Salam buat sahabat sekalian, semoga Allah mengurniakan keampunan buat kita dan ibu bapa kita.
Amma ba’d.
Dulu semasa di INTEC, saya selalu membaca blog Ustaz Hasrizal (sekarang pun masih membacanya). Banyak juga entri-entri ustaz dahulunya menceritakan kehidupan ustaz di bumi Jordan, bagaimana ustaz berkenalan dengan sahabat-sahabat dari Turki dan pengalaman ustaz semasa mengunjungi Turki. Saya tertarik dengan cerita ketika ustaz berada di Turki. Ustaz mendapat layanan yang sungguh istimewa bahkan ustaz Hasrizal sampai boleh berbahasa Turki kesan bergaul dengan orang-orang Turki. Sejak itu saya mula memasang azam ingin pergi ke Turki dan berkawan dengan orang Turki.
Alhamdulillah, Allah telah memakbulkan satu impian saya iaitu berkawan dengan orang Turki. Kawan turki saya yang pertama ialah Niyazi. Dia seorang yang sangat baik, pemalu, dan taat perintah agama. Saya pernah menceritakan tentang dia dalam entri saya sebelum ini. Tahun ini Allah perkenalkan saya dengan seorang lagi orang Turki iaitu Yilmaz. Ada lagi beberapa orang Turki lain, Taifun dan Ahmad tetapi Yilmaz lebih rapat dengan kami pelajar Malaysia di RIT ini. Yilmaz adalah presiden Muslim Student Association(MSA) di sini. Apa yang menarik tentang dia ialah, dia anak orang kaya tetapi pembawakannya sangat merendah diri. Bapanya memiliki beberapa bangunan untuk disewa di sekitar Rochester. Saya Nampak banyak program MSA diadakan di bawah Yilmaz ini (tak dapat dinafikan juga komitmen penuh dan penglibatan langsung saudara Farhan Syahir). Antaranya kuliah tafseer mingguan bersama Dr Shaqeel, Interfaith forum session, bake sale untuk fundraising, serta Islamic Fest yang akan diadakan pada 22 dan 23 Mac bulan depan.
Yilmaz Yoruk
Kelmarin RIT MySA (Malaysian Student Association) menganjurkan Malaysian Mini Food Festival. Yilmaz datang juga untuk tolong jual kuih-kuih yang kami buat. Dia cakap kepada saya, ajak dia sekali kalau nak pergi solat zohor nanti. Selepas solat zohor, saya ajak dia minum di café dulu sebelum kelas saya mula pukul 2 petang. Di sana, saya berbual untuk mengenali dengan dia lebih lanjut. Katanya, datuknya antara orang Turki terawal yang berhijrah ke Rochester lebih kurang 50 tahun yang lalu. Di Rochester ini, komuniti Turki agak besar; ada empat masjid Turki di sekitar Rochester. Sebenarnya saya inspired apabila dia mengaku bahawa dia malu bahawa dia lahir sahaja, segala-galanya telah tersedia. Jarang saya temui orang kaya yang benar-benar humble.Ada rumah besar, ada kereta mewah, ada wang yang banyak dan hidup pun senang. Katanya lagi, apa pun dia tidak akan bergantung kepada kekayaan keluarganya sebaliknya dia akan berusaha sendiri untuk memiliki rumah dan kereta sendiri. Kadang-kadang dia datang ke kelas tafseer naik kereta BMW 7 series tapi bila ditanya dia akan menjawab:
“I don’t have a car. that’s my father’s car.”
Sebelum keluarganya sekarang kaya, memang mereka merupakan golongan yang susah dahulu. Sampai sekarang ayahnya masih gigih bekerja. Ayahnya keluar bekerja pukul 4-5 pagi dan hanya pulang pada pukul 11 malam. Hari ahad lepas dia jemput kami pelajar Malaysia pergi makan malam di rumah dia. Memang banyak sangat makanan pada malam tu. Katanya emak dia tidak pernah masak sebanyak tu, rindu pada family di Malaysia terubat apabila sedar Allah mengurniakan family ganti disini. Bila kami ingin pulang pada malam tu, dia berkata:
“Why are you guys wanted to go back so early? This is your house. My mom is your mom, my father is your father, my grandpa is your grandpa.”
Rupa-rupanya memang cerita-cerita tentang kebaikan orang Turki bukanlah omongan kosong. Setakat ini, orang Turki yang saya jumpa semuanya baik-baik belaka, di masa hadapan tidak tahulah saya. Tujuan saya bercerita ini bukanlah, untuk lebih-lebih menyanjungi orang Turki tetapi saya cuma merasakan bahawa bumi yang pernah di perintah oleh khalifah Uthmaniyyah menampakkan kesannya. Bumi Turki akan kembali gemilang seperti suatu masa dahulu. Semangat Alfatih menjalar dalam diri muslim Turki yang cintakan agamanya. Bumi ini telah menyaksikan betapa Islam pernah berada di puncak suatu ketika dahulu dan tidak mustahil untuk Islam berada di situ semula kerana sejarah pasti berulang. Saya berharap keindahan Selat Bhosporus tidak hanya di dalam kepala. Insya Allah saya akan melawat Turki.
Macam raya la pulak
Makanan Turki
Baklava
Berukhuwah hingga ke syurga.insya Allah
8 comments:
bagusnya yilmaz. memang susah nak jumpa orang macam tu
alhamdulillah, Allah pertemukan saya dengan dia.kat sini je akak kite boleh mingle dengan selain rumpun kite.kat malaysia bukan tak boleh cuma susah la sikit..:)
hensem la pulokk. haha :p
eh syarifah nih, ke situ pulak die.btw, he is the same with you..guane?..:P
He is the same with me? Maksudnye? My dad doesn't have a bmw 7 :p
*he is the same age with you..tertinggal age pulak..
tak pernah lg jumpa org turki. kesian :/
ala kesiannya masyi.meh datang rochester nih, kite gi makan2 n jalan2 rumah orang turki.:P
Post a Comment