Salam buat semua sahabat, bersempena Ramadhan yang bakal menjelma lebih kurang seminggu lagi marilah kita sama-sama mempertingkatkan amal. Mudah-mudahan Ramadhan tahun 1432 H membawa pengertian yang amat besar dalam hidup kita.
Amma ba’d.
“ Assalamualaykum..I have lost my job and I have 4 children. Please donate to me some money because I have to pay my rent..”
Apa perasaan kita apabila membaca statement ini? hari ini, selepas solat jumaat, saya keluar dari Islamic center of Rochester (masjid) dan saya ternampak seorang lelaki memegang kertas besar tertulis perkataan ini yang menutup mukanya di tengah panas terik sambil anaknya di sebelahnya memegang bekas kertas untuk orang yang ingin mendermakan wang mereka kepada lelaki malang ini.
Allahu akbar, saya rasa sebak. Saya mengeluarkan dompet dan sekali lagi malang tiada cash dalam dompet saya. Memang menjadikan kebiasaan pelajar di Amerika ini hanya swipe card untuk berbelanja. Jadi, sedikit atau jarang cash sentiasa dalam dompet. Sedihnya hati kerana tidak dapat membantu saudara seislam yang amat memerlukan bantuan. Saya yakin dia terpaksa berbuat demikian kerana kesempitan yang amat sangat. Masakan dia menutup mukanya andai dia tidak malu.
Sepanjang perjalanan pulang ke rumah, saya hanya mendiamkan diri dan tidak bersuara walaupun sepatah kerana memikirkan nasib yang menimpa lelaki ini. Doa saya, agar Allah mengurniakan dia kerja yang lagi bagus daripada sebelumnya dan dia dapat membayar sewa rumahnya.
picture courtesy of i luv islam
Allah ingin menunjukkan satu pelajaran yang berguna kepada saya pada hari jumaat ini. Allah ingin menyuruh supaya saya bersyukur kepadaNya kerana nasib saya jauh lebih baik daripada lelaki ini. Di saat saya mempunyai kelengkapan untuk hidup, namun di luar sana walaupun Amerika sebuah negara maju tetapi masih ada yang hidup melarat.
Rasulullah SAW bersabda : "Pandanglah orang yang di bawah kamu dan janganlah memandang kepada yang di atasmu, kerana itu akan lebih layak bagimu untuk tidak menghina kenikmatan Allah untukmu."(HR.Muslim)
Hadith ini mengajar kita supaya bersyukur dengan apa yang kita dapat dan miliki. Janganlah menjadi haloba kepada dunia yang fana. Ayuhlah wahai sahabat sekalian kita syukuri dengan nikmat yang Allah kurniakan kepada kita.
Di saat tidur kita di katil empuk,
ada orang tidurnya beralaskan kaki lima
ada orang tidurnya beralaskan kaki lima
Di saat makan kita enak belaka,
ada orang makannya mengharap belas ihsan
ada orang makannya mengharap belas ihsan
Di saat kita bersuka bersama teman-teman,
ada orang gundah gulana memikirkan nasibnya
ada orang gundah gulana memikirkan nasibnya
Jadilah kita golongan yang mensyukuri nikmat Allah.
P/S: Selepas ini, kalau nak keluar pastikan ada cash dalam dompet.
No comments:
Post a Comment