Salam buat semua sahabat-sahabat. Ilmu adalah cahaya Allah dan cahaya Allah tidak menembusi hati yang gelap bermaksiat kepada Allah.
Amma ba’d.
Dulu waktu di tingkatan satu dan dua, saya dibenarkan untuk pulang ke rumah 2 minggu sekali. Biasalah, anak bujang balik dari asrama apalagi kalau bukan baju yang tak berbasuh dan busuk itu. Memang emak selalu kata:
“Bang ngah, baju zaman tok nadoq mana bawak balik ni. Dok sana tak bajuh baju ka?”
Memang waktu tu, saya basuh baju seminggu sekali. Jadi, balik rumah memang emak la basuh baju, sidai baju dan ironkan untuk saya (anak emak.hehe). Dalam kalangan orang utara, zaman tok nadoq merujuk kepada sesuatu yang sangat lama, kolot, dan tidak diguna pakai lagi sekarang.
Saya hairan, dalam zaman kita hidup bak kata orang maklumat di hujung jari, masih ada yang pemikirannya masih di zaman tok nadoq. Sebelum melangkah lebih lanjut sila lihat gambar di bawah. (klik pada gambar untuk pembesaran).
Zaman mencerca atau memaki orang tanpa hujah yang nyata adalah zaman masyarakat jahiliyyah dahulu. Yang dimaki pula bukan calang-calang orang tetapi ulama’ yang disegani di peringkat nasional dan antarbangsa. Astaghfirullah. Kalau nak memaki Tuan Guru Nik Aziz sekalipun biarlah setaraf dengan dia; pergi merantau belajar di India dan Mesir bertahun-tahun dahulu. Mencerca ulama’ sebegitu rupa hanya menampakkan kebodohan diri sendiri. Sebab apa? Sebab memaki tanpa membawa hujah yang nyata. Kalau si pencerca ini mampu membawa hujah, sebagai contoh si fulan bin si fulan bodoh sebab menentang hukum Allah, si fulanah binti si fulanah jahil sebab tak menutup aurat , tidak mengapalah walaupun bahasanya memang melambangkan orang yang tidak bertamadun. Ini tidak dia memaki sedemikian rupa tanpa memberi hujah kenapa Tuan Guru Nik Aziz layak dimaki sedemikian rupa.
Inilah orang yang jahil dan pendek akal. Di zaman kita hidup semuanya perlukan kepada reasoning, masih ada yang hidup seolah-olah tiada akses internet. Saya yakin ini hanyalah satu bukti orang yang jenis mencerca ulama dan diluar sana terdapat ramai lagi orang yang sejenis dengan si pencerca ini. kesimpulan yang dapat saya buat adalah, ini menunjukkan sistem pendidikan sedia ada di negara kita GAGAL. Gagal mendidik masyarakat dan rakyat menjadi insan berakhlak, beradab dan berintelektual tinggi. Golongan yang suka mencerca orang ini sebenarnya berpemikiran rendah kerana mereka seolah-olah tidak mendapat maklumat; siapa benar siapa batil, siapa ikut perintah tuhan siapa ikut perintah syaitan.
“Sesungguhnya termasuk tanda-tanda datangnya hari kiamat adalah direndahkan para ulama’ dan diangkatnya orang jahat” (maksud hadith)
Kepada sahabat-sahabat yang saya kasihi, kita hidup di satu zaman yang ilmu maklumat sangat mudah untuk diperolehi. Janganlah jadi bodoh seperti lembu, kehidupannya yang setiap hari hanya patuh arahan tuannya membuat kerja ladang atau mengeluarkan susu. Kenali siapa yang ingin menegakkan hukum tuhan siapa menolak hukum tuhan, yang mana Islam yang mana sekular, kepimpinan mana bersih kepimpinan mana rasuah. Politik kita adalah politik idea, bukan politik selak kain orang. Politik kita adalah siayasah syari’yah, bukan politik sekularisme. Politik kita adalah politik mendidik jiwa insan menjadi hamba Allah,bukan politik hedonisme yang meluluskan kilang arak dan kedai judi.
Jadilah orang yang bijak, kenali mana intan mana kaca. Ini bukan lagi politik zaman tok nadoq yang orang bercakap tanpa ilmu pengetahuan...