Wednesday, February 23, 2011

SenaSib DenGan SiaPa...

Assalamualaikum buat semua sahabat yang saya kasihi. Moga kita selamat di dalam rahmat dan inayah Nya.
Amma ba’d

Ada dua kisah yang saya rasa menarik untuk dikongsi bersama. Ia berkisar tentang kehidupan para Sahabat Rasulullah SAW sekitar 1500 tahun yang lalu tetapi ibrahnya sangat bermanfaat untuk kita pada hari ini.

Kisah Salman Al Farisi Radhiallahu An’hu

Siapa tidak kenal dengan Salman Alfarisi, pemuda Parsi yang memeluk agama Islam setelah melihat kebenaran risalah yang dibawa Nabi Muhammad SAW. Salman al Farisi juga merupakan seorang yang bertanggungjawab membawa kemenangan kepada umat Islam dalam perang Khandak (perang parit). Beliaulah yang mencadangkan agar tentera Islam menggali parit di sekeliling Madinatul Munawwarah agar pihak musuh tidak berjaya mencerobohi kota Madinah. Kisah yang ingin saya bawakan kepada sahabat sekalian adalah kisah cinta beliau. Diceritakan bahawa Salman al Farisi telah jatuh hati kepada seorang gadis solehah di Madinah lalu memanjangkan hasratnya kepada saudaranya yang soleh(melalui persaudaraan muhajirin-ansar) yakni Abu Darda’. Lalu Abu Darda’ dengan senang hati bergegas ke rumah gadis solehah tersebut dengan niat menyunting kuntuman bunga yang sedang mekar tak disentuh dek mana-mana kumbang buat saudaranya, Salman al Farisi. Manakan mungkin kuntuman mawar yang memelihara dirinya itu membiarkan dirinya disentuh dengan mudah oleh kumbang durjana.  

Apabila disampaikan lamaran itu kepada wali gadis tersebut oleh Abu Darda’, maka berdebarlah hati Salman al Farisi menantikan jawapan dari si gadis yang duduk di sebalik tabir. Telah berkata wali gadis tersebut bahawa, hal itu selayaknya dijawab tuan empunya badan. Selepas mendapat jawapan dari gadis solehah tersebut, bertambah berdebarlah Salman Al Farisi untuk mendengar keputusannya. Ternyata, Salman Al Farisi bertepuk sebelah tangan dan perasaan cintanya itu hanya bersifat satu arah. Rupanya-rupanya, gadis solehah tersebut berkenan bersuamikan si pelamar, Abu Darda’. Tetapi haruslah difahami, bahawa Salman Al Farisi adalah sahabat Rasululullah SAW  yang agung, beliau hanya pasrah dan redha dengan ketentuan taqdir. Beliau langsung tidak merungut malah jauh sekali menyalahkan taqdir. Inilah tahap iman para sahabat. Subhanallah

Kisah Saidina Ali Karamallahuwajhah

Sekarang mari kita hayati kisah Saidina Ali. Siapa tidak kenal Saidina Ali yang merupakan seorang yang Allah muliakan wajahnya kerana tidak pernah menyembah berhala. Beliau juga merupakan salah seorang sahabat yang dijamin syurga dan merupakan seorang yang sangat bijak. Rasulullah sangat mengenali saidina Ali kerana Rasulullah SAW dipelihara oleh bapa saidina Ali sewaktu kecil yakni Abu Talib. Kisah Saidina Ali kali ini juga tentang kisah cinta beliau kepada Fatimah Azzahra binti Rasulullah. Siapakah Fatimah binti Rasulullah ini? Beliau bukan sahaja memiliki paras rupa yang jelita tetapi mempunyai akhlak yang sangat mempesona hasil didikan sang ayah, pembawa risalatul haq dari Rabbul A’lamin. 

Saidatina Fatimah dan Saidina Ali merupakan teman akrab sejak kecil. Mana mungkin tidak timbul bibit cinta diantara mereka. Mereka telah mengenali hati budi masing-masing sejak kecil, mana mungkin hati tidak terpaut. Apabila Saidina Ali sampai umur matang, umur yang membolehkan beliau memikul tanggungjawab sebagai seorang suami dan ayah, maka makin membuaklah cintanya kepada Saidatina Fatimah bagaikan mengalirnya air sungai yang deras tanpa mampu disekat lagi. Akan tetapi beliau sedar dirinya miskin tidak berharta. Apakah Rasulullah SAW akan memandangnya jika beliau menyatakan hasrat ingin memperisterikan gadis solehah Rasulullah SAW? perasaan cinta dan malu sering bertembung dalam dirinya. Saban hari beliau melihat orang-orang kenamaan seperti Saidina Abu Bakar Assidiq RA, dan  Saidina Umar Alkhattab datang melamar sang puteri solehah namun kedua-duanya ditolak dengan baik oleh Nabi Muhammad SAW. Saidina Ali menjadi semakin bingung. Menantu yang bagaimanakah yang diinginkan Rasulullah SAW? Adakah yang seperti Saidina Usman bin Affan, saudagar kaya yang telah menikahi puteri Rasulullah SAW yang lain, Siti Ruqayyah atau seperti  Abul A’sh ibnu Rabi’ah ,saudagar kaya Quraisy yang menikahi saidatina Zainab, puteri Rasulullah SAW yang lain. Antara harapan dan bimbang bergelojak di jiwa beliau. Masih ada harapan memiliki Saidatina Fatimah lantaran lamaran Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar ditolak. 

Namun kebimbangan melanda diri memikirkan diri tidak standing Saidina Usman dan Abul A’sh, menantu Rasulullah SAW yang lain.  Namun saudara-saudara Saidina Ali dari kalangan Ansar menyarankan agar mengapa tidak beliau sahaja yang memberanikan diri menyunting kuntuman mawar indah dan harum itu.  Kata saidina Ali kepada yang berkata itu “aku hanyalah pemuda miskin yang tidak berharta, apakah aku dipandang oleh Raslulullah SAW?”. “jangan risau saudaraku, kami di belakang kamu”. Berbekalkan semangat dan keberanian, beliau menuju ke rumah Nabi Muhammad SAW dengan harapan mawar mewangi itu dapat beliau miliki. Setelah menyatakan hasratnya, ternyata cinta beliau berbalas dan Saidina Ali tidak bertepuk sebelah tangan. Rasulullah SAW menerima lamaran Saidina Ali. Subhanallah

Ibrah Kisah Cinta Ini

Demikianlah dua kisah cinta insan-insan soleh yang mencintai gadis solehah dambaan hati. Namun cinta yang seorang itu berbalas dan cinta yang seorang lagi hampa tanpa bicara. Kenapa saya buat post ini? Minggu lepas ada seorang sahabat yang sedang belajar di..(dirahsiakan) buzz saya di skype.

“yun, down giler doh”
“nape weyh”

Sunyi  tidak berbalas namun selang dua tiga hari sahabat yang sama menyapa lagi di skype. Kali ini moodnya happy.

“Kenape down hari tu.cite la.tak kan dengan aku pun nak berahsia.commonla”
“haha.tak de pape la.”
“ala,cite la”
“hurm, macam ni, aku baru tengok filem ketika cinta bertasbih (KCB).pergh!!best gile kalau dapat jadi macam Khairul Azzam tuh. Erm, aku ade minat kat seorang muslimat ini tapi..”
“tapi ape?”
“tapi..hurm,ade sorang mamat ni asyik kacau je.asal aku minat, ade je die”
“ooo.ingatkan pasal exam ke ape ke………….”

Jadi, saya faham perasaan yang berlegar-legar di minda sahabat-sahabat saya sebab kita sama level. Saya mesti mengakui bahawa kalau kita tidak dapat seseorang yang kita berkenan memang frust nya hanya Allah yang maha mengetahui kerana soal hati dan perasaan bukan persoalan kecil. Jadi, sedikit perkongsian daripada saya, jika kita berkenan kepada seseorang setelah kita redha kepada agama, akhlak dan budi pekertinya, maka berdoalah kepada Allah agar Allah membukakan hatinya untuk kita. Perbaikilah segala kekurangan diri dan tanamlah cita-cita untuk menjadi suaminya yang soleh yang dapat membimbing dia dan anak-anak menuju syurga ilahi. Mudah-mudahan Allah memperkenankan doa kita. Senasib dengan siapakah kita? Dengan saidina Ali yang cintanya berbalas atau Salman al Farisi yang hanya bertepuk sebelah tangan..

Wallahua’lam.

Saturday, February 19, 2011

I am NoT afRaid to StanD AloNe..




I am not afraid to stand alone
I am not afraid to stand alone
If Allah is by my side
I am not afraid to stand alone
Everything is gonna be alright
I am not afraid to stand alone
Going keep my head up high

I am not afraid to stand alone
If Allah is by my side
Everything is going be alright
Going to keep my head up high

Single mother raising her children
And Now she's a Muslim
Started praying and wearing a headscarf
It Was a healing for her heart

Struggling with no one to lean on
But with prayer she would be strong
Had a job but then she was laid off
Got a better education and it paid off

She was called for a job that she dreamed of
Close by, great pay -she was in love --
They brought her in -- told her shes the 1 pick
You got the job, but you gotta lose the outfit"

It's a tough position that you put me in
Cause look at my condition, and my two children
But I'll continue looking for a job again
Cause my faith and my religion I will never bend

I am not afraid to stand alone
I am not afraid to stand alone
If Allah is by my side
I am not afraid to stand alone
Everything is gonna be alright
I am not afraid to stand alone
Going keep my head up high

I am not afraid to stand alone
If Allah is by my side
Everything is going be alright
Going to keep my head up high

Peer pressure, they were insisting
And I was resisting
Some days.... I felt I would give in
Just wanted to fit in

I know.....when I'm praying and fasting'
They be teasing and laughing
So I called to my Lord for the power
For the strength every day, every hour...

one day there's a new Muslim teacher
Single mom and the people respect her
Just seeing.... her strength I get stronger
They can break my will no longer

You don't see me sweatin' when they're jokes cracking
Never see me cussing' with my pants saggin'
I aint never running Yo Im still standing,
sorry I aint jumping on your band wagon, cause...

I am not afraid to stand alone
I am not afraid to stand alone
If Allah is by my side
I am not afraid to stand alone
Everything is gonna be alright
I am not afraid to stand alone
Going keep my head up high

I am not afraid to stand alone
If Allah is by my side
Everything is going be alright
Going to keep my head up high

Now, I'm a tough one, who can bear their blows
The rest play dumb, they don't dare say no
Scared of being shunned, but its clear they know
I aint never gonna run, I aint scared no more....

Man, these sisters be resolute
Never stressed when the rest say they wasn't cute
And the get the respect of the other youth
Come best with the dress yo and thats the truth

These sisters are strong gonna hand it down
So me Im a brotha gotta stand my ground
No fear, Im tough Im the man in town
Peer pressure no more, its my planet now

Others may fall, but Im hold my own
With Allahs help I'll be strong as stone
And I'll be the one to let Al Islam be shown
Cause I am not afraid yo to stand alone

I am not afraid to stand alone
I am not afraid to stand alone
If Allah is by my side
I am not afraid to stand alone
Everything is gonna be alright
I am not afraid to stand alone
Going keep my head up high

I am not afraid to stand alone
If Allah is by my side
Everything is going be alright
Going to keep my head up high

Sunday, February 13, 2011

HaPpY BiRThdaY Ya HabiBi Ya RasUlullaH SAW...

MAULID berasal dari perkataan Arab yang bermakna melahirkan terutamanya merujuk kepada kelahiran bayi.
Namun dalam konteks hari ini ia dirujuk khusus kepada hari keputeraan Nabi Muhammad iaitu pada 12 Rabiulawal setiap tahun.
Sejarah ringkas
Sambutan Maulidur Rasul telah diasaskan oleh kerajaan Fatimiah di Mesir yang meraikannya secara besar-besaran.
Mereka bukan sahaja meraikan hari keputeraan Rasulullah, tetapi juga yang membabitkan ahli keluarga baginda Zainab, Hassan, Hussain.
Walau bagaimanapun, semua perayaan ini telah dihentikan pada tahun 488 H atas perintah Perdana Menteri, al-Afdal Shahindah yang berpegang kuat pada sunnah seperti tercatit di dalam buku Al-Kamel, karangan Ibnu Al-Atheer.
Ia berhenti diraikan sehingga Al-Ma’moon Al-Bataa’ni memegang kuasa kerajaan.
Apabila kerajaan al-Ayubbiyyah merampas kuasa, semua perayaan itu sekali lagi dihentikan.
Namun begitu, masyarakat tetap merayakannya di kalangan keluarga mereka secara tertutup.
Pada Abad ke-7, Putera Muzafar Al-Deen Abi Sa’d Kawakbri Ibn Zein Ed-Deen ‘Ali- Ibn Tabakatikin telah mewartakan perayaan Maulid Nabi di Bandar Irbil.
Muzafar yang merupakan seorang sunni mengambil berat akan perayaan Maulidur Rasul hingga memerintahkan persediaan seperti mendirikan khemah, menghias khemah dan pelbagai lagi dilaksanakan seawal dan sebaik mungkin.
Setiap kali selepas solat Asar, Muzafar akan menyaksikan perayaan itu dalam khemah yang telah didirikan.
Hujah membolehkan Maulidur Rasul
Antara ulama yang menyokong Maulidur Rasul terutamanya Imam Jalaluddin Sayuti dan Sheikh Dr. Yusuf Al Qaradawi.
Imam Jalaluddin Sayuti:
“Ibadat macam itu adalah bidaah hasanah (bidaah baik) yang diberi pahala mengerjakannya kerana dalam amal ibadat itu terdapat suasana membesarkan Nabi, melahirkan kesukaan dan kegembiraan atas lahirnya Nabi Muhammad SAW yang mulia”.
Sheikh Dr. Yusuf al Qaradawi: “Semua telah sedia maklum bahawa sahabat-sahabat Rasulullah tidak merayakan hari kelahiran Rasulullah.
“Ini kerana mereka telah menyaksikan secara langsung setiap gerak-geri Rasulullah dan seterusnya ingatan terhadap Rasulullah itu kekal di dalam hati dan juga ingatan.
“Sa’d bin Abi Waqas mengatakan bahawa beliau begitu ghairah untuk menceritakan mengenai Rasulullah kepada kanak-kanak sama seperti mana keghairahan mereka mendidik anak-anak itu mengenai al-Quran.
“Oleh kerana mereka sering menceritakan sejarah perjuangan Rasulullah, maka tidak perlulah merayakan seperti mana dirayakan Maulid Rasul kini.
“Bagaimanapun, generasi terkemudian telah mula melupakan kegemilangan sejarah Islam dan kesannya.
“Dengan itu, perayaan Maulid Rasul diadakan bertujuan mengingati sejarah Islam ketika Rasulullah masih hidup. Sebenarnya, meraikan hari kelahiran nabi bermakna meraikan hari kelahiran Islam.
“Maka dibolehkan meraikan Maulid nabi ini dengan syarat tidak dicampur-adukkan dengan perkara-perkara bidaah. Tetapi sebaliknya diisi dengan ceramah yang menceritakan akan sejarah Islam”.
Antara dalil bagi yang membolehkan Maulid ini:
1) Allah berfirman yang bermaksud: Maka orang yang beriman kepadanya (Muhammad saw) memuliakannya, menolongnya dan mengikuti cahaya yang terang yang diturunkan kepadanya (al-Quran) mereka itulah yang beruntung. (al-A’raf: 157)
Keterangan: Tujuan maulud adalah untuk memuliakan Nabi Muhammad. Maka perayaan maulud masuk dalam umum ayat tersebut.
2) Firman Allah yang bermaksud: Dan ingatkanlah mereka dengan hari-hari Allah. (Ibrahim: 5)
Keterangan: Al-Baihaqi di dalam Syakbu al-Iman daripada Ubai bin Kaab daripada Nabi SAW, sesungguhnya baginda menafsirkan ‘hari-hari Allah’ adalah hari-hari nikmat dan kurniaan Allah. Al-Alusi dalam Ruh al-Ma’ani menjelaskan lagi dengan katanya “kelahiran Nabi merupakan nikmat yang paling besar”.
3) Bahawasanya Nabi Muhammad datang ke Madinah maka beliau mendapati orang Yahudi berpuasa pada hari Asyura iaitu hari 10 Muharam, maka Nabi bertanya kepada orang yahudi itu: “Kenapa kamu berpuasa pada hari Asyura?” Jawab mereka: “Ini adalah hari peringatan, pada hari itu dikaramkan Firaun dan pada hari itu Musa dibebaskan, kami berpuasa kerana bersyukur kepada Tuhan”.
Maka Nabi berkata: “Kami lebih patut menghormati Musa berbanding kamu”. (riwayat Bukhari dan Muslim)
Ibnu Hajar Al-Asqalani pengarang Syarah Bukhari yang bernama Fathul Bari berkata, bahawa dari hadis itu dapat dipetik hukum: Umat Islam dibolehkan bahkan dianjur memperingati hari-hari bersejarah, hari-hari yang dianggap besar umpamanya hari-hari Maulud, Israk dan Mikraj dan lain-lain.
Nabi pun memperingati hari karamnya Firaun dan bebasnya Musa dengan melakukan puasa asyura sebagai bersyukur atas hapusnya yang batil dan tegaknya yang hak.



P/S: Selamat Hari Lahir buat Shahrine (13/2/2011), Suhaimi (14/2/2011) dan Aiman (15/2/2011)
        Semoga Allah memberkati kalian dan tetap di atas jalan yang disuluhNya..:)

Thursday, February 10, 2011

I Am...

Salam buat sahabat-sahabat. Semoga semuanya sihat dan dinaungi rahmat dan redha Allah.
Amma ba’d.

Revolusi yang tercetus di Tunisia mencapai kemuncaknya di Mesir . Namun, ‘revolusi’ dalam kalangan pelajar Malaysia di US bermula di CSM dan kita tidak tahu di manakah kemuncaknya. Seperti kebanyakan sedia maklum, lebih kurang sebulan yang lalu seorang sahabat telah membina baitul muslim di bumi  Amerika ini. Sejak selepas tersebar gambar perkahwinan tersebut, ramailah kawan-kawan saya mula bercakap soal kahwin. Soalan yang paling famous kepada saya sekarang ialah “Yun, ko bile nak kawen?” jawapan paling famous saya pula ialah “insha Allah, bila tiba masanya.”

Sebenarnya tajuk post ini ialah IM tapi sengaja saya jadikan ia “I am” kerana di pengakhiran coretan ini saya akan gunakan perkataan “I am” ini. Bercakap mengenai revolusi di Mesir, IM merupakan entity yang sering disebut-sebut iaitu, Ikhwanul Muslimun namun berbicara mengenai ‘revolusi’ di US ini, IM ini juga ingin saya tuliskan tentangnya. Apakah IM ini? IM merupakan singkatan bagi individu muslim. Sebelum kita melangkah ke baitul muslim, ada baiknya kita bercakap mengenai soal insividu muslim.

Kadang-kadang kita berbincang soal kahwin, tetapi kebanyakan kita hanya nampak ‘selapis’. Maksud saya disini ialah mereka hanya melihat perkahwinan itu indah, isteri disisi, mengikut sunnah Nabi Muhammad SAW, dan segalanya baik-baik belaka. Namun, lupakah kita bahawa perkahwinan ini disusuli dengan tanggungjawab yang tidak ringan. Atas sebab ini, sebelum melangkah ke gerbang alam berumah tangga haruslah kita membentuk diri kita menjadi individu muslim yang baik, yang benar-benar memahami tuntutan-tuntutan addin agar baitul muslim yang dibina dapat dikemudi dengan baik.

Bagi saya, untuk membina individu muslim, kita harus membuat ‘checklist’ 10 muwassafat tarbiyah yang digariskan oleh Syed Imam Hassan Al Banna.

1)      Salimul Aqidah (Aqidah Yang Sejahtera)

Kita selaku seorang muslim harus mengaku keesaan Allah, kebenaran Islam, dan kerasulan Nabi Muhammad SAW. Cukuplah Allah sebagai tempat bergantung serta kepadaNya kita akan dikembalikan. Yakinilah Islam membawa kebaikan serta sunnah nabi merupakan gaya hidup unggul dan cemerlang.

2)      Matinul Khuluk (Akhlak Yang Mantap)

Akhlak yang mantap adalah akhlak yang meneladani Al Quran dan As Sunnah. Segala perintah Allah wajib dituruti dan Semua larangan Allah mesti dijauhi. Kita juga hendaklah banyak bergaul dengan orang-orang soleh serta meminta nasihat daripada mereka. Haruslah kita jauhi hasad dengki, tamak haloba, sebaliknya usahalah agar kita menjadi tawadhuk, qanaah, berlemah lembut, pengasih dan pemurah.

3)      Sahihul Ibadah (Ibadah Yang Sahih)

Dalam hal ini, kita mesti memastikan segala amalan kita sahih bersandarkan dalil Alquran dan Assunah. Amalan yang kita lakukan tidak boleh dibuat secara taqlid aqma (taklid buta).

4)      Qawwiyal Jismi (Kuat Tubuh Badan)

Seorang muslim harus kuat tubuh badan kerana tugas kita untuk menyebarkan dakwah islamiah bukannya ringan. Ia memerlukan tenaga untuk bersengkang mata di malam hari, harus turun membantu masyarakat di seluruh dunia ketika bencana menimpa sperti gempa bumi, tsunami, peperangan dan sebagainya. Rasulullah SAW bersabda “Mukmin yang kuat itu lebih baik dan lebih dikasihi Allah dari mukmin yang lemah, tetapi pada keduanya ada kebaikan.”

5)      Mutsaqaffal Fikri ( Berpengetahuan Luas)

Selaku muslim kita harus banyak membaca baik surat khabar, majalah, buku-buku ilmiah, buku akademik, novel-novel dan risalah-risalah. Selain itu, kita juga harus memahami sejarah dunia, seerah nabawiyyah dengan jelas serta sejarah bangsa-bangsa di dunia. Bagi memahami seerah nabawiyyah secara terperinci, saya menyarankan agar sahabat-sahabar sekalian membaca buku Fiqh Assirah karya Sheikh Syed Ramadhan Albuty. Kita harus menguasai segala maklumat terkini agar kita tidak menjadi yang terkebelakang.

Sheikh Ramadhan Albuty
6)      Mujahadah A’la Nafsi (Mujahadah Melawan Nafsu)

Nafsu disini bermaksud nafsu ammarah bis su’ yakni nafsu yang sentiasa menghasut kea rah kejahatan. Segala bisikan melakukan kemungkaran harus dilawan, segala bisikan untuk riya’, sum’ah, ujub, takabbur dan sifat-sifat mazmumah yang lain harus kita ingat bahawa kita manusia yang lemah dan segala yang kita miliki adalah hak Allah. Segala rasa malas, rasa dengki, rasa marah harus dibentengi dengan iman dan taqwa.

7)      Qadiran A’la Kasbi ( Mampu Berdikari)

Berdikari ialah berdiri di atas kaki sendiri bermaksud jangan kita sentiasa mengharapkan bantuan orang lain dalam urusan hidup kita. Sebagai contoh, kita sering menyuruh orang lain ambil itu, ambil ini untuk kita, buat itu dan ini untuk kita, tetapi tidak pula memberi penghargaan atas usaha orang tersebut (sekurang-kurangnya mengucapkan terima kasih). Perangai buruk ini mesti kita hindari. Diceritakan Rasullulah SAW menjahit bajunya sendiri, memikul barang dari pasar sendiri, memerah susu unta sendiri dan memasak untuk isteri baginda. Subhannallah, sungguh indah akhlakmu wahai nabiku.

8)      Nafi’un Li Ghairihi (Bermanfaat Untuk Orang Lain)

Rasulullah SAW bersabda “Sebaik-baik manusia ialah manusia yang memberi manfaat kepada orang lain.” Melalui hadith ini, kita maklumi bahawa orang yang memberi manfaat kepada orang lain diiktiraf Rasulullah SAW sebagai sebaik-baik orang. Andai tidak mampu memberi manfaat dari segi material, sumbanglah tenaga dan fikiran. Andai tidak mampu juga, sumbanglah masa kita. Insha Allah, Allah tidak pernah memandang remeh kebajikan walaupun  sebesar zarah.

9)      Munazzamun Fi Syu’unihi (Tersusun Dalam Urusan Hidup)

Kita harus menyusun kerja seharian kita dengan teliti. Dalam hal ini, fiqh awlawiyyat memainkan peranan yang sangat penting. Saya ingin menyarankan supaya sahabat sekalian membaca buku Fiqh Awlawiyyat karangan Sheikh Dr Yusof Al Qaradawi. Kita mesti mengutamakan yang terutama demi memenuhi maslahat-maslahat tertentu dalam hidup kita. Sebagai contoh, ketika perut sangat lapar dan waktu dhuhur telah pun masuk. Perut hak kita manakala solat hak Allah tetapi dek kerana khuatir tidak khusyuk dalam solat, haruslah kita makan dahulu. Inilah yang dikatakan awlawiyyat atau keutamaan.

10)   Haarithun A’la Waqtihi (Sangat Menjaga Masa)

Menjaga masa sangat penting dalam kehidupan kita kerana kita hanya diperuntukan 24 jam sahaja dalam hidup kita. Telah berkata Assyahid Imam Hassan Albanna, “Kerja kita lebih banyak daripada masa yang diperuntukkan”. Oleh itu, menjaga masa merupakan elemen penting yang perlu diberi perhatian agar kerja kita yang banyak tidak tertangguh.

Subhanallah, banyak benda yang perlu kita pertimbangkan sebelum membina baitul muslim. Kadang-kadang saya letih melayan kerenah kawan-kawan yang asyik bercakap pasal kahwin ini. Saya sudah dua kali dikatakan sudah berkahwin oleh kawan-kawan saya.  Ada satu mesej di FB saya dapat daripada kawan saya di Mesir, beliau bertanyakan “Yun, dengaq cerita dah kawen.kalau dah kawen habaqla,kita kan kawan.hehe” .  Ada lagi seorang kawan ketika kami pergi satu  roadtrip di Malaysia selepas saya tamat di Intec bertanya “Yun, betul ke ko dah kawen? Budak batch kita kat tempat aku (salah satu pusat persediaan pelajar ke luar Negara) semua dah tahu ko dah kawen”. Masya Allah, letih saya menafikannya. Di mana mereka mendapat berita tersebut, saya pun tidak tahu. Insha Allah apabila tiba masanya nanti, saya akan beritahu kepada sahabat-sahabat sekalian

Kepada rakan-rakan saya, janganlah kaitkan saya dengan kahwin sana kahwin sini lagi, letih saya melayannya. Jalani kehidupan bujang ini dahulu sebelum menerima amanah Allah yang berat itu. Please don’t provoke me with anybody because I Am still single..:)

Zaman Bujang Saya

                                                    Jalan-Jalan di Padang Besar
                                                        Melepak di Kuala Perlis
                                                        Memanjat Bukit Broga dengan Zharif
                                                             Lagi bersama Zharif
                                                           Overnight di Kalumpang, Hulu Selangor
                                                  
Di Gua Kelam bersama Fadhli (pali), Zharif dan Megat

                                                      Kami di Cameron Highlands

                                                       Riang Ria di Bukit Cerakah

                                                               Mandi Time @ Cerakah

Pergh, bestnye zaman bujang ni..dah kawen nanti belum tentu dapat buat macam ni lagi. Ni tak kira keluar malam-malam lepak kedai mamak tengok bola liga juara-juara (Champions League) lagi..huhu

Tuesday, February 8, 2011

KasIh SayAng Ibu MemBawa Ke SyurGa..

Salam buat semua, semoga kita semua dilimpahi rahmat dan kasih sayang Allah
Amma ba’d.

Kasih sayang ibu membawa ke syurga. Itu sahaja yang mampu saya coretkan malam ini. Memang saya selalu ‘stalk’ wall emak saya dan saya sangat terkejut apabila melihat status ini.

Click to enlarge the picture
Kerana tidak mahu saya bimbangkan kesihatan beliau, emak saya merahsiakan perkara ini daripada pengetahuan saya. Sebenarnya perkara inilah yang membimbangkan saya sebelum berangkat ke bumi asing ini.

Kepada emak, angah doakan semoga emak cepat sembuh.

“Ya Allah, hambaMu berdoa kepadaMu agar sembuhkanlah emakku dan peliharalah kesihatannya”
Rasullullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibubapa manakala kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan ibubapa.(maksud hadith)

Dan Allah berfirman:

“maka dia tersenyum dengan tertawa kerana (mendengar) perkataan semut itu. Dan dia berdoa: "Ya Tuhanku berilah aku ilham untuk tetap mensyukuri nikmat Mu yang telah Engkau anugerahkan kepadaku dan kepada dua ibu bapakku dan untuk mengerjakan amal saleh yang Engkau redhai; dan masukkanlah aku dengan rahmat-Mu ke dalam golongan hamba-hamba-Mu yang saleh." (An Naml:19)


P/S: emak saya yang bernama Norhashimah Ahmad itu. Nad Mumtazah itu kawan sekolah rendah saya. Memang emak saya kenal kawan-kawan saya kebanyakkannya.


KhiaNat..

salam, moga kita semua sentiasa mendapat hidayah dan taufik Allah
Amma ba'd.

Pada mulanya saya bercadang untuk menulis sahaja point-point penting ceramah ustaz Shamsuri ini tapi saya khuatir maksud ustaz tidak sampai melalui penulisan ssya. Jadi saya paparkan ceramah yang sangat memberi kesan kepada hati ini supaya dapat diambil pengajaran daripadanya.
Selamat Menonton..:)

















Insha Allah jika kita ada masa untuk menuntut ilmu, keberkatan dalam hidup akan dapat dikecapi. Kalau hendak menceritakan tentang keberkatan memang susah. Benda sedikit terasa banyak, kehidupan yang sibuk terasa lapang, hati dan fikiran tenang, dikasihi orang-orang mukmin dan soleh..
wallahu'alam.

Sunday, February 6, 2011

TahniaH...

Entri ini didedikasikan khas buat sahabat saya Badrul Muneer dan Ungku Syafena yang telah membina baitul muslim di Colorado School of Mines (CSM). Moga tautan hati kalian dipereratkan dengan kurniaan zuriat yang soleh dan solehah serta rahmat Allah. Sekalung tahniah saya ucapkan buat kalian..


                                                                        Mun & Fena
 Barakallahulakuma wabarak a'laikuma wajama'a bainakuma fil khair..:)

credit to Abdul Wahid Munif for this picture.

Wednesday, February 2, 2011

SyurgA YanG MendeRita..

Salam buat semua. Semoga sihat-sihat selalu serta di rahmati Allah.
Amma ba’d

Syurga yang menderita? Paradoks bunyinya bukan? Syurga yang digambarkan dalam al Quran al Karim sungguh indah sebagaimana Allah firmankan dalam surah al waqiah ayat 15 hingga 23:

Mereka duduk di dalam Syurga itu) di atas takhta-takhta kebesaran yang bertatahkan permata. Sambil berbaring di atasnya dengan berhadap-hadapan. Mereka dilayani oleh anak-anak muda lelaki yang tetap kekal (dalam keadaan mudanya), yang sentiasa beredar di sekitar mereka. Dengan membawa piala-piala minuman dan tekoh-tekoh serta piala atau gelas yang berisi arak (yang diambil) dari sungainya yang mengalir. Mereka tidak merasa pening kepala dan tidak pula mabuk dengan sebab menikmatinya. Dan juga (dibawakan kepada mereka) buah-buahan dari jenis-jenis yang mereka pilih, Serta daging burung dari jenis-jenis yang mereka ingini. Dan (mereka dilayani) bidadari-bidadari yang cantik parasnya, Seperti mutiara yang tersimpan dengan sebaik-baiknya”(56:15-23)

Inilah gambaran syurga yang diceritakan Allah buat hamba-hambaNya yang bertaqwa dan beramal soleh. Sebenarnya banyak lagi ayat-ayat yang menceritakan nikmat syurga tetapi surah al waqiah ini dipetik sebagai contoh bagi menggambarkan betapa syurga itu sebuah singgahsana yang terlalu indah dan tidak mampu dibayangkan oleh akal fikiran manusia yang terbatas melainkan setelah berada di dalamnya.

Secara amnya berada dalam kenikmatan itu bolehlah diterjemahkan sebagai berada dalam syurga. Atas sebab ini, pantai-pantai yang indah seperti di Miami, Cancun (Mexico), Bahamas digambarkan sebagai syurga dunia kerana selain cantik bayunya sungguh tenang. Walaubagaimanapun, tanpa berada di tempat-tempat demikian kita mampu berada dalam ‘syurga’ kita tersendiri. Ada yang pergi ke kelab malam, ada yang mengambil ectasy, ada yang menogok arak, ada yang berzina (dosa tersedap bak kata Ustaz Hasrizal) dan ada yang berfoya-foya bersama teman-teman. Syurga sebeginilah yang menderita sebenarnya. 
                                                      Pantai Cancun, Mexico
Ya! Semasa melakukan perkara tersebut memang tidak dapat dinafikan bahawa nikmatnya…pergh!! tidak dapat digambarkan dengan kata-kata melainkan perlu merasanya sendiri. Alhamdulillah saya sendiri tidak pernah merasa untuk duduk dalam ‘syurga’ yang begitu tetapi apabila disoal mereka yang pernah ‘berada’ dalam syurga itu memang mengatakan sangat nikmat.

Mengambil dadah misalannya, tidak perlu menunggu api neraka yang bergejolak untuk membakar mereka yang melakukan demikian tetapi cukuplah implikasi AIDS yang dihidapi penagih dadah. Berzina tidak perlu menunggu disebat 100 kali atau direjam sehingga mati tetapi cukuplah derita bagi mereka yang menghidap syphilis dan Gonorrhea akibat pengamalan seks bebas.

Jadi berada dalam syurga sebegini sungguh menderita sedangkan syurga yang dijanjikan Allah dalam al Quran al Karim bukanlah untuk mereka yang melanggar titah perintahNya. Ayuhlah kita bersama-sama bertaqwa agar kita mendapat syurga yang hakiki dan bukan syurga yang menderita.

Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah sebenar-benar takwa kepada-Nya; dan janganlah sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan beragama Islam. “ (3:102)

Wallahua’lam
P/S: Tajuk ini diambil sempena Thursday Talk yang diadakan di Dewan Seminar Cemara oleh Ustaz Ridha pada 20 Januari 2011 yang lalu. Namun saya tidak pasti sama ada isinya sama ataupun tidak. Ambillah yang jernih dan tapislah yang keruh, mudah-mudahan kita mendapat kebaikan. Insha Allah