Assalamualaikum saya mulai bicara kali ini mudah-mudahan kita mendapat berkat & rahmat dari-Nya.Baru-baru ini negara kita dukejutkan dengan isu Hudud.Saya rasa tertarik akan isu yang kita hadapi ini.Sesetengah pihak berpendapat isu ini adalah retorik politik semata-mata manakala sesetengah berpendapat isu ini wajar diperhalusi.
Jadi,pandangan peribadi saya mengatakan perkara ini menarik untuk diketengahkan.Bukan saya cuba 'memanaskan ' keadaan yang sedia panas tetapi sebagai seorang Muslim isu ini adalah isu umat Islam seluruh dunia amnya & Malaysia khususnya.
Kita sedia maklum undang-undang Hudud tidak terdapat dalam kitab-kitab melainkan dalam Al-Quran sahaja.Allah berfirman dalam Al-Quran dalam surah Al-Baqarah ayat 229".... itulah aturan-aturan hukum Allah maka janganlah kamu melanggarnya; dan sesiapa Yang melanggar aturan-aturan hukum Allah, maka mereka itulah orang-orang Yang zalim."Hudud yang dimaksudkan di sini adalah hukum hukum yang telah Allah tetapkan dalam Al-Quran.Dalam ayat ini jelas bahawa sesiapa yang melanggar hukum-hukum Allah adalah zalim dan tempat kembalinya adalah neraka.
Di sini kita mempersoalkan tentang keimanan.Adakah kita beriman kepada separuh kitab & kufur kepada separuh yang lain?Adakah kita sembahyang,puasa,zakat tetapi kita kufur dalam bidang perundangan?ingatlah firman Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 85"..... sesudah itu maka Patutkah kamu hanya percaya kepada sebahagian (dari isi) Kitab Taurat dan mengingkari akan sebahagian Yang lain? maka tiadalah balasan bagi orang Yang berbuat demikian itu dari antara kamu, selain dari kehinaan ketika hidup di dunia, dan pada hari kiamat akan ditolak mereka ke Dalam azab seksa Yang amat berat. dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali lalai akan apa Yang kamu lakukan."Dalam ayat ini Allah mengatakan tentang kitab Taurat secara khusus tetapi bagi kita Umat Islam yang beriman dengan Al-Quran dan 3 kitab sebelumnya faham bahawa mengingkari sebahagian daripada kitab ini(Al-Quran) juga tergolong dalam kumpulan yang hina yang Allah maksudkan.
Wahai saudara-saudara yang saya kasihi,sebagai umat Islam marilah sama-sama kita bersatu untuk menegakkan perundangan Islam negara kita.Ketahuilah bahawa Allah mencipta kita & Dia Maha Mengetahui apa yan g terbaik untuk hamba-hamba-Nya.Tidak kira samada pihak memerintah atau pihak yang diperintah,kita haruslah bersatu dan sedar perpecahan sesama Islam hanya mengembirakan pihak musuh kita yang sebenar(yahudi & Nasrani).Ingatlah satu lagi Firman Allah." orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (Wahai Muhammad) sehingga Engkau menurut ugama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah (ugama Islam itulah petunjuk Yang benar.....".<2:120>
Sesungguhnya dari Allah kita datang dan kepada-Nya juga kita akan kembali
Wallahua'lam
2 comments:
salam,,
bgus kupasan isu kamu..
hehe.. aku pon teringin
nk buat isu tu,
tp takut jd isu politik lak nnt..
haha..
ko mmg ar xtakut..
sbb ko timbulkan isu agama..
xsentuh pon isu politik..
haha..
Post a Comment