Salam kepada sahabat semua yang
saya kasihi kerana Allah. Semoga Allah mengampuni dosa-dosa kita dan
mengurniakan rahmatNya yang maha luas.
Amma ba’d.
Sudah agak lama blog ini
ditinggalkan. Hajat di hati ingin mewarkahkan sebanyak mungkin perkongsian dan
pandangan namun masa saya banyak dihabiskan membaca buku-buku yang saya beli,
berprogram di sekitar KL dan Shah Alam, serta merangka gerak kerja dan hala
tuju perkara ‘tertentu’. Namun kali ini, saya gagahi untuk menulis . Sebelum
itu, bagaimana puasa kita? Semoga Allah memberi kekuatan kepada kita untuk
terus beramal dengan amalan-amalan soleh. Jangan ada dalam kalangan kita yang
melepaskan peluang merebut pahala yang begitu banyak di bulan Ramadhan yang
penuh keberkatan dan rahmat Allah ini.
Dalam minggu ini tersebar berita
yang seorang remaja berumur 16 tahun bernama Syafiq bernikah dengan pasangannya,
Yana berumur 14 tahun. Pernikahan mereka dianggap terlalu muda. Untuk berita
lanjut boleh baca di sini.
Pandangan saya, banyak isu yang
mungkin boleh kita bincangkan berbanding isu terpencil ini. Kalau kita Tanya datuk
dan nenek kita pun, mereka berkahwin pada usia yang muda. Mungkin orang akan
berkata, itu dulu sekarang lain. Namun, apabila seseorang itu sudah mampu
memikul tanggungjawab apa salahnya.tahap kematangan seseorang itu sangat
subjektif. Mustahil mereka yang
mengambil langkah untuk berkahwin pada usia muda itu tidak memikirkan soal
tanggungjawab selepas berkahwin nanti. Apa yang saya bimbang ialah, jika hal
ini diperpanjangkan, ia boleh membawa kepada umpatan dan gossip.
“Biar betul diorang ni, umur 16
tahun dah kawen. Aku yang umur 20 tahun lebih pun tak kawen lagi”
“ala jodoh diorang dah sampai. Kite
pun nanti-nanti sampai lah tu. Tapi tula, muda sangat. SPM pun tak habis lagi,
macam mana nak sara isteri dia.”
“aah kan. Aku pun terfikir macam
mana la si laki ni nak sara isteri dia”
Nampak tak? Ia melarat kepada
umpatan yang dicela dalam agama. Memang ada umpatan yang dibenarkan dalam
Islam. Klik di sini untuk mengetahui jenis umpatan yang dibenarkan dalam Islam
(mode: malas nak tulis panjang-panjang). Tidak ada satu sebab pun, gossip tentang
perkahwinan mereka dibolehkan dalam Islam. Mereka tidak berzina, mereka tidak
makan di layak ramai dalam bulan ramadhan, bahkan mereka melengkapkan separuh
agama mereka; sesuatu yang dituntut dan digalakkan dalam agama.
Di zaman kita hidup dengan
dihidangkan dengan hiburan lucah yang melampau, baik di TV mahupun akhbar,
tiba-tiba apabila ada orang yang cuba menghidupkan syariat, kita terkejut dan
mempertikaikan tindakan itu. Apa rasionalnya?
Saya menegur perkara ini apabila
dua tiga hari saya tengok di laman twitter orang sibuk bercerita tentang
perihal mereka berdua. Banyak lagi isu-isu awam termasuk siyasah, ekonomi dan sosial
yang kesannya melibatkan orang ramai patut kita bincangkan. Bila saya menegur
bukan kerana saya orang yang baik ataupun terbaik, tetapi kerana sayang.
Ingatlah, mahasiswa adalah tenaga
pemikir dan penggerak kemajuan negara di masa hadapan tetapi jika sibuk dengan
hal remeh temeh, yang tidak melibatkan kepentingan awam, apa yang kita dapat?
Cara fikir yang salah membuahkan tindakan yang salah.
Wallahua’lam
No comments:
Post a Comment