Professor Doktor Yusof al-Qardhawi
Sabda Nabi Muhammad S.A.W "Sesungguhnya Allah tidak menghilangkan ilmu daripada dada manusia,tetapi kehilangan ilmu adalah disebabkan Allah mematikan ulama'.apabila tiada lagi ulama' manusia melantik pemimpin daripada kalangan orang yang jahil.apabila diminta fatwa,mereka mengeluarkan fatwa yang sesat lagi menyesatkan"
(sohih Bukhari)
Ulama' adalah para pewaris nabi yang memiliki sifat-sifat kenabian seperti sabar,zuhud,tawadduk dan pengasih tetapi tidaklah ma'sum(bebas dari sebarang dosa dan ma'siat). Mereka adalah golongan yang Allah muliakan dalam Al-Quranul Karim. Namun hidup mereka tidak pernah lekang daripada ujian Allah yang sangat berat sepereti dituduh mempergunakan nama Islam atas tujuan peribadi, dituduh sesat dan menyeleweng, dipenjara oleh kerajaan yang zalim, malah yang lebih teruk dibunuh seperti yang berlaku kepada As-syaheed Imam Hassan Al Banna.
As-Syaheed imam Hassan Al- Banna
Sebenarnya ulama' yang benar perjuangannya tidak pernah ada sedikit pun kepentingan duniawi dalam hidupnya melainkan ingin kembali mengajak ummah mentaati tuhan Yang Maha Esa dan tidak mempersekutukan-Nya dengan sesuatu pun. Selain itu ulama'-ulama' seluruh dunia berjuang untuk kembali menegakkan syariat Islamiyyah yang telah runtuh akibat serangan pemikiran(ghuzwatul fikr) yang disuntik oleh barat seperti sekularisme,liberalisme,kapitalisme,dan hedonisme.
Selain itu ulama' ini juga tidak pernah gentar untuk menyatakan kebenaran sekalipun mereka tahu mereka akan dihukum contohnya yang berlaku di zaman imam Hanafi. Beliau di suruh mengaku bahawa Al-Quran itu makhluk jika tidak beliau akan disebat. Namun berbekalkan keimanan yang tinggi, beliau dengan tenangnya mempertahankan bahawa Al-Quran adalah Kalamul Qadim,bukannya makhluk dan beliau disebat sebanyak seratus kali sebatan.
Oleh itu marilah wahai pemuda-pemudi harapan agama,bangsa dan negara kita kembali mentajdid pemikiran kita berlandaskan syariat Islam dan membebaskan diri kita daripada ideologi-ideologi ciptaan manusia yang pada hakikatnya membawa kemusnahan.Lihat sahaja kepada negara Amerika yang ekonominya dilanda kegawatan yang amat teruk dalam sejarah dunia moden disebabkan mengamalkan kapitalisme yang menghalalkan riba.
Allahummarhamna bil quran.........
Friday, May 15, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comments:
kunci pemerintahan yang mantap dan berlandaskan syariah adalah apabila pemiminnya terdiri daripada daripada golongan alim ulama yang tinggi kefahamannya dalam ilmu agama...
contohnya pemerintahan zaman Rasulullah dan para sahabat..
pandangan sahaja...kalau ada salah atau khilaf betulkan ye..
buah fikiran dan idea yang sangat bernas.i appreciate your comment
tidak berkata parti itu sudah cukup smpurna
plg kurg sokonglah niatnya
sokonglah parti itu (pas)
hehe
bila nk bwat psai tuk guru?
Matt.actually we are not supporting the party or the organizations, but we are supporting the idea.if the party wants to implement Allah's laws in Malaysia,supposely we must fully support them.got me??tq 4 ur opinion.pasai tok guru nanti la kalau ada masa.la tengah sibuk.aqir
harap maaf:bukan imam hanafi tetapi imam Ahmad ibnu hanbali
Post a Comment