Salam kepada semua sahabat,
semoga Allah mengurniakan kita hikmah dalam setiap detik kehidupan yang kita
lalui.
Amma ba’d.
Saya tidak pasti bagaimana harus
saya mulakan kali ini, tetapi moleklah jika saya mulakan mengikut kronologi
perjalanan kembara saya selama seminggu bermula Ahad lepas (24 June 2012). Saya
bertolak ke KL menaiki tren intercity waktu pagi dan sampai di KL pada
pukul tiga petang. Sampainya saya di KL Sentral, saya terus ke surau bagi
menunaikan solat jamak dan qasar zohor dan asar. Selepas itu, saya pergi makan
di food court di tingkat tiga. Selesai
makan, saya pergi menunggu sahabat saya Akmal, di ruang legar di tingkat
dua.sementara menunggu, saya memulakan membaca buku Travelog Minda Tajdid oleh
Dr MAZA. Sesekali saya memandang sekeliling. Pelbagai ragam manusia saya lihat,
tetapi apa yang menarik perhatian saya adalah berselang dua meja dengan saya
ada sepasang suami isteri muda duduk di situ. Kelihatannya, mereka pasangan
solehah; si suami ada janggut sejemput dan memakai kopiah putih manakala si
isteri berjubah labuh dan berpurdah. Alhamdulillah bagus namun selepas itu si
isteri membawa keluar bungkusan makanan. Saya memerhati gelagat mereka dari jauh,
bungkusan makanan yang dikeluarkan adalah bungkusan McDonald. Mungkin isu ini
kecil, Cuma saya terfikir di zaman facebook ini, pelbagai maklumat kita dapat
yang mengatakan McDonald memang membantu gerakan zionis sedunia, tiba-tiba
golongan Islamis ini masih tidak memboikot syarikat yang ada hubung kait dengan
zionis. Adakah mereka ada sumber mengatakan McDonald itu tidak menyumbang
kepada gerakan zionis? Atau mereka tidak tahu tentang perkara itu?
“Ya Allah, jauhilah aku daripada persepsi buruk terhadap mereka”
Saya juga melihat di dalam restoran
McDonald, ramai melayu muslim yang makan di situ, tetapi mata saya sekali lagi
terpaku kepada dua orang yang saya kira sebaya memakai pakaian berjubah dan
bertudung labuh melepasi paras pinggang makan di situ. Persoalannya yang sama
muncul di benak saya. Sesekali meneruskan pembacaan dan sekali sekala memandang
sekeliling; ada orang kita lihat sejuk mata memandang, ada juga yang kita
kurang senang dengan gelagat mereka. Akmal dikhabarkan tidak dapat serta untuk
program kali ini kerana dia mendapat panggilan kecemasan yang neneknya jatuh
sakit.
Selepas sembahyang maghrib dan
isya’, malam itu saya bertolak ke Shah Alam dan setibanya saya di sana saya di
jemput oleh Ainuddin dan saya terus dibawa ke kedai mamak untuk makan di sana. Selepas
berbual dan menjamah makanan, saya di hantar oleh Ainuddin ke tempat daurah di
pejabat IKRAM shah alam di seksyen 15. Di sana saya bertemu dengan
ikhwah-ikhwah US yang balik bercuti, banyak cerita yang dicelotehkan. Ada yang
dahulunya single tetapi kini sudah berdua, ada yang baru grad dari US
tetapi bulan ini akan menyambung pengajian di Mesir dalam bahasa Arab, ada yang
masih ‘mencari-cari’, pendek kata suatu keadaan yang damai dan tenang apabila
kita berada dalam zone ukhuwah islamiyah. Pengisian di sampaikan oleh akh
Khusyairi yang merupakan seorang lulusan PhD dari Jepun. Daurah habis pada hari
selasa petang, saya dan Izzat mengambil komuter untuk ke KL Sentral. Hajat kami
ingin mencari buku di Jalan Masjid India. Alhamdulillah di situ, saya membeli
lagi tiga buku; Di Hamparan Shamrock Kuseru Nama-Mu oleh Ustaz Hasrizal Abdul
Jamil, 65 Gambaran Kehidupan Sahabat oleh Dr. Abdul Rahman Ra’fat Al-Basha, dan
Usrah Dan Harakah oleh Ya’qub Muhammad Hussin. Selepas membeli buku, kami
berjalan sekitar Jalan Masjid India. Banyak baju melayu dan jubah di situ
cantik dan kemas, hajat di hati ingin beli satu tetapi memikirkan banyak barang
yang nak di bawa, hasrat itu dipadamkan.
Mungkin bulan puasa ini, boleh datang lagi. Selepas makan di KL Sentral, kami
bertolak semula ke Shah Alam. Alhamdulillah, hajat saya untuk menunaikan solat
di Masjid Negeri Sultan Salahuddin tercapai, terasa begitu tenang selepas dua
tahun tidak menjejakkan kaki di situ.
Malam itu selepas solat, kami bergerak ke
Serdang dengan kereta Izzat untuk menginap di pejabat AIMS kerana awal pagi
esok kami akan mendaki bukit Broga. Selepas sesat sedikit, kami tiba di pejabat
AIMS pada pukul lebih kurang 11.45 malam. Badan sudah letih, selepas berkemas
saya dan ikhwah yang lain terus tidur. Seawall 3.30 pagi keesokannya, kami
bangun qiam dan bersiap untuk ke Semenyih untuk mendaki Bukit Broga. Kami bertolak
dengan lima biji kereta pada pukul 4 pagi dan sampai di sana lebih kurang 4.40
pagi. Dalam keadaan gelap, kami seramai 23 orang mendaki bukit Broga.
Salahuddin(Salad) melaungkan azan subuh di salah satu pit stop apabila
masuk waktu. Selepas berjemaah subuh, kami meneruskan pendakian ke puncak Broga.
Kami tiba di puncak Broga lebih kurang pukul 6.30 pagi. Di sana, kami mendapat
sedikit pengisian dari Faris, dan tadabbur alam. Lebih kurang pukul 7.15 pagi
kami bergegas turun. Semasa hendak bergerak, salah satu kereta tayarnya pancit.
Kami sama-sama membantu menukar tayar tersebut. Selepas itu kami bergerak ke
kedai makan. Selesai makan, kami bergerak pula ke Sungai Tekala yang terletak
dalam daerah Hulu Langat. Hajat saya untuk berendam dalam air terjun yang sejuk
tercapai, Alhamdulillah. Lebih kurang pukul 1 tengah hari kami bersiap untuk
sudah dan bergerak ke masjid. Selepas solat jamak di masjid, kami bergerak ke
Bandar Baru Bangi untuk makan tengah hari di sana. Selepas makan kami pulang
semula ke pejabat AIMS untuk berehat. Pada hari Rabu tersebut, tamatlah rehlah
kami. Hari Khamis pagi kami dijadualkan untuk ziarah murabbi, Ustaz Hasanuddin
Yunus tetapi dikhabarkan pagi itu ustaz sibuk dengan urusan kerja lalu kami
menyertai ikhwah-ikhwah UK yang juga berprogram di situ (WAMY).
Dari puncak Broga
Sunrise
Tamat program
pukul 12 tengah hari, saya mengambil peluang dengan izzat berjalan-jalan di
sekitar Mines City. Petangnya pukul 3.30 petang kami bertolak ke Taman Melati
di Gombak bagi menziarahi Ustaz Fadzil Saleh yang baru sahaja pulang menunaikan
umrah. Rumah ustaz Fadzil teramat besar dilengkapi dengan kolam mandi. Ustaz
memiliki dua buah Mercedes Benz dan sebuah Honda CRV namun apa yang lebih
penting adalah, taujihat ustaz pada petang itu sangat basah dan terkesan di
hati.
Usrah dalam air
The Mines City, Serdang
Di halaman rumah ustaz Fadzil
“Tarbiyah memungkinkan
segala-galanya” pesanan ustaz yang ini paling saya ingati sampai ke saat ini. Selepas
berjemaah maghrib dan isya’ di rumah ustaz, kami dihidangkan dengan Kueow tieow
goreng udang dan jus oren yang sangat menyegarkan. Malam itu sepatutnya ada
lagi jemputan makan untuk dipenuhi, namun saya sudah berjanji dengan senior
saya untuk menginap di rumahnya di Sentul. Jadi saya berpisah dengan
ikhwah-ikhwah US malam itu dan bergerak ke Sentul bagi bermalam di sana. Senior
saya menceritakan kehidupan di alam pekerjaan tidak seindah seperti zaman
belajar. Walaupun ada rumah, kereta, gaji bulanan namun itu semua tidak dapat
mengatasi keseronokan zaman belajar mereka di US suatu ketika dahulu.
Pagi keesokan harinya, seawal pagi
senior saya keluar ke tempat kerja saya juga ikut sekali keluar ke KL Sentral
kerana di sana saya akan menunggu Ainuddin dan kami akan bergerak sekali ke
Putrajaya menaiki ERL. Lebih kurang pukul 9.30 pagi, Ainuddin tiba di KL
Sentral dan kami bergegas ke Putrajaya menaiki ERL. Sangat laju dan selesa
menaiki ERL. Setibanya kami di Putrajaya, kami dijemput oleh Abang Ali yang
merupakan pegawai Jemaah nazir di kementerian pelajaran Malaysia. Di sana, kami
dibawa ke pejabat Abang Ali dan bercerita tentang kehidupan di pejabat yang
sungguh sibuk. Pukul 12 tengah hari, abang Ali belanja kami makan tengah hari
dan selepas itu kami bergegas menunaikan solat Jumaat di Masjid Besi,
Putrajaya. Selepas itu, saya dan Ainuddin pergi ke Alamanda untuk menunggu
abang Ali habis kerja pukul 5.30 petang.
Pukul 5.30 petang kami bertolak ke Tampin,Negeri Sembilan ke rumah abang
Ali. Sampai di Tampin lebih kurang pukul 7.30 malam, kami berehat-rehat, dan
bersiap untuk solat maghrib. Malam itu, kami diimamkan oleh imam muda dari
Pulau Pinang di rumah abang Ali.
Kementerian Pelajaran Malaysia, Putrajaya
Makan tengah hari
Masjid Besi, Putrajaya
Selepas solat kami keluar makan di restoran di
Tampin; semuanya dibelanja oleh abang Ali, Alhamdulillah. Bagi saya, pekan Tampin
merupakan sebuah pekan yang aman dan ada segala-galanya. Keesokan paginya
selepas subuh berjemaah, kami berehat-rehat di rumah abang Ali. Sarapan pagi
itu nasi lemak dan roti canai telah tersedia di atas meja, bagaikan raja kami
makan. Pukul 11 pagi kami dibawa ke rumah kakak sulong abang Ali berdekatan
Gunung Tampin dan selepas itu kami terus ke Melaka. Banyaklah tempat-tempat
yang kami lawati antaranya menara keris taming sari, dataran pahlawan mall, dan
Bandar hilir. Pukul 2.30 petang, kami bergerak ke Masjid Al Azim, masjid negeri
Melaka. Usai solat, abang Ali membawa kami Seremban untuk saya membeli tiket
bas balik ke Pulau Pinang. Selepas membeli tiket bas, kami pulang semula ke
Tampin melalui jalan lama. Negeri Sembilan bagi saya sebuah negeri yang kaya
dengan khazanah alam dan ia sungguh menenangkan.
Gunung Tampin, Negeri Sembilan
Bandar Hilir, Melaka
Menara Taming Sari, melaka
Dataran Pahlawan, Melaka
Malam itu kami ke pasar malam
Tampin. Selepas dua tahun inilah kali pertama saya menjejakkan kaki ke pasar
malam, terasa meriahnya di situ. Malam itu, selepas membeli makanan, kami
memakannya di rumah adik abang Ali yang tinggal berhampiran di Tampin. Selepas makan
dan berbual, kami pulang semula ke rumah abang Ali dan kami yang keletihan
terus tidur. Keesokan paginya, selepas subuh kami bersiap-siap berkemas untuk
pulang. Pukul 10 pagi selepas sarapan, abang Ali mebawa saya dan Ainuddin ke
Seremban dan Izzat pulang ke Batu Pahat, Johor dengan keretanya. Pukul 11.30
pagi, bas mula meninggalkan perkarangan terminal 1 di Seremban. Dalam bas, saya
meneruskan membaca buku Secangkir The Pengubat Letih oleh ustaz Hasrizal yang
saya beli di MPH Alamanda, Putrajaya.
Pasar Malam Tampin
Di hadapan rumah abang Ali
Sepanjang kembara saya selama
seminggu ini, saya dapat melihat gambaran kehidupan rakyat Malaysia. Kalau membaca Berita Harian dan Harian Metro,
pelbagai kes jenayah yang dapat kita temui tetapi tempat-tempat yang saya pergi
tidak pula saya lihat jenayah. Mungkin saya pergi bukan waktu kebiasaan jenayah
berlaku. Namun apapun sebagai rakyat Malaysia, saya ingin melihat semua rakyat
Malaysia hidup dalam keadaan baik dan aman. Formulanya mudah, di mana sahaja
kaki kita jejaki, sebarkan kebaikan. Fastabiqul Khairat!.
2 comments:
kawan dgn org baik, kita pon akan dpt manfaatnya ye.. :-)
buku2 yg menarik. jeles. T_T
Post a Comment