Thursday, May 12, 2011

Anda Tentukan..

Salam buat semua sahabat-sahabat. Saya mengambil kesempatan mendoakan buat semua rakan-rakan yang akan menduduki peperiksaan akhir agar berjaya menjawab soalan dengan cemerlang.
Amma ba’d.

Ada dua berita yang merunsingkan fikiran saya  

1)      Di Berita Harian
2)      Di Harian Metro

Jadi, sahabat-sahabat boleh klik pada link kedua-dua berita tersebut. Membaca berita tersebut membuatkan saya tidak keruan. Mana tidaknya, ia merupakan indikator di mana keadaan di Malaysia tidak lagi selamat. Saya teringat kata-kata Dr Maza di FB beliau:

‎"..harga gula naik, barang-barang lain akan turut naik..tahniah kepada kerajaan kerana terus memotong hak rakyat..takziah rakyat kerana menjadi mangsa..istana baru berbillion..peruntukan menteri dan isteri terus tinggi..belanja sesuka hati dengan janji politik itu dan ini..tidak cukup rampas subsidi kami..”(Dr.MAZA.com)

Apa yang ingin saya kaitkan adalah, soal kepimpinan sangat penting dalam sesebuah negara. Mari kita renungkan dalam seerah nubuwwah. Semasa kewafatan Nabi Muhammad SAW, yang terlibat menguruskan jenazah nabi hanyalah seorang iaitu Saidina Ali Karamallahu wajhah. Dimana Saidina Abu Bakar ketika itu? dimana Saidina Umar Alkhattab masa itu? Kemana menghilangnya Saidina Usman bin Affan? Sedangkan mereka semua sahabat yang paling rapat dengan Nabi Muhammad SAW semasa hayat baginda. Mereka semua ketika itu sedang bermesyuarat untuk melantik khalifah bagi mengganti Nabi bagi menerajui hal ehwal umat Islam. Urusan Ummat Islam bukan urusan yang mudah.

Berbalik kepada berita yang telah kita bacakan, kita dapat melihat bahawa kepimpinan yang caca merba akan melahirkan masyarakat yang pincang. Kepimpinan yang sibuk dengan mengkayakan kroni sehingga masyarakat tidak dididik dengan didikan agama yang sepatutnya, apakah alasan pemimpin sebegini di depan Allah? Masyarakat menjadi semakin haru biru. Alhamdulillah, dengan sedikit pengetahuan agama yang Allah kurniakan buat saya, saya pasti memilih isteri yang solehah untuk dijadikan penguat diri dan pendamping hidup tetapi bagaimana dengan mereka-mereka yang tercicir pendidikan agama? 

Pemimpinlah sepatutnya yang mendidik mereka. Hendak diharapkan ustaz, kuasa apa sangat yang mereka ada kalau hendak memberi ceramah pun perlukan tauliah yang perlu melalui pelbagai karenah birokrasi bagi mendapatkan tauliah tersebut. Pemimpin yang diberi kuasa, mampu menggunakan media, boleh bergerak ke sana sini dengan pemandu sepatutnya memainkan peranan yang sangat penting ini. untuk selebihnya, saya serahkan kepada sahabat sekalian untuk menilai dan menentukan pemimpin mana yang layak dipilih untuk memimpin. Secara personal, kalaupun rumah tangga saya kelak bahagia dengan dikurniakan isteri solehah dan anak-anak yang baik tetapi bahagiakah jika akhlak masyarakat disekeliling persis makhluk-makhluk di hutan?


Subhanallah. Sungguh hebat kepimpinan Khulafa' Arrasyidin.


"Dan orang orang yang berkata: "Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (qurrata aini) kami, dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa." (Al Furqaan:74)

1 comment:

siputsedut said...

i get goosebumps when i read this..