Friday, June 12, 2009

WanNa EaT???? Pt 1

Assalamualaikum buat rakan-rakan sekalian semoga kalian sentiasa diberi petunjuk dan hidayah Allah dalam menghadapi dunia yang penuh mehnah dan tribulasi.

Entri kali ini adalah tentang makanan yang seafdhalnya kita ambil dalam kehidupan seharian kita.kita harus ingat bahawa makanan yang diambil sangat mempengaruhi gaya dan tingkah laku kita.

1.Roti (khubz)
Roti yang paling bagus ialah diperbuat daripada gandum yang baik dimasak dalam
pembakar roti yang bulat. Roti itu dibiarkan sejuk sebelum dimakan, jika tidak kita
akan merasa haus bila memakannya. Roti yang sudah lama dan tidak elok akan
menyebukan perut. Roti yang terdapat sekam gandum mudah dicernakan. Nabi
s.a.w. pernah bersabda 'Jangan potong roti dengan pisau. hormatilah roti itu dengan
memotong dengan tanganmu kerana Allah menghormati roti itu'.



2.Jintan Manis (anisun)
Jintan manis banyak khasiatnya ianya melegakan kesakitan dalam badan,
melancarkan aliran keluar haid, membanyakkan susu dan membuang gas dalam
usus. Ianya juga boleh digunakan dalam bentuk serbuk dan disapu disekeliling mata
bagi menguatkan pandangan mata.


3.Epal (tuffah)
Epal yang masam lebih sejuk daripada yang manis. Ianya juga boleh menguatkan
organ hati.

4.Asparagus (hiyawn)
Asparagus berkhasiat bagi membuka sekatan pada buah pinggang dan
memudahkan kelahiran anak.

5.Pisang (mawz)
Pisang boleh menyejukkan badan dan ianya boleh dimakan dengan madu lebah.
6.Barli (sya'ir)
Barli berkhasiat sebagai penyejuk badan. Rasulullah s.a.w. pernah memberi sup barli
kepada orang yg mengidap demam.
7.Selasih (manis rayhan)
Selasih berkhasiat untuk menguatkan organ hati, memudahkan tidur dengan cara
menyapu kepala dengan basil yang dicampurkan air.
8.Mentega (zubdah)
Mentega khasiatnya memanas dan melembapkan. Baik untuk menghilangkan
sembelit. Mentega yang dicampurkan dengan kurma dan madu sejenis makanan
yang menghilangkan rasa mengidam pada perempuan hamil.
9.Bunga kubis (qunnabit)
Sayuran ini sukar dihadam dan bahaya untuk penglihatan.

10.Chamomile (babunaj)
Kegunaan chamomile ialah melancarkan aliran haid dan kencing. Ianya juga sangat
berguna untuk memanaskan badan.
11.Lobak merah
Kegunaannya memanaskan badan. Ianya juga melancarkan aliran haid dan air
kencing.


12.Biji kopi (qahwah)
Sebagai ubat penyakit buang air besar berdarah, menghilangkan dahaga dan
dikatakan menimbulkan kebijaksanaan.
13.Biji hitam (habb al sauda)
Dilaporkan bahawa Nabi s.a.w. pernah bersabda 'Jadilah seperti biji habb al sauda
kerana biji ini ubat semua penyakit kecuali kanser dan mati'. Adalah dilaporkan juga
bahawa Allah Taala menunjukkan bahawa 'ia' itu ialah hab al sauda menghapuskan
angin dalam usus dan demam. Baik untuk merawat 'leukoderma' dan membuka
saluran urat yang halus. Berguna untuk menghilangkan penyakit selesema.
14.Ayam (dajaj)
Memudahkan penghadaman. membetulkan imbangan badan, baik untuk otak dan
badan, serta mencantikkan rupa paras. Walau bagaimanapun jika dimakan terlalu
banyak boleh menyebabkan penyakit sendi dan yang terbaik ialah daging ayam
betina yang tidak bertelur.
15.Kulit kayu manis (darchini)
Kulit kayu manis juga merupakan pemanas badan. Minyaknya sebagai penawar
untuk menghapuskan rasa tidak hadam. Ia merupakan campuran (rempah ratus)
yang digunakan dalam resepi masakan hampir tiga suku penduduk dunia.

"Wahai sekalian manusia! makanlah dari apa Yang ada di bumi Yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah Syaitan; kerana Sesungguhnya Syaitan itu ialah musuh Yang terang nyata bagi kamu."


Source>http://idhamlim.blogspot.com

to be continued.......

2 comments:

THALHAH said...

we are what we eat...

yun, nanti kalau kau ada anak pastikan dia minum susu ibu...

haha...kau tahu kan apa yang cuba aku imply..

peace..=)

Mohamad Nazrul Fazli bin Abdul Mutalib said...

Insya Allah.Anak aku aku akan jadi cemerlang macam bapak dia.like father like son.hehe