************************************

Demikianlah video yang saya saksikan pada malam tersebut sambil diterangkan oleh ustaz abdullah khairi kerana video itu dalam bahasa arab..Video ini benar-benar menginsafkan saya.Pada malam tersebut saya tidur dengan tidak menutup lampu kerana terlalu takut..jantung saya pada malam tersebut juga berdegup kencang apabila saya cuba membayangkan....

Kalaulah malam itu giliran saya pula...

“dan bagi tiap-tiap umat ada tempoh (yang telah ditetapkan); maka apabila datang tempohnya, tidak dapat mereka dikemudiankan walau sesaatpun, dan tidak dapat pula mereka didahulukan.”<7:34>


*untuk mengetahui apakah maksud tajuk kali ini,bolehlah rujuk surah an-naba' surah yang ke 78 dan ayat ke 40(terakhir).

P/S:sesiapa yang pernah tengok atau ada video tersebut bolehlah berikan kepada saya..

10 comments:

eman90 said...

bagus la ank mak nih.... :)

Mohamad Nazrul Fazli bin Abdul Mutalib said...

update la blog aiman..haha..aku menunggu...

Anonymous said...

salam ziarah...
nice blog..
[^_^] keep it up..by da way hang preparation gi mana???

Mohamad Nazrul Fazli bin Abdul Mutalib said...

insyaAllah pi US taun depan...amik kos x fames..bioteknologi...hehe

Unknown said...

wah...nak cari la..insyaAllah bermnafaat bagi hati sy yg mai.jemputlah ke blog sy juga sesekali utk bersilaturrahim =)

Mohamad Nazrul Fazli bin Abdul Mutalib said...

kepada saudara iqbalsyarie: saya selalu ke blog saudara..cuma x komen sebab memang mantap tulisan saudara..terutama pos tentang mereka tengah baiki iman...saya pernah gak sekali pergi masjid petaling tue..hehe

abid™ said...

salam yun~

agak terkesan post kali ini..aq baca tyme mlm sblm tdo nie memg aq xtau r cmn aq nk tdo pasnie..kalau mlm ini gliran aq, ampun maap semua skali yek..thanx 4 da sharing..

btw, video yg mcm ustaz tue bg maybe xde kat utube kot coz pnjg sgt (43min)..klu ad pn maybe dy dh potong2 jd pendek2 and different part..

yg vdeo nie aq jmp r tp aq rasa mst kau dh tgk gak kn..

http://www.youtube.com/watch?v=uAL_glmbF1c&feature=player_embedded

lastly, thanx 4 da sharing again..

wassalam~

Mohamad Nazrul Fazli bin Abdul Mutalib said...

to wahid:orang kate sharing is caring dan kite sesame umat Islam ini bersaudara..kita kena sayang saudara2 kita..aku dah cari video tu kat u-tube n metacafe..x jumpa...tapi mcm hg cakap mgkin dia potong pendek2 kot...tq lawat blog nie..

Unknown said...

saudara...sy punya tulisan tak mantap pun.dan iman sy pun tak mantap lg.sedang diusaha

kalau kat youtube pun banyak juga org arab buat video yg menginsafkan..dan paling banyak ditekankan tentang solat.

Alhamdulillah..

Saudara,mari sama-sama kita berazam.Sejauh mana,sehebat mana dan sebesar manapun kerugian dunia yg kita dapat,kita sama-sama takkan tinggal solat.InsyaAllah

Mohamad Nazrul Fazli bin Abdul Mutalib said...

insya Allah...solat paling penting..buktinya hanya solat satu-satunya shariaat yang nabi naik ke langit bertemu Allah pergi ambil sendiri syariat tersebut..puasa,zakat,berbuat baik dll semuanya diturunkan malaikat kepada nabi di dunia...dan diakhirat perkara pertama yang akan disoal adalah solat..kalau solat sempurna,maksudnya benda lain dikira settle...masalah rasuah,couple,penyelewengan dan pelbagai lagi kemungkaran ini disebabkan solat yang dilakukan kurang sempurna..wallahualam...terima kasih kepada saudara kerana mengingatkan tentang solat..