Thursday, February 21, 2013

Jom Melancong...


Salam kepada sahabat yang dikasihi kerana Allah. Semoga berada dalam rahmat dan kasih sayang Allah.
Amma ba’d.

Esok (February 22, 2013) insha Allah saya dan dua orang lagi sahabat saya akan berangkat ke Turki untuk menghabiskan cuti Spring kami selama seminggu. Setelah hampir tiga tahun, inilah kali pertama saya akan berjalan keluar dari US. Selama ini, setiap kali cuti, hanya jalan-jalan dalam US sahaja. Sudah puas drive mungkin.

Kenapa Turki? Kenapa tidak Jordan,Mesir atau negara-negara timur tengah yang lain? Sebelum ini memang saya berhajat untuk ke Mesir, tetapi saya amat tidak suka dengan persekitaran yang kotor dan dipenuhi sampah. Mengikut kata sahabat-sahabat yang belajar di sana, Mesir negara kotor. Begitu juga dengan Jordan, kata seorang sahabat, Jordan bagaikan tong sampah, rakyatnya buang sampah merata-rata.

Pemilihan Turki sebagai destinasi percutian saya kerana beberapa faktor. Pertama, Turki mempunyai nilai sejarah Islam yang tinggi. Melalui pengamatan bacaan sejarah saya tentang Turki, ia melalui liku-liku kehidupan yang penuh nilai sejarah dan sentimental. Negara yang penuh dengan senibina yang cantik dan unik. Di samping itu, harga barangan di sana murah dan sangat sesuai dengan saya yang masih dalam kategori golongan yang belum lagi bekerja. Tentang masyarakatnya, saya sendiri kurang pasti kerana, ada beberapa sahabat yang pernah transit di Istanbul, kata mereka masyarakat Turki tidak mengikut peraturan terutama warga tuanya. Mereka sesuka hati memotong barisan, dan memandu laju. Ada sahabat yang mengatakan bahawa masyarakatnya sangat bagus dalam melayan tetamu.

Mengikut Ahmad, sahabat Turki saya yang sekarang belajar di Yale University, katanya ada tempat yang betul-betul mengamalkan Islam, ada tempat yang jauh daripada pengamalan Islam.  Apapun, saya mohon  kepada Allah agar mengurniakan hikmah yang besar buat saya bagi pemusafiran kali ini. Untuk permusafiran kali ini, saya akan bawa dua buah buku sebagai peneman di atas flight. The Quest For Meaning tulisan Prof Tariq Ramadan dan juga Fiqh Al Harakah tulisan Tuan Guru Dato Seri Haji Hadi.

Jadi saya memohon maaf atas segala khilaf dan juga kesalahan. Mohon dihalal makan dan minum. Jika saya ada berhutang dengan mana-mana pihak, boleh lah menuntutnya (rasanya tiada). Semoga perjalanan kali ini memberi faedah yang besar kepada saya. Seeru a’la barakatillah

No comments: