Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar! Alhamdulillah,bersyukur kita kepada Allah atas segala nikmat kurniaan Nya. Mudah-mudahan keluarnya kita daripada Kolej Ramadhan dengan mendapat ijazah taqwa.
amma ba’d.
amma ba’d.
Berpuasa itu pada hakikatnya satu iaitu menahan lapar dan dahaga disamping menjaga diri daripada melakukan perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa. Objektif utamanya juga satu iaitu untuk mencapai taqwa sebagaimana firman Allah:
“Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan keatass kamu untuk berpuasa sebagaimana telah diwajibkan kepada orang-orang sebelum kamu.mudah-mudahan kamu BERTAQWA” (2:183)
Setelah sebulan kita berpuasa, apakah kita telah mencapai piawaian (standard) yang dikehendaki Allah? Persoalan ini harus berlegar di minda kita. Hendaklah kita mengenang kesusahan orang-orang yang kurang bernasib baik seperti kita. Mereka adakalanya terpaksa mengikat perut kerana tiada sesuap nasi untuk dijamah, adakalanya mereka terpaksa bekerja berat demi sesuap nasi. Di minda kita juga perlu wujud rasa insaf tatkala kita masih mampu menjamah makanan yang enak-enak sedangkan rakyat Palestin belum tentu nasib mereka. Apakah mereka masih hidup ataupun terkujur kaku selepas berbuka puasa dek kerana serangan kejam tentera Zionis laknatullah.
Sambutlah hari raya 1431H ini dengan penuh kegirangan kerana berjaya melaksanakan perintah Allah, dengan penuh keinsafan mengenangkan saudara mara kita di Nigeria, India, Afghanistan dan di merata tempat lagi yang dibelenggu penjajahan, kebuluran dan kemiskinan. Sambutlah raya ini dengan memohon maaf kepada ayah, ibu, adik-beradik, sanak saudara serta jiran tetangga. Mana mungkin lidah yang tidak bertulang ini tidak mengeluarkan kata-kata yang nista? Mana mungkin hati ini sentiasa jernih dan tidak berdendam? Mana mungkin tangan dan kaki tidak pernah mengkhianati makhluk Allah sekelilingnya? Pohonlah keampunan kepada Allah dan berselawatlah ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW dengan penuh pengharapan agar dapat bersama baginda di hari akhirat kelak.
Akhir kalam teruskanlah dan beristiqamahlah dengan segala amalan soleh yang dikerjakan ketika bulan Ramadhan seperti bertadarus, solat witir, berzikir, bersedekah dan amalan-amalan soleh yang lain. Berdoalah kepada Allah agar kita sentiasa diberi keampunan, rahmat, berkat serta hidup dalam keadaan tenang di dunia dan akhirat. Mudah-mudahan Ramadhan 1432H masih sudi mengunjungi kita di tahun depan.
Saya Mohamad Nazrul Fazli bin Abdul Mutalib dengan penuh rasa kerdil memohon maaf daripada sahabat-sahabat sekalian andai terkasar bahasa, terbuat silap, dan tersilap bicara. Maafkanlah kesalahan saya kerana tidak mampu mengelak daripada melakukan kesilapan dalam hidup.
Sekian
Mohamad Nazrul Fazli bin Abdul Mutalib
Rochester, New York
4 comments:
happy eid mubarak yon.. :)
maaf ek kalau ada salah silap kat mana2..
aku pon sama la.minta maaf banyak2 kalau ada salah n silap...:)
selamat hari raya yun. aku minta maaf kalau ada buat salah dan silap.
haha..x de la aizat..ko org baik2, x de salah pnye..aku patut mnta maaf kat ko..selamat hari raya maaf zahir batin...x lpe jgk..tahniah dan selamat fly ke germany awal tahun depan...:)
Post a Comment