Salam kepada semua sahabat,
ikhwah dan akhawat fillah. Perjalanan hidup kita penuh ranjau dan onak duri. Adakala
kita berasa duka, adakala kita gembira. Hidup sesekali tidak lari dari ujian
serta tribulasi. Kuasa kita terhad kepada usaha, doa dan tawakkal.
Amma ba’d.
Kematian itu bukanlah penamat
kepada kehidupan insan tetapi adalah peralihan alam kehidupan dari dunia menuju
ke kampong akhirat. Allah berfirman:
“Dan bagi tiap-tiap umat itu ada
tempoh (ajal yang telah ditetapkan); apabila tiba tempoh itu, tidak dapat
dikemudiankan walau sesaat dan tidak dapat pula dipercepatkan” (Al A’raf 7:34)
Semalam saya pulang dari
Pennstate University selepas menghadiri short daurah di sana bersama
sahabat-sahabat dari Pennstate university dan University of Buffalo (UB). Kami bertolak
pulang selepas solat jama’ taqdim maghrib-isya’ di sana lebih kurang pukul 9.15
malam. Di US ini, highwaynya sangat gelap kerana dikelilingi hutan dan
tiada lampu jalan di tepinya. Lagu playlist nasyid di Iphone sahabat
saya dimainkan bagi menghilangkan kesunyian memandu. Mereka yang lain termasuk co-pilot
turut mengembara kea lam mimpi. Saya tidak kisah kerana semalam seolah-olah
perjalanan terasa amat indah ditemani cahaya rembulan purnama. Sangat cerah. Biasalah,
bila memandu seorang diri fikiran melayang memikirkan itu dan ini. Lagu demi
lagu dimainkan. Tiba-tiba terdengar lagu ini.
Mendengar lagu ini, teringat
saya akan dua orang rakan yang meninggal semasa usia masih muda. Seorang meninggal
semasa berumur Sembilan tahun akibat ketumbuhan dan seorang lagi meninggal
semasa berumur 12 tahun akibat gangguan makhluk halus. Bila teringat akan
kematian mereka yang masih muda, jiwa saya sebak, air mata terembes keluar
mengenangkan bila pula giliran saya akan menyusul. Sekurang-kurangnya mereka
meninggal dalam keadaan belum baligh; jaminan syurga itu adalah pasti. Saya bermuhasabah;
“andai aku mati waktu sekarang, apakah aku akan ke syurga? Apakah Allah redha
kepadaku? Apakah nabi akan memberi syafaat kepadaku?”
Dalam masa itu, saya insaf betapa
kerdilnya saya. Nafas yang saya hela bukan milik saya, segala yang saya ada akan
dipertanggungjawabkan, dan tanggungjawab yang saya pegang juga kadang-kadang
tidak disempurnakan dengan baik. Astaghfirullahal adhim. Mengenangkan semua
ini, saya semakin insaf dengan keadaan umat yang masih lalai, yang masih jauh
dari pimpinan Alquran dan Assunnah serta yang semakin rakus mengejar duniawi. Tidakkah
mereka tahu bahawa mati itu adalah pemutus kelazatan?
” Perbanyaklah kalian mengingati
pemutus kelazatan (yakni kematian).” (HR. At-Tirmidzi )
Berpada-padalah dengan duniawi
serta perbanyakkanlah amal demi kebahagiaan ukhrawi. Saya mengajak diri saya
serta sahabat sekalian agar perbanyakkan istighfar kepada Allah. Hidup kita
bukan untuk menongkat langit. Astaghfirullah.
No comments:
Post a Comment