Friday, May 29, 2009

aLahaI BakAL IsTEriku......



Salam Alaik,

Mafhum daripada sabda Rasululullah SAW yang bermaksud” dinikahi wanita itu kerana empat perkara.kerana kecantikannya,hartanya,keturunannya, dan agamanya.maka pilihlah yang beragama supaya kamu tidak menyesal di kemudian hari.”

Tujuan saya menulis kali ini adalah disebabkan melihat keadaan remaja Islam; melayu khususnya mudah sangat terpengaruh dengan budaya luar. Sebelum memulakan tinta bicara ingin sekali saya memohon ampun dan maaf daripada Allah Rabbul Ghafur atas kelalaian serta ingin meminta maaf kepada rakan-rakan sekalian jika terkasar bahasa dan tingkah laku.saya sekeras-kerasnya menafikan bahawa diri ini seorang remaja Islam yang baik; akan tetapi sebagai umat Islam sudah menjadi tanggungjawab saya untuk memperingati diri yang lemah ini serta rakan-rakan yang lain bedasarkan Firman Allah dalam Al-Quranul karim “dan berilah peringatan.sesungguhnya peringatan itu sangat bermanfaat untuk orang yang beriman.”


Berkaitan dengan hadis di atas, sering kali dilihat remaja sekarang begitu bangga membawa anak dara orang tanpa mempunyai hubungan ikatan yang sah atau dalam erti kata lain budaya coupling sudah menjadi adat bagi remaja sekarang.Bagi remaja yang tidak mempunyai pasangan dianggap kolot,jumud,konservatif,outmoded,obsolete,ketinggalan,tidak matang dan banyak lagi.Sejauh mana tepat atau benar kenyataan seperti ini?Akal yang bersih mudah sekali menyangkal kenyataan sedemikian rupa.Persoalannya sekarang,adakah dengan mempunyai pasangan tanpa ikatan yang sah ini dikatakan moden sedangkan budaya coupling ini ditiru bulat-bulat daripada barat tanpa tapisan?Dimanakah jati diri kita sebagai orang asia yang kaya adat dan budaya sopan dengan meniru budaya barat yang kurang sesuai untuk kita amalkan?.kita mesti amalkan adat dan budaya kita untuk melihat generasi masa depan dapat mengetahui asal-usulnya seterusnya dapat menguatkan jati diri kita sebagai umat Islam dan bangsa Malaysia..Adat orang melayu jika ingin menyunting gadis impian dimulakan dengan merisik di rumah si gadis idaman tersebut,disusuli dengan meminang dan disatukan dengan lafaz ijab dan qabul.Bukanlah adat orang melayu,berkenalan dalam masa yang singkat dan terus bercinta selama bertahun-tahun yang adakalanya tidak sampai pun ke jinjang pelamin malahan ada yang terlanjur hingga melahirkan anak yang tidak sah taraf,wana’uzubillahminzalik.Tidakkah mereka telah menganiaya bakal suami atau isteri mereka yang telah di takdirkan Tuhan? Disini juga tidak bermaksud bahawa kita hanya menunggu pasangan hidup kita yang telah ditakdirkan Tuhan tanpa usaha sebaliknya kita sebagai makhluk haruslah berusaha bersungguh mencari yang terbaik dalam hidup kita tapi jangan kita lupa bahawa Allah jua yang menentukan segala yang terbaik untuk kita.Bukanlah semua dari barat tidak boleh ditiru tetapi hendaklah meniru perkara-perkara yang baik sahaja seperti menjaga kebersihan,bertegur sapa,menghormati pandangan orang lain dan sebagainya.

Dalam hadis lain Rasulullah SAW bersabda “daripada kebaikan seseorang individu islam,dia tinggalkan apa yang tidak bermanfaat bagi dirinya”. Dengan bercouple duit banyak dihabiskan untuk top up hand set,masa banyak terbuang untuk berjumpa,tumpuan tidak dapat diberikan dalam kelas kerana asyik teringatkan si dia. Ada yang mengatakan dengan bercouple,dapat dijadikan sumber inspirasi namun kita harus melihat dari sudut pandang yang lain.Saya memerhatikan bahawa kebanyakan orang yang bercouple selalu sahaja bermain dengan perasaan demi menjaga hati kekasih yang tersayang.Apa yang diinspirasikan? Sebenarnya entry kali ini lebih ditujukan kepada kaum hawa kerana sering kali kedapatan di dada-dada akhbar terutamanya metro dan kosmo tentang kes-kes yang melibatkan remaja perempuan yang terlanjur dengan kekasihnya ataupun dirogol teman lelakinya. Saya akui lelaki sekarang kebanyakannya tidak tahu erti tanggungjawab.yang akan menanggung sengsaranya adalah perempuan, Lebih malang lagi jika bercouple dengan rakyat asing sehingga sanggup membelah lautan hindi bagi yang mengikuti teman lelaki Bangladesh ataupun selat Melaka bagi mengikuti pemuda Lombok.Kemudian meminta bantuan rakyat Malaysia kerana tidak tahan dengan keperitan hidup mengikut budaya mereka untuk pulang ke tanah air.

Jadi, saya sendiri pun tidak tahu apakah langkah terbaik dalam usaha membendung atau menghindari diri kita daripada bercouple.Namun, saya ingin mengajak rakan-rakan sekalian berfikir sejenak,apakah tujuan dan matlamat asal kehidupan kita,dari mana dan hendak kemana kita selepas ini,apakah keutamaan ataupun prioriti hidup kita, dan apakah kita sudah bersedia dengan segala ilmu rumah tangga untuk hidup bersama.

Kepada wanita, kamu adalah permata ataupun hiasan duniawi yang tiada tolok bandingnya. Maka peliharalah maruah dan kehormatanmu. Hadis Rasulullah SAW begitu jelas menerangkan ciri-ciri wanita yang layak untukk dikahwini.Di akhir sabda junjungan kita yang mulia,baginda bersabda “pilihlah yang beragama supaya kamu tidak menyesal di kemudian hari”.Beragama di sini bukanlah sekadar namanya sahaja Islam akan tetapi kesluruhannya mestilah Islam.Dari segi tutur katanya,tingkah lakunya,pakaiannya,pengambila makanannya, pengurusan hidupnya,sehinggalah perhiasannya yang semuanya mengikuti acuan Islam.


Saya yang faqir ini memohon maaf sekali lagi andai mengguris hati mana-mana pihak.

Wallahu’alam


Rabbana hablana min azwajina wa zurriyatina min qurrata a'qyun

waja'lna lil muttaqina imaman

3 comments:

THALHAH said...

masyaAllah...bagus2....ini satu peringatan yang baik kepada semua...

skarang ni banyak orang da abaikan kriteria memilih isteri yang dianjurkan Rasulullah yang 4 tu...skarang kriteria baru: keseksian..

nak buat macamana...dah gadis2 di luar sana kebanyakan semakin ghairah meniru cara berpakaian omputeh...maka timbullah kriteria yang ke-4 tuh...

tu cuma satu faktor la...ini cumalah pandangan....kalau ada khilaf tolong betulkan...


sesiapa yang terasa terkena batang hidung tu sabola yek...kepada mana2 individu yang berkenaan yang terbaca entry ini fikir2kanlah sendiri ya...

Nazrul Fazli said...

kepada talhah:terima kasih sebab aku pun lupa nak selitkan bab berpakaian zaman sekarang.aku pernah tengok cerita kat national geography tentang kaum tasaday nun jauh di pedalaman filipina.pakaian yang terdedah sna n sini yang dianggap moden tu lebih kurang je pakaian dengan kaum tasaday kat dalam hutan belantara nu.bezanya cuma yang pada harga dan bahan buat saja.yang lain sama saja.aku rasa diorang ni sedara mara cuma segan nak mengaku asal usul keturunan.hehehehehe

Muhammad Khairulez'ane Bin Ibrahim said...

Thanks a lot my friend, for the info. Keep it up. Syukran....tq