Salam buat semua, semoga sihat dan dinaungi rahmat Allah sentiasa.
Amma ba’d.
Alhamdulillah minggu lepas dan dua minggu lepas, saya telah menghadiri dua program berbeza, di tempat yang berbeza, pergi dengan cara berbeza, berjumpa dengan orang yang berbeza dan dengan sumber kewangan berbeza.
Tamrin Di Michigan
Dua minggu lepas, saya bersama beberapa pelajar RIT menghadiri tamrin yang diadakan di Michigan State University (MSU). Kami pergi ke sana dengan menyewa kereta dan sudah pasti memandu ke sana menelan masa hampir 10 jam. Keletihan memang terasa namun tatkala bertemu sahabat-sahabat yang mempunyai fikrah Islam yang sama, kegembiraan dapat diukir menggantikan keletihan badan. Walaupun pergi ke sana dengan mengeluarkan belanja sendiri, tapi itu tidak sedikit pun kami terasa beban kerana memang sunnah dalam berjuang, kita dituntut menginfaqkan sedikit harta yang Allah beri kepada kita ke jalan-Nya. Di sana, semangat agar terus thabat dalam jalan Allah ini dipulihkan semula setelah semangat ini hilang dek pelbagai tuntutan duniawi; study, kerja, assignment dan sebagainya. Bertemu dengan ikhwah-ikhwah dari Universiti di US ini merupakan satu rahmat Allah yang besar setelah terpisah beberapa ketika. Saya menginap di rumah sahabat-sahabat di MSU. Terima kasih kepada Nazrul Hisham, Adib Bakeri dan Nazrin kerana sudi menumpangkan kami di rumah kalian.
apa yang mereka cuba lakukan?
Jawad dan Moja
Go Green, Go White
Kursus Global Leadership Outreach Di Chicago
Minggu lepas saya berseorangan ke Chicago dengan menaiki flight dan ditaja sepenuhnya oleh pihak MSD Washington DC. Sebenarnya, ada seorang lagi wakil (sister) dari RIT tetapi kami pergi dengan flight berasingan. Di sini saya bertemu dengan pelajar lain yang mempunyai latar belakang dan fikrah yang berbeza. Program ini diadakan di Holiday Inn Hotel, Itasca,Chicago. Sesampainya saya di Ohare International Airport, saya dijemput oleh Uncle Rahman. Orangnya peramah dan banyak berceloteh. Bertemu dengan orang yang berbeza fikrah, menyebabkan saya rasa jauh dari comfort zone.
Keseorangan dalam flight
Holiday Inn Hotel, Itasca, Chicago
Saya rasa sangat bersyukur kerana diberi peluang oleh Allah dipertemukan dengan orang yang pelbagai latar belakang; ada yang sefikrah dan ada yang berlainan fikrah. Fikrah yang saya maksudkan untuk entri ini adalah fikrah islamiah dan fikrah sekular. Fikrah sekular, bunyinya berat tetapi ini hakikat yang saya dapati ketika program di Chicago tempoh hari. Bukan sekular pada speakernya tetapi pada sebahagian peserta di kursus ini. Persoalan yang ingin saya timbulkan di sini ialah, bagaimana kita ingin berbicara dengan orang yang neracanya berbeza dengan kita. Di tamrin, neraca setiap ikhwah dan akhawat sudah pastinya Alquran dan Assunnah, namun sebahagian peserta di kursus kepimpinan tersebut walaupun Muslim tetapi mereka mempersoalkan perkara yang termaktub dalam Alquran dengan penuh provokasi. Mereka tidak secara jelas menolak Alquran tetapi melalui soalan yang diajukan, jelas ada perkara yang masih menjadi keraguan tentang beberapa perkara mengenai Islam kepada mereka. Sesuatu yang harus kita fikirkan bagaimana hendak synchronize pemikiran muslim yang sebegini dengan kita. Hendak diberi seribu satu dalil Alquran dan Assunnah kepada mereka? Selepas puas kita beri, kita hanya boleh syok sendiri padahal antara dia dengan kita masih lagi tidak sama fikrahnya. Tatkala kita menolak Sister In Islam (SIS) tetapi muslim sebegini menerima bahkan menyokong dengan mengatakan inilah NGO Muslim yang terbaik di Malaysia.Salah seorang speaker pada kursus itu adalah Ustaz Erfino Johari, pernah bertugas di MSD London. Saya sangat kagum dengan cara beliau menjawab persoalan yang ditimbulkan oleh peserta Kursus baik dari muslim mahupun non-muslim. Persoalan hudud juga ditimbulkan semasa kursus ini oleh peserta non-muslim. Beliau menggunakan neraca Alquran tetapi dengan setiap ayat Alquran telah diextract. Seingat saya,tidak sepatah ayat Alquran pun keluar dari mulut beliau semasa beliau membentangkan kertas kerjanya. Ketika malam selepas habis program, saya sempat berbual dengan salah seorang peserta yang saya maksudkan sekular tadi. Tidak banyak kami bualkan tetapi sedikit sebanyak melalui latar belakangnya yang diceritakan kepada saya, ada kesimpulan yang mungkin boleh saya simpulkan (tetapi bukan disini).
Pesanan saya kepada diri saya dan sahabat-sahabat, kita mesti mempersiapkan diri untuk bertemu dengan muslim sebegini. Setakat Alquran yang menjadi hafalan dalam diri kita tidak mencukupi untuk berhadapan dengan mereka. Apa yang lebih penting adalah pemahaman kita tentang isi kandungan Alquran secara jelas, bukan main ambil secara literal sahaja. Di antara dua pengalaman ini, seharusnya menjadikan fikiran saya lebih dinamik dan terbuka.moga-moga.
Adakalanya kita perlu bersetuju untuk berbeza.
Wallahua’lam.
2 comments:
assalamualaikum
I had a conversation with a person. dia ada fikrah islami insyaAllah tp dia hanya sempat join 1 acara sahaja iaitu leadership di chicago.
beliau menyatakan rasa hampa apabila di kursus tersebut nampaknya terbahagi kpd 3 bahagian. 1 yg berfikrah 'sekular' yg sgt outspoken, 1 y berfikrah biasa dan 1 lg berfikrah islami ttp mundur dan takut utk kehadapan dari org lain.
lalu beliau menegur seharusnya kita yg ikut usrah ni la masanya utk tunjuk islam boleh memimpin ummah kpd yg lebih baik..ttp itu tidak terjadi di sana.
apa komen saudara?
Terkena batang hidung.apa yang dia cakap itu benar belaka..:)
Post a Comment