Monday, June 15, 2009

Ni nAk HabAq KaT HanG....


“Tipah hang nak tau dak? anak dara seman tempang ‘kembung’.Tak taula dengan sapa dia buat gheja” kata Joyah


“Hoi Joyah!hang biaq betoi.Seman tu aku kenai.Dia tu kaki masjid.Mustahil dia tak ajaq anak dia”
balas Tipah.


“Betoi tipah ooi.Aku tak tipu hang aih.Tadi aku pi beli kuih kat kedai pak akob.Pas tu aku dok dengaq depa yang kaki menongkoi kat kedai dia tu dok ceghita” Joyah cuba menyakinkan Tipah.


“La ni macam ni la Joyah oi.Ceghita kalau kita tak tau hujung pangkai, tok sah kita dok bawak mulut.Silap hari bulan kena kat batang hidung kita, malu kita.” Balas Tipah cuba menasihati rakannya.


“Tu la hang.Aku habaq satu pon hang tak mau percaya.Dak la,masalahnya ni hal orang kampong kita,kena la ambik tau. Teghuk betoi la seman ni. Dia tak gheti ajaq anak ka?”sambung Joyah lagi.


“Hang Joyah, kalau mai ghumah aku boleh dak bawak ceghita-ceghita baik sikit.Aku dengaq hang dok bawak mulut ceghita benda-benda tak elok dalam kampong ni.Aku bukan apa Joyah. Aku takut termakan dengan kata-kata hang.Aku ngan bini seman pon baik jugak.Memang depa ni orang baik-baik.Anak kedua dia belajaq kat ma’ahad tahfiz.Sedap dia baca Quran.Anak dara dia yang sulong tu memang la aku tau belajaq kat kolej biasa ja,tapi takkan kot anak dara dia jadi ‘hawaq’ sampai lagu tu.”tambah Tipah dengan panjang lebar.


“Tak pa lah kalau hang tak mau percaya.Aku nak pi market sat.Hang nak kirim apa-apa dak?”tanya Joyah.


“Hah tak pa la Joyah ooi.Anak aku yang belajaq kat luaq negara balik cuti minggu lepas.Nanti aku nak pi ngan dia.”balas Tipah


“Aku pi dulu no”lantas Joyah terus menghidupkan enjin moto honda cup 70nya.


“Joyah,Joyah.Bila la hang nak taubat”bisik hati kecil Tipah.


Sebulan selepas itu.............


Berita Hairan 09 September 2003


KAMPONG BATU CONDONG: Seorang remaja lelaki, Sufian bin Abu ditahan atas kesalahan mengedar dadah bersama dua lagi rakannya.Ketika ditahan polis,mereka sedang sibuk membungkus dadah jenis eramin 5 kedalam paket-paket kecil.Mereka akan dibicarakan di bawah seksyen 6 kanun jenayah yang boleh membawa hukuman gantung sampai mati.............



“Assalamualaikum Joyah.Hang ada kat dalam dak?” Tipah datang ke rumah Joyah sambil membawa surat khabar berita hairan yang dibelinya di kedai dolah sengau.


“Waalaikumsalam Tipah.Ha awat Tipah?kalut nampak.”soal Joyah.


“Ni nak habaq kat hang.Harap hang sabaq no.Nama penuh Pian anak hang, Sufian bin Abu kan?
“Ha dia la.Awatnya?”tanya Joyah cemas.


“Aku pon tak tau nak habaq lagu mana kat hang.Tadi aku pi kedai Dolah nak beli ikan.Aku belek surat habaq hari ni.Tengok-tengok ada berita pasai kampong kita.Nah hang baca la sendiri .”Tipah memberikan akhbar yang dibelinya tadi kepada Joyah.


Selang beberapa saat.


“Tipah anak aku nak kena gantung.isk...isk...
Pian, awat hang buat kat mak ngan ayah macam ni.hang saja anak jantan yang kami ada”air mata mula mengalir laju di pipi Joyah.

Akhirnya Joyah rebah tidak sedarkan diri kerana tidak percaya dengan berita tentang anaknya itu.


Sufian anak lelaki Joyah dijatuhi hukuman gantung sampai mati.


Sejak peristiwa itu,Joyah banyak mendiamkan diri dan berasa sangat malu untuk keluar dari rumahnya.Dia lebih rela pergi ke kedai di kampong sebelah bagi mendapatkan barang keperluan hariannya.Dia insaf dengan perkara yang menimpanya dan redha dengan kifarah Allah terhadapnya.



Dalam hidup kita sekarang ini kita sering disajikan dengan pelbagai berita yang kebanyakannya lebih kepada gosip ataupun tuduhan liar.Namun sebagai Muslim, Allah telah peringatkan kita dalam kitab-Nya yang mulia.


“ Wahai orang-orang Yang beriman! jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum Dengan perkara Yang tidak diingini - Dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa Yang kamu telah lakukan.”


Orang yang sentiasa mentaati perintah Al-Quran akan sentiasa selamat dari sebarang bencana.
Allah juga berfirman dalam surah Al-Isra’


“ jika kamu berbuat kebaikan, (maka faedah) kebaikan Yang kamu lakukan adalah untuk diri kamu; dan jika kamu berbuat kejahatan, maka (kesannya Yang buruk) berbalik kepada diri kamu juga.........”


Apa saja yang kita lakukan di dunia ini tidak kira baik ataupun buruk,lambat laun balasannya pasti tiba juga.Jika kita menyebarkan fitnah yakni cerita yang diada-adakan atupun khabar angin, dikhuatiri cerita yang diada-adakan itu betul-betul terjadi dan tertimpa ke atas batang hidung kita.


” Wahai orang-orang Yang beriman! jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan Yang dilarang) kerana Sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya Yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya Yang telah mati? (jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadaNya. (oleh itu, patuhilah larangan-larangan Yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; Sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani.”



Ayat Allah di atas jelas melarang orang yang beriman daripada mencari keaiban orang lain dan di akhirat kelak makanan yang terhidang untuknya adalah daging mayat saudaranya sendiri.Kedapatan sekarang ini,gosip liar dan fitnah sangat berleluasa.kerana pangkat,manusia sanggup fitnah-memfitnah antara satu sama lain. Hidup manusia sekarang terumbang ambing dan porak peranda kerana tidak menghayati dan mengamalkan titah perintah Allah yang terkandung dalam Al-Quran.


Saya memohon ampun dari Allah Al-Ghafur atas segala kesilapan saya dan saya memohon maaf dari saudara-saudara yang saya kasihi jika diri ini pernah terumpat atau mengumpat atau menyebarkan berita yang tidak benar.saya maafkan segala kesalahan saudara-saudara sekalian yang pernah terumpat atau mengumpat diri yang lemah dan hina ini.


Wallahua’lam


*watak-watak di atas tidak ada kena mengena dengan yang hidup atupun yang sudah mati.




1 comment:

Unknown said...

salam saudaraku~cerita yg sgt baik dan bermanfaat.terima kasih ats perkongsian yg sgt bermakna~