Salam buat ikhwah, akhawat, dan
sahabat-sahabat yang saya kasihi kerana Allah. Semoga kita semua mendapat
petunjuk Allah.
Amma ba’d.
Hari ni (ahad) saya ada meeting online,
siapkan assignment, ada game bola di RIT, dan rasa malas hendak menulis. Namun,
saya terpaksa gagahkan juga untuk menulis tentang isu mansuhkan PTPTN ini. Kalau
hendak dibincangkan isu wajar atau tidak mansuhkan PTPTN, saya tidak mahu bahaskan di
sini kerana ia pasti melibatkan perbahasan yang panjang dan setiap perbahasan
harus dilakukan secara ilmiah dan berfakta. Apa yang membuatkan saya paksa diri
saya untuk menulis adalah, masalah AKHLAQ kita dalam menangani isu ini.
Sebelum pergi lebih lanjut, saya
ingin bertanya sahabat pembaca, apa yang terkandung dalam sesebuah negara yang
mengamalkan demokrasi? Salah satunya adalah kebebasan bersuara. Jadi bagi
sesiapa yang ingin mengemukakan idea,cadangan, bantahan, atau kritikan kepada
sesuatu perkara isu, biarlah ianya dilakukan dalam suasana harmoni.
Dalam isu demontrasi mansuhkan
PTPTN ini, saya lihat bahawa baik dari pihak yang menyokong atau memansuhkan PTPTN
ini, sangat TIDAK BERAKHLAQ. Kamu kalungkan bunga kepada gambar PM dan Menteri
Pengajian Tinggi, kamu laungkan sentiment politik kepartian, disusuli dengan
takbir, apakah ini ajaran islam dan akhlaq yang Rasulullah SAW tinggalkan? Saya
tidak kisah kalau yang mendapat nama buruk akibat perbuatan ini, hanya
orang-orang yang terlibat. Namun, baru-baru ini saya terbaca berita yang
saudara kita dari hindu, tersinggung dek perbuatan yang biadap ini dan kesannya
agama Islam dipersoalkan. Apakah tindakan ini melambangkan Islam yang sebenar? Apapun saya bersyukur kerana saya sudah mendapat penjelasan dari ‘Orang
Malaysia’ bahawa golongan mahasiswa yang terlibat ini bukanlah terdiri daripada
mana-mana ahli usrah dan ahli Jemaah. Kalau tidak, bertambah duka apabila yang
menyertainya terdiri daripada ahli-ahli Jemaah. Di Amerika ini, purata orang
masuk Islam adalah 20,000 orang setahun. Saya cuba mencari maklumat tentang
purata kemasukan Islam di Malaysia, namun gagal menemui statistik tetapi
daripada pemerhatian saya ia sangatlah kurang. Salah satu punca warga Amerika
masuk Islam selain daripada faktor kajian sendiri, ia juga disebabkan akhlaq
yang mulia yang ditonjolkan oleh Muslim di Amerika. Jadi, bagaimana mungkin saudara-saudara
kita dari Buddha dan Hindu hendak tertarik dengan agama Islam kalau menunjukkan
kelakuan yang tidak berakhlaq ini?
Kepada yang menentang tindakan
para pendemo ini, ya! kamu berhak menyuarakan pendapat kamu juga namun jangan
menggunakan bahasa-bahasa kesat dalam menyuarakan pendapat.
“Kalau dah tahu diri tu bangang,
belajarlah bersungguh-sungguh, nanti tak payah bayar PTPTN.”
Banyak lagi perkataan kesat yang
saya dapati di FB, Twitter, dan sebagainya, cukuplah satu ini sebagai contoh.
Patutkah kerana kamu yang dikurniakan kepandaian sehingga dapat biasiswa kamu
menggelarkan orang lain dengan kata-kata kesat? Bila-bila masa sahaja Allah
boleh tarik kepandaian kamu kerana ia kepunyaan Allah.
Baik kamu menyokong atau
membantah PTPTN, berakhlaqlah dengan akhlaq Rasulullah SAW dan jangan menzalimi
saudara seislam kita. Rasulullah SAW bersabda:
“Dari Abu Hurairah r.a, katanya:
"Telah bersabda Rasulullah SAW: 'Janganlah kamu berdengki-dengkian, dan
jangan kamu tipu-menipu, dan jangan benci-membenci, dan jangan musuh memusuhi,
dan jangan kamu berjual beli atas jual beli setengah yang lain, dan jadilah
kamu sekelian sebagai hamba-hamba Allah yang bersaudara.Seorang Muslim adalah
bersaudara sesama Muslim, tidak boleh menganiayanya, tidak boleh membiarkannya
tertindas, tidak boleh mendustainya dan tidak boleh menghinainya.Taqwa itu
berpunca dari sini - sambil Nabi SAW menunjukkan ke dadanya tiga kali. SUDAH CUKUP KEJAHATAN SEORANG ITU
JIKA DIA MENGHINA SAUDARANYA YANG ISLAM. Seorang Muslim ke atas seorang
Muslim yang lain diharamkan darahnya, harta bendanya dan kehormatannya."
(Riwayat Muslim)
Atas dasar ini, saya tegaskan
sekali lagi bahawa sistem pendidikan formal yang sedia ada di Negara kita
terbukti gagal melahirkan pelajar yang cemerlang sahsiah, akhlaq dan
peribadinya. Sungguh malang bagi yang tidak sedar akan perkara ini. Namun,
untuk mengatakan saya malu menjadi warga Malaysia disebabkan perkara-perkara
ini,bukanlah saya kerana itu adalah kata-kata orang yang tidak berwawasan
kerana tidak tahu bertindak. Bertindaklah dengan kadar kemampuan. Dengan krisis
nilai yang semakin parah dan membarah, satu muhasabah buat diri saya serta
ikhwah dan akhawat sekalian, kita tiada masa untuk rehat. Marilah berganding
bahu, bekerja lebih keras membetulkan paradigma mahasiswa yang berlaku
kecelaruan pemikiran.
wallahualam
4 comments:
mahasiswa berdarah muda..semangat tu ada tapi disalurkan dgn cara yg slah..kecewa jugakla dgn tingkah laku segelintir 'mahasiswa IQ tinggi' katanya..sedih + cuak nak balik malaysia...apa persiapan kita nak berdepan dengan benda benda mcm ni nanti, mungkin ni yg lbih ptt kita fkirkn dripada marah2 kan?
betul tu salwani, ini syndrom pemuda, semangat mencanak tetapi tidak didasari kefahaman yang betul. nice question tentang persiapan. nak tak nak, kita kena bina kefahaman tentang Islam itu sendiri, melalui usrah, pembacaan, talk, seminar, program2 dan sebagainya.bila kita kefahaman sebenar tentang islam, kita dapat buat analisis dan penilaian tentang sesuatu isu berdasarkan kefahaman Islam kita. jadi, tindakan kita akan mengikut acuan islam. misalan yang dianjurkan oleh Islam ajak berbincang,berdebat dan biarlah ianya dilakukan dalam suasana harmoni.marah2 bukan jalan penyelesaian bahkan ia membawa kepada pergaduhan, caci maki yang lebih buruk pulak..
wallahualam.
kiranya kena la join usrah ni ye bang?
=)
macam tu lah nampak gayenye dik..;)
Post a Comment