Salam kepada sahabat-sahabat yang
saya kasihi kerana Allah. Semoga kita dilimpahi rahmat dan kasih sayangNya.
Amma ba’d.
Ura-ura ada mengatakan pilihan
raya umum akan diadakan pada bulan Jun ini. Sejauh mana kebenarannya saya
kurang pasti. Walau apapun, siapa sahaja yang memerintah secara zalim, hak
rakyat dibuat macam hak sendiri, menolak perundangan Al quran dan Assunnah,
maka marilah sama-sama menolak kepimpinan taghut ini.
Baru-baru ini ada satu wacana
mengatakan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) dituduh sebagai parti ajaran sesat. Jadi
isunya apa? Isu yang saya lihat dalam kancah politik Malaysia hari ini adalah,
tahap pemikiran rakyat Malaysia belum matang dalam berpolitik. Saya tidak mahu
bahas sama ada PAS itu sesat atau benar kerana bagi kita yang cakna akan isu
semasa di Malaysia, pastinya sudah tahu yang mana ikhlas untuk perjuangkan
agama dan yang mana Islam hanya dijadikan pemanis mulut untuk meraih undi
daripada rakyat. Menuduh sesuatu sebagai sesat tanpa mengemukakan bukti yang
jelas dan kukuh adalah tindakan yang sangat zalim dan berat. Mari kita menyelak
Alquran dalam surah An Naml:
“Dan setelah itu, nabi Sulaiman
memeriksa kumpulan burung (yang turut serta dalam kumpulan tenteranya) lalu
berkata: Mengapa aku tidak melihat burung hud-hud? Adakah dia daripada mereka
yang tidak hadir?” (27:20)
“Demi sesungguhnya! Aku akan
menyeksanya dengan seksa yang berat atau aku akan sembelihnya kecuali dia dapat
membawa kepadaku alas an yang terang dan nyata (sebab-sebab dia tidak hadir)”
(27:21)
Menarik untuk kita telusuri kisah
Nabi Sulaiman, burung hud-hud, dan ratu
Saba’. Jadi, sempatkanlah diri kita untuk mentadabbur ayat-ayat selepas dua
ayat di atas ini. Apa yang ingin saya sampaikan adalah Nabi Sulaiman akan
mengenakan hukuman yang sangat berat kepada burung hud-hud jika ia gagal
mengemukakan hujah-hujah yang kukuh atas kelewatannya. Inilah disiplin dalam
Islam, setiap tindakan dan pertuduhan harus disertakan dengan bukti-bukti yang
kukuh; jangan hanya bercakap tanpa fakta. Setakat yang kita tahu, selama
Kelantan diperintah oleh PAS, indeks rasuah adalah sifar. Sekadar yang kita
tahu, kedah yang diperintah oleh PAS, hasil balak meningkat, kebajikan
sekolah-sekolah agama terpelihara, FDI (pelaburan langsung asing) terus
meningkat terutamanya di Kulim High-tech Park dan pelbagai hasil dinikmati oleh
rakyat Kedah (sumber: klik sini)
Jangan kerana gilakan kuasa,
prinsip Niccolo Machiavelli dijadikan mazhab; matlamat menghalalkan cara. Bila kita
hendak berkuasa, kita bukan gila kuasa tetapi kita nak rampas kuasa daripada
orang gila. Indahnya Islam apabila ia mengajar kita memelihara maqasidul
syariah (objektif syariah) yang lima itu; agama, jiwa, aqal, keturunan, dan
harta.
Di sini, apa yang saya nampak
adalah rakyat Malaysia menghidapi krisis nilai yang parah. Ramai yang gagal
membuat penilaian kerana bias dalam memilih sumber-sumber berita. Sikap fanatisme
serta malas mengkaji juga merupakan factor rakyat Malaysia tidak mampu berpolitik
secara matang.
“Hanya parti A sahaja boleh memerintah
Negara supaya kebajikan Melayu terjaga”
“Jika kita membiarkan mereka
memerintah, hak-hak kita akan dirampas”
Propaganda-propaganda terus
dimainkan tetapi bagi rakyat yang berfikir dan sentiasa mengkaji serta
memerhati, tidak akan termakan dengan propaganda. Kita harus ingat segala apa
yang kita buat semuanya dinilai oleh Allah. Siapa pemimpin yang kamu lantik,
kenapa kamu membiarkan pemimpin zalim berkuasa, kenapa kamu tidak
mempertahankan hak-hak kamu yang dirampas. Segala-galanya akan dipersoal. Jadilah
kita umat yang adil dalam erti kata meletakkan sesuatu pada tempatnya. Benarkan
yang benar, batilkan yang batil.
“Wahai orang-orang yang beriman,
jadilah akan dirimu sentiasa orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi
menerangkan kebenaran dan jangan sesekali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum
mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil
kerana adil itu lebih menghampiri taqwa dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya
Allah maha mengetahui dengan mendalam terhadap perkara yang kamu lakukan” (Al
Maidah:8)
Marilah jadi muslim yang cakna
akan isu umat baik di peringkat international mahupun nasional. Kita mampu
untuk hidup lebih baik. Jangan malas dalam mengkaji.
Wallahua’lam.
P/S: Kepada mahasiswa yang
berfikiran “apa politik-politik ini, kau study sudahlah, sibuk pulak nak berpolitik”, saya sarankan kamu
cabut otak kamu dan letak di kepala lutut. Sekian!
4 comments:
ramai je yang tak minat nak ambil tahu pasal politik. antara sebabnya dikatakan politik itu kotor. padahal manusia sendiri yang mengotorkannya. bab politik malaysia banyak kena belajar dengan negara maju. sangat matang dalam politik!
p/s: sedih PRU akan datang ni tak dapat mengundi :(
tu la pasal akak. takkan nak tunggu sampai semua hak tergadai, baru nak start ambil tahu pasal politik..btw, saya pun belum daftar mengundi..:(
tp lutut saya kecik tak muat kot letak otak..melainkan otak saya kecik juga =)
kah3..maksudnya otak encik macho memang kena letak kat kepala jugak..:)
Post a Comment