Thursday, June 18, 2009

ADFP NiGhT......


Assalamualaikum buat rakan-rakan dan teman-teman yang dikasihi sekalian. Hidup merupakan anugerah yang tidak ternilai yang mesti dimanfaat dengan menuntut segala ilmu dan meneroka dunia ini supaya menjadi manusia yang berpengetahuan luas dan cemerlang (outstanding).

Baru-baru ini diadakan satu program yang dinamakan ADFP night bertempat di salah sebuah hotel di Shah Alam. Program ini dianjurkan sendiri oleh Majlis Tertinggi (Hi-Com) ADFP. Namun apa yang sangat dikesali pada malam tersebut adalah pakaian sesetengah pelajar perempuan Melayu Islam yang sangat menjolok mata. Bukan apa, kita hidup dilingkungi adat dan budaya yang kita warisi daripada nenek moyang kita yang sepatutnya menjadi kebanggaan untuk kita amalkan.Namun pelajar-pelajar ini yang mungkin terlupa bahawa dirinya seorang Melayu bergelar Muslim yang ada adab dan batasan dalam berpakaian. Jawapan yang mungkin diberikan kenapa pakai baju ‘orang zaman batu’ ini adalah: “inilah trend zaman sekarang”, “duit aku.lantaklah aku nak pakai baju apa pun” atau mungkin “hidup zaman sekarang tak boleh duk tutup-tutup sangat”. Ok, fine. This is your right.Really????

Dapat diyakini bahawa jika di majlis keramaian begini pun sudah mendedahkan bahagian yang sepatutnya tertutup, apatah lagi jika di tempat lain seperti di shopping complex, pusat hiburan dan sebagainya. Persoalannya sekarang adakah lelaki yang hadir pada malam tersebut telah dikasi sehingga tidak menimbulkan nafsu syahwat selepas melihat bahagian yang meransang mereka? Eh! Mustahillah.

Dengan memakai baju ‘orang zaman batu’ tersebut apa yang boleh dibanggakan? “eh! Mestilah boleh.aku boleh tunjukkan betapa up-to-datenya aku punya pakaian” ataupun “aku boleh tayang baju aku kat pak we aku” ataupun “hello!i’m not village girl to wear baju kurung”. Berilah seribu satu alsan pun; pada hakikatnya kamu telah membiarkan lelaki-lelaki memperlihatkan ‘perhiasan’ kamu secara percuma.

Percuma maksudnya tidak ada harga.Jadi kamu mengakui diri dan kehormatan kamu tidak berharga??

Bahkan mungkin ada mata-mata yang liar yang tajam memerhatikan setiap gerak-geri kamu dan mengamati setiap inci tubuh kamu. Namun, pelajar-pelajar lelaki di INTEC ini semuanya baik-baik belaka; nakal sedikit tu biasalah. Tapi INTEC hanyalah sebuah tempat persediaan pelajar ke luar negara. Kamu akan pergi ke Amerika satu hari nanti. DI sana,kamu mungkin menjadi ‘lebih miskin’ daripada malam ADFP tersebut. Remaja-remaja lelaki kat Amerika tu ramai yang baik ke? Jangan keluar paper sudah dengan headline “Seorang Pelajar Malaysia Dir**g*l oleh Teman Sekuliahnya Di Amerika”.

Oleh itu saya yang lemah ini memperingati diri ini bahawa kita ada agama yang sentiasa melindungi kita daripada terjerumus ke jurang-jurang kerosakan diri sendiri. Selain itu adat orang Melayu yang diwarisi turun-temurun lebih layak diamalkan yang dapat menunjukkan adat-adat gadis timur yang memang dikenali sebagai bersopan santun.Orang yang bodoh sahaja yang membiarkan dirinya rosak. Sekumpulan saintis di London telah membuat kajian bahawa wanita yang memakai skirt ketika keluar bekerja atau belajar adalah kurang matang serta mudah terpedaya atau tertipu. Ya! sebenarnya kamu semua telah ditipu oleh dunia barat dalam takrif pemakaian moden. Pakaian yang dicipta mereka membawa kepada kerosakan wanita-wanita mereka sendiri.

Wallahua’lam.

4 comments:

Matt said...

insaflah wahai dak2 adfp skalian
cewah

eman90 said...

nice writing huh?
giler r yun....
hrp2 sume org berubah kpd yg baik...

Nazrul Fazli said...

to matt:aku rasa bukan adfp ja kot...

to aiman: tak de lah nice cume harap diorang sedar and try to change

zulaikha said...

syabas!
kamu berani menegur secara terbuka

nice post by the way
keep up the good work