Salam diucapkan sebagai pembuka bicara..Semoga rakan-rakan sentiasa berada dalam keadaan sihat walafiat..
Lebih kurang pukul 12.40 pagi pada 1/12/2009 saya telah ‘deactivate’ akaun facebook saya. Tidak dinafikan facebook merupakan rangkaian sosial (social network) yang sangat popular ketika ini. Melalui facebook kita boleh berkongsi pendapat, boleh bertemu kawan-kawan lama, mengetahui maklumat-maklumat terkini serta pelbagai lagi. Walaupun perkara ini bagus namun bagi diri saya yang sentiasa lalai ini, terdapat beberapa keburukan bagi diri saya..Kebiasaannya pada setiap kali cuti,saya akan membeli buku untuk dibaca bagi mengisi kekosongan waktu..Saya masih ingat pada tahun lepas, saya meminjam sebuah buku, Fiqh Aulawiyyat karangan Al Imam Dr. Syeikh Alqardhawi daripada kawan saya..Buku ini tidak terlalu ‘berat’ dan tidaklah terlalu ‘ringan’..Saya boleh habiskan membacanya dalam masa seminggu..Saya juga ada membeli tiga jilid buku Fiqh Assirah karangan Dr Ramadhan Albuty..buku ini memang ‘berat’ namun saya mampu menghabiskan membacanya dalam masa yang ditetapkan..Berbeza dengan cuti ini, saya ada membeli buku Bahagiakan Hatimu karangan Al Imam ibnu Qayyim Aljauzi yang telah diterjemahkan oleh seorang ustaz. Buku ini sememangnya ‘ringan’ dan amat nipis berbanding buku-buku sebelum ini..namun selepas tiga minggu, saya tidak mampu menghabiskannya kerana terlalu leka dengan facebook. Saya juga ada membeli buku kisah-kisah cinta di dalam al quran karangan Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang berbalut..Sehingga sekarang, plastik yang membaluti buku tersebut tidak lagi dibuka..
Antara sebab lain saya deactivate akaun facebook saya adalah, saya menjadi malas untuk mengemas kini (update) blog walhal blog adalah sumber informatif yang lebih berkesan berbanding facebook..Kita boleh mengupas sesuatu isu sedalam-dalamnya di dalam blog sekaligus setiap perkara yang ingin disampaikan akan lebih difahami.
Matlamat asal saya untuk membuka akaun facebook tercapai iaitu untuk mencari kawan-kawan yang terpisah namun ia dicemari dengan pelbagai gossip liar dan pelbagai kuiz-kuiz lucah yang tidak sepatutnya dijawab...Sebagai contoh, kadang-kadang ada di kalangan kita sengaja memuat naik (upload) gambar-gambar yang mencetuskan gossip seperti gambar seorang lelaki dengan seorang perempuan yang tiada ikatan yang sah berlatarkan taman bunga atau shoppingcomplex. Hal ini membuatkan saya secara tidak langsung terlibat dengan ‘saham’ dosa.
Ada satu hadis Rasulullah SAW yang sahih yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari yang mafhumnya “Daripada kebaikan seseorang individu muslim itu,dia tinggalkan apa yang tidak bermanfaat bagi dirinya”.
Sebenarnya banyak lagi sebab-sebab saya deactivate akaun facebook saya namun saya tidak menulisnya disini atas sebab personal
Apapun kepada rakan-rakan saya yang ingin berfacebook, ia tidak menjadi masalah kerana facebook ini umpama pisau..Jikalau pisau ini digunakan untuk melapah daging korban atau memotong sayur, ianya tidak menjadi masalah tetapi jika pisau ini digunakan bagi mendatangkan mudharat kepada orang lain, maka ia sudah menjadi satu kesalahan..Bagi mereka yang ingin berfacebook bagi keep in touch dengan kawan-kawan,berkongsi pendapat ataupun mahu mempromosi barang-barang yang mereka jual, ia tidak menjadi masalah..Namun, bagi mereka yang menggunakan facebook bagi mencari awek, atau buat sesuatu yang tidak baik...saya memperingatkan supaya memperbetul niat...
Marilah kita berubah kerana Allah menjadi khalifah-Nya yang lebih bertanggungjawab dalam menjalankan amanah yang bakal disoal di mahkamah Rabbul Jalil di padang mahsyar....
Wallahua’lam...