Wednesday, July 6, 2011

Aku Berserah...


Salam buat semua sahabat yang senantiasa dirindui. Semoga ukhuwwah kita berkekalan hingga ke syurga.

Amma ba’d.

Alhamdulillah selesai sudah Summer Training Camp US 2011 dan selesai juga Chemical Separation lab yang memeritkan. Kelas Chemical Separation selama lima minggu bermula awal bulan Jun lepas juga telah selesai. Setinggi-tinggi kesyukuran dirafaqkan kepada Al Khaliq atas segala kurniaan dan kasih sayangNya.

Entri kali ini ingin membicarakan tentang keindahan tawakkal. Tawakkal bermaksud kita menyerah diri dan segala urusan setelah kita berusaha bersungguh-sungguh. Allah berfirman dalam Alquran:

Maka disebabkan rahmat dari Allah, kamu berlaku lemah lembut terhadap mereka. Sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri dari sekelilingmu. Kerana itu maafkanlah mereka, mohonlah ampun bagi mereka, dan bermusyawarahlah dengan mereka dalam urusan itu. Kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad, maka bertawakkallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertawakkal 
kepada-Nya. (Ali Imran:159)

Dalam kehidupan seharian kita, apa yang kita harapkan semuanya merupakan possibilities (kemungkinan) yang boleh terjadi dan boleh juga tidak jadi. Hanya satu sahaja yang menjadi certainty (kepastian) dalam hidup kita iaitu mati. Mungkin kita telah berusaha untuk mendapat A dalam exam. Kita menelaah pelajaran sehingga pukul 3 pagi, kita beli segala buku-buku rujukan, kita jaga kesihatan dan pemakanan dan kita buat segala latihan. Namun, kita tidak tahu apakah yang bakal terjadi di hari peperiksaan tersebut. Mungkin dalam perjalanan ke dewan peperiksaan kita ditimpa kemalangan, mungkin pada hari tersebut kita terkena demam panas atau mungkin pada hari tersebut kad pelajar kita hilang menyebabkan kita dihalang untuk mengambil peperiksaan. Jadi disinilah keindahan Islam mengajar kita untuk bertawakkal kepada Allah. 

Dengan bertawakkal, kita akan lebih merasai kehambaan kepada Allah. Apabila kita bertawakkal kepada Allah, segala permasalahan yang dihadapi akan menjadi mudah. Berbalik kepada situasi peperiksaan tadi, katakanlah dalam perjalanan ke dewan peperiksaan, tayar kereta kita pancit sedangkan exam akan bermula lagi 10 minit. Tanpa disangka-sangka, tiba-tiba kawan kita yang juga akan mengambil exam yang sama melalui jalan yang sama kita lalui dan ternampak kita. kita pun dibantunya. Subhanallah, kadang-kadang inilah cara Allah ingin menunjukkan kasih sayangNya dan bukti bahawa Dia sentiasa bersama kita dalam apa jua keadaan.

Allah jelas berfirman dalam surah al baqarah ayat 216:

Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. (Al baqarah:216)

Mengenai ayat ini, saya suka bercakap mengenai soal jodoh dan takdir. Kenapa? Kerana ia melibatkan soal hati. Hati manusia mudah untuk berasa gembira dan mudah juga untuk berasa kecewa. Adakala kita telah berkenan kepada seseorang dan kita telah redha kepada akhlaknya lalu kita berdoa dan berusaha mengenali orang tersebut dengan lebih dekat tetapi apabila diselidiki dia telah bertunang atau menjadi tunangan orang. Apa yang kita rasa? Kecewa? Bagi orang yang bertawakkal kepada Allah dan beriman dengan ayat ini, dia sesekali tidak berasa kecewa dan sentiasa meyakini bahawa ada orang yang Allah sediakan buat dirinya yang  baik buat dirinya, kehidupannya di dunia dan akhirat.

Jadi indahnya hidup jika kita bertawakkal kepada Allah dalam setiap saat kehidupan kita. kita sentiasa tahu bahawa sesungguhnya Allah sentiasa bersama kita dan tidak perlu dikhuatirkan apa-apa lagi. Marilah sama-sama kita berusaha dan bertwakkal kepada Allah dalam apa jua yang kita lakukan agar kita merasai manisnya kehidupan yang kita lalui ini. Saya teringat status FB Abdul Wahid Munif:

“You don't know what the future holds for you but you know who holds it
                                           Picture Courtesy of Google

Sedikit Catatan STC

Malam terakhir saya di Summer Training Camp di Hickory Run State Park, Pennsylvania, kami mengadakan circle di lodge 2 yang sangat gelap gelita di dalam hutan. Subhanallah,satu ketenangan dirasakan mendengar bunyi cengkerik dan ditemani bintang-bintang yang kelihatan di celah rimbunan pokok-pokok. Ikhwan menyampaikan tazkirah semasa circle itu dengan sangat menyentuh jiwa. Kata beliau dalam masa 10 saat apa yang boleh kita fikirkan. Kemudian setelah 10 saat berlalu, beliau berkata sebenarnya dalam setiap saat, beribu-ribu malahan puluhan ribu nyawa diambil Allah dan setiap saat ada sahaja jasad-jasad yang dicampak kedalam neraka Allah. Adakah kita berasa selamat daripada neraka Allah sedangkan masih ramai jiwa-jiwa yang leka dengan kehidupan duniawi? Adakah kita merasakan kita telah menjalankan dakwah sedangkan masih ramai jiwa-jiwa di luar sana tenggelam dengan dunia materialisma? Satu tamparan hebat buat diri saya. Alhamdulillah, hati dan jiwa saya dibasahi setelah bertemu ikhwah-ikhwah dari serata US ini. ini juga merupakan nikmat Allah yang besar buat saya.mudah-mudahan ukhuwwah yang terjalin ini berkekalan ke syurga.

Wallahua’lam
                                            dalam lodge

2 comments:

Unknown said...

“You don't know what the future holds for you but you know who holds it”

I like the quotes..^_^

Bukan sekadar pasrah, tapi redha dan yakin dengan ketentuan Allah kerana hanya Dia yang Merancang & Menentukan segalanya....

Mohamad Nazrul Fazli bin Abdul Mutalib said...

yup, exactly sis. we just layover in this temporary world. we dont know, when we'll be called back. the most important thing, stay in His guidance by following all His commands..:)