Wednesday, February 22, 2012

Halal & Baik...

Salam buat sahabat, semoga Allah melimpahkan rahmatNya yang luas buat kita hambaNya yang kerdil dan hina.
Amma ba’d.
Sewaktu saya mula-mula sampai ke US ini, saya dapati harga makanan sangat murah. Junk food yang dulu kalau nak beli kat Malaysia hanya perlu sekali sekala sahaja kerana harga yang mahal, tetapi kat sini boleh beli selalu (hari-hari) seperti snickers, Ferrero rocher, ais krim haagen dazs, air berkarbonat (soda drink) dan banyak lagi sebenarnya. Memang kalau pergi ke Walmart (macam Giant di Malaysia), memang tidak pernah tidak beli junk food ini kerana selain kesukaan saya tetapi harganya yang begitu jauh murahnya. Saya mesti mengaku saya ini chocoholic (hantu coklat ^_^). Memang setiap minggu akan ada stok kat bilik saya untuk coklat dan minuman soda ini.
Menjadi kegilaan suatu ketika dahulu

Kalau pergi roadtrip, kawan yang lain terutama driver akan singgah mana-mana stesen minyak untuk beli kopi tetapi saya, cukuplah sebatang snickers dan sebungkus kit kat. Alhamdulillah yang bagusnya bila kita ada kawan-kawan yang baik mereka saling memperingati saya.
“Hai, tak sayang kaki ke? Nak kena potong?”
Saya masih ingat waktu baru balik dari Washington DC semasa hari raya tahun lepas, sahabat saya, Syamir dia menceritakan tentang kenalan rapatnya yang kuat mengamalkan minuman soda ini terkena penyakit kencing manis. Saya yang mendengarnya terasa seram sejuk. Sejak dari itu, saya sudah kurangkan makan junk food ini. Perlahan-lahan saya tinggalkan snickers, pepsi whild cherry (my favorite soda drink), kit kat dan ais krim Breyers yang pelbagai perisa itu. Allah berfirman:
“Wahai sekalian manusia, makanlah yang HALAL  lagi BAIK dari apa yang terdapat di bumi, dan janganlah kamu mengikuti jejak langkah syaitan, sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagi kamu” (Albaqarah:168)
Dalam ayat ini, Allah menyatakan dua perkara yang perlu diambil perhatian sebelum kita makan iaitu yang halal lagi baik. Setakat halal belum tentu baik; sebagai contoh minuman soda tadi halal tetapi ia tidak berapa baik untuk kita jika diambil secara konsisten. Makanan yang halal lagi baik ini seperti buah-buahan, ayam yang disembelih, herba-herba serta makanan yang diiktiraf dalam Alquran seperti zaitun, delima, anggur serta pisang.
Pentingnya kita untuk menjaga makanan ini kerana dari makanan ini kalau tidak dijaga boleh menyebabkan pelbagai penyakit. Memakan makanan yang haram, selain diancam dengan ancaman azab api neraka ia menyebabkan badan kita rosak. Sebagai contoh, arak dapat merosakkan hati.
Kita selalu mendengar “You are what you eat”. Memang makanan membentuk peribadi kita, kalau kita memakan makanan yang halal lagi baik, kita akan dapati tubuh badan sihat, mood ceria, perkataan kita baik dan segala tingkah laku kita juga turut baik. Namun, jika yang haram disuap, kesihatan kita teruk, cepat panas baran, mood tidak ceria dan boleh mengundang pelbagai penyakit.
Oleh itu, berhati-hatilah ketika hendak makan. Pastikanlah yang ingin masuk ke dalam perut kita adalah HALAL dan BAIK.  Sabda Rasulullah SAW:
“Setiap daging yang tumbuh dariapda makanan yang haram, maka api neraka itu terlebih layak baginya” (Maksud hadith)
Sesungguhnya makanan membentuk peribadi kita.
Wallahu’alam

Tetapi saya tak boleh tinggalkan benda di bawah ini




5 comments:

abid™ said...

jadi chef nanti bole tinggalkan smua coklat tu yun.masak sedap2 tiap hari :)

Mohamad Nazrul Fazli bin Abdul Mutalib said...

Jadi chef? harap-harapnya lah wahid..hehe..*skill masak pun masih hampeh lagi sekarang ni..huhu

syarifah said...

m&m !

Mohamad Nazrul Fazli bin Abdul Mutalib said...

salahkan "Mr J dan rakan-rakannya". pengajaran, jangan tinggal M&M merata-rata..:P

syarifah said...

takpa. murah je pun. :p