Monday, February 18, 2013

I'zzah Kita...


Salam kepada sahabat yang saya kasihi kerana Allah, semoga Allah menganugerahkan kita hidayah dan taufiq dalam kehidupan.
Amma ba’d.

Baru-baru ini saya menziarahi seorang sahabat Turki saya di Buffalo. Dia sekarang sedang mengambil Ph.D di sana. Sesampainya saya di rumahnya, saya sangat kagumi kebersihan rumah serta susun atur perabut dalam rumahnya. Apa yang saya ketahui, sememangnya orang Turki sangat santun dalam melayani tetamu. Memandangkan saya tiba lewat petang, niyazi menghidangkan saya dan dua orang sahabat yang lain the Turki. Sungguh lazat menghirup teh turki yang panas tatkala di luarnya salji sedang turun memutihkan bumi. Pada pandangan saya, orang-orang turki bicara mereka sangat lembut, pembersih dan sangat memuliakan tetamu.

Apabila saya bersembang dengan Imam Ismet, imam di Islamic Center of Rochester (Masjid Rochester), beliau memuji kami pelajar-pelajar Malaysia di Rochester ini. Katanya, anak-anak muda Turki sungguh teruk, mereka mengabaikan solat lima waktu, dan kehidupan mereka jauh daripada Islam. Beliau yang merupakan bangsa Turki, sangat kagum dengan kami pelajar Malaysia di sini.

Begitu juga jika saya bersembang dengan sahabat-sahabat muslim yang lain, mereka sangat mengkagumi dan memuji orang-orang Malaysia. Apa yang boleh saya simpulkan adalah, yang baik itu bukanlah tertakluk kepada bangsa tetapi sejauh mana mereka berpegang teguh serta beramal dengan Islam dan beristiqamah dengan amal-amal soleh.


Kalau kita menyandarkan kebaikan itu keatas bangsa, maka bangsa Arab adalah bangsa yang mulia kerana Alquran turun dalam bahasa mereka, Rasulullah SAW lahir daripada bangsa mereka, dan Islam datang dari rumpun mereka. Namun pada hari ini, bangsa arab dan negara mereka disabitkan dengan pemimpin diktator, negara yang penuh sampah, nilai akhlaq yang sungguh rendah. Apabila dikatakan pemuda Malaysia bagus, langsung saya teringatkan anak-anak muda di Malaysia yang merempit, yang terlibat dengan ketagihan dadah, yang tidak menunaikan solat dan yang terlibat dengan pelbagai lagi kebejatan sosial massa.

Bangsa mana pun andai mengambil Islam sebagai panduan hidup, pasti mulia. Suka saya untuk memetik kata-kata Saidina Umar Alkhattab RA:

“Kita ini adalah orang-orang yang paling hina lalu Allah memuliakan kita dengan Islam. Kalau saja kita mencari kemuliaan pada selain Islam maka Allah akan menghina kita lagi”

Carilah kemuliaan (I'zzah) dengan Islam bukan dengan bangsa. Hentikanlah melaungkan semangat bangsa. Sejarah membuktikan salah satu faktor utama kejatuhan Empayar Turki Uthmaniyyah apabila Lawrence the Arabia meniupkan semangat nasionalisme kepada bangsa arab agar berpisah daripada pemerintahan bangsa Turki.

wallahualam

No comments: