Diringkaskan ucapan
Sekali lagi kita sebagai Umat Islam terpalu dengan penghinaan terhadap Nabi Muhammad SAW yang kita kasihi & junjungi melalui satu blog yang sangat jijik tulisannya.Nama yang digunakan menunjukkan seolah-olah orang Islam sendiri yang melakukan perkara terkutuk ini.Namun bukanlah sifat umat Islam menuduh seseorang melakukan sesuatu tanpa menyiasatnya terlebih dahulu kerana firman Allah dalam surah Al-Hujurat ayat 6" Wahai orang-orang Yang beriman! jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum Dengan perkara Yang tidak diingini - Dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa Yang kamu telah lakukan"
Disini saya tidak ingin menuduh mana-mana pihak kerana saya pun tidak tahu siapa penulis blog jijik ini tetapi disini saya ingin memperingatkan kepada orang-orang jijik ini agar segera bertaubat balik dan tarik semula segala kutukan terhadap Baginda Nabi SAW.Mari kita renungi sejarah di Zaman Rasullullah SAW:
Pada suatu hari Rasulullah mengumpulkan orang-orang Mekah di bukit Uhud(maaf kalau saya tersilap tempat),lalu baginda bersabda"percayakah sekalian kamu jika aku katakan ada musuh yang ingin menyerang kamu dari belakang kamu?"maka dijawab sekalian penduduk Mekah"kami percaya kerana kamu adalah Al-Amin(orang yang jujur) " maka baginda Nabi SAW bersabda lagi" percayakah kamu jika aku katakan aku adalah utusan Allah yang menyampaikan segala risalah kebenaran dan aku adalah utusan terakhir di kalangan para nabi dan rasul"maka dijawab Abu Lahab"celaka kamu wahai Muhammad!Adakah kerana ini kami semua dikumpulkan?"
Apa yang saya ingin bawa daripada cerita ini adalah apabila Abu Lahab berkata begini maka Allah sesekali tidak membiarkan kekasih-Nya dicerca sedemikian rupa.Berfirman Allah dalam surah Al-Lahab ayat 1" celakalah kedua-dua tangan abu lahab, dan celakalah ia bersama!" Dapat kita fahami bahawa bahawa celaka yang difirmankan Allah dan celaka yang diucapkan tidaklah sama.Apabila Allah berkata celaka bermaksud Allah menghina dan menyiksanya dengan keras di dalam neraka.Tidak cium bau syurga bagi sesiapa yang ingkar dan menghina Nabi Muhammad SAW sedangkan jarak perjalanan ke syurga ialah bersamaan 500 tahun akhirat(1 hari di akhirat ialah 1000 tahun dunia)
Insaflah wahai orang-orang yang melakukan perkara terkeji ini kerana semua insan akan ke balik ke kampong akhirat cuma bezanya balik dalam keadaan husnul khatimah ataupon suul khatimah wanau'zubillahiminzalik.
Wallahua'lam
No comments:
Post a Comment